Sunday, July 16, 2017

TIPS GUNA PERSONAL FACEBOOK UNTUK BERBISNES

2 3 tahun kebelakangan ini, ramai netizen yang ambil peluang untuk jadikan facebook mereka sebagai "kedai online". Dulunya selalu guna untuk update status bosan di office, menyampah dengan bos, makan di mana, baca gosip di siakap keli dan like post kengkawan.

Satu perubahan yang sangat baik. Tidaklah korang membazir duit topup internet dan hangus di awan lalu je. 

Dan bila korang dah start guna facebook sebagai tempat untuk korang beritahu kawan facebook korang yang korang ni jual itu atau ini, mesti korang tahu apa itu personal branding kan?

Sebenarnya personal branding ni bukan untuk orang yang nak berbisnes online saja tau, kita yang marhaen ni pun wajib ada personal branding. Yang baru nak mula hidup dan nak start kerja tu, belajar-belajar la topup ilmu supaya korang ada brand. Barulah cepat dapat mertua. Cap ayam tak mahulah =)

Tapi,

Korang semua ni dah betul-betul faham ke macam mana nak pastikan korang berjaya guna personal facebook tu atau semata-mata ikut kata orang, pergi kursus sana sini, google atau hentam kromo tengok orang lain?

Sudah, jangan fikir panjang. Mari sis kongsi dengan korang tips wajib berjaya bila korang guna personal facebook tu untuk jual barang atau servis atau jual cerita pun boleh. Miahaha.

Wajib tahu nak jual dekat siapa

Since korang dah guna personal facebook mestilah korang nak jual kat kengkawan tadika, member sekolah rendah menengah, kawan opis, jiran, pakcik, makcik, ex-boyfriend, geng gosip dan kawan u korang kan? Actually tak salah pun nak jual kat diorang ni tapi rugi melainkan korang jual barang universal mencakupi seluruh jantina, umur dan cara hidup. Iaitu minyak masak =)

Okay okay. Seriuslah ni.

Rasanya 1-2 k friendlist korang tu mungkin dah masuk semua di atas kan. Apa kata yang lagi 3k tu pergi add orang yang betul-betul target korang. Kau pergi add seluruh kawan yang jual sama barang dengan korang tu buat apa? Diorang pun dah ada barang tu. Memang tak la deme nak beli dengan korang. Pastikan deme tu masuk yang senarai 1-2k tadi okay. 

Tapikan, lagi bombastik kalau 5k kawan korang tu betul-betul yang potential customer even kawan sendiri, jiran lama atau kawan opis korang pun.

Dah nama personal facebook kan, mestilah ada orang yang kita kenal luar dari pesebuk ni. Ye dok?

Mari sis kongsi real story sis ni. Supaya korang tahu pentingnya korang kenal pelanggan korang.

Sis mula berjinak dengan online bisnes tahun 2014. Sampai sekarang dah masuk 3 tahun belum jadi jutawan kahkahkah sajelah. Sis bermula dengan jual tudung. Tengah in katakan. 

Permulaan bisnes memang syok woo. Semangat habis. Ramai nau beli tudung sis. Terasa bakal mengalahkan parida je tak lama lagi masa itu. Tapi hujan pulak tengah hari tu. =(

Masa tu, sis hentam saje jual pada semua orang. Bila suami tanya nak jual pada siapa, sis jawab perempuan.

"Perempuan macam apa?"

Dia tanya lagi kau. Berderau emosi sis!

Perempuan lah. Kan perempuan pakai tudung.

Korang, perempuan ni memang kuasa membeli dia besar. Tapi kalau ada duit. Tak de duit nak beli juga, tapi mintak duit laki atau beli yang murah-murah jew. 

Pastu mulalah ayat larikan diri macam;

"Nak tanya suami dulu ya"

Atau krik krik lepas minta no akaun korang.

Itu sebab penting korang jual barang dekat spesific target. Bukannya dok paksa dalam lembut member untuk beli barang korang. Pastu ajak depa join korang. Pastu stress. Pastu hempuk kepala kat dinding. Pastu taknak meniaga dah. Cepuk kang!

Bila korang jual barang dekat orang yang memang nak gila barang tu, lama-lama orang sendiri akan cari korang. Wow! Terasa dikejari bak patah amin tak?

Updatelah facebook tu!

Dah korang buka kedai dalam facebook tu kenalah rajin online. Takkan post status seminggu sekali. Sedih nau kedai kau.

Tapi tapi tapi sayang sayang sayang (nyanyi bak dsv ya),

Mesti korang dah dimomokkan untuk update 60 kali, eh, 8 kali sehari kan? Siap donlod apps untuk auto post lagi. Wow! Komited.

Okay, actually kan memang betullah korang boleh update banyak kali 1 hari, tapi cuba korang be real, jangan nak ikut sangat buku teks korang tu boleh tak?

Argh! Apasal sis naik angin ni.

Korang rasa kawan facebook korang tu suka ke tengok korang update pasal produk all the time? Suka? 

Pastu kengkonon nak remove kawan tak aktif. Korang ingat dia kisah ke korang remove. Dia tak rugi apa pun korang remove dia.

Opss actually korang tak remove pun kan?

Macam sis tak tahu taktik tu. Miahaha.

Meh kita terus ke tip nombor 3 sebab tip nombor 3 serangkai dengan nombor 2.

Be real. Be kreatif dalam memuat naik status

Since korang istiqamah nak update status 8 kali sehari, korang cubalah ulangkaji sikit. Pukul berapa nak post dan apa nak post.

Pukul 7 up status produk. Pukul 12 update pasal produk. Pukul 5 share produk. Pukul 8 pun share produk lagi. Muntah uols. Muntah kengkawan facebook korang tu.

Kalau kawan bisnes korang memanglah diorang tak kisah, diorang like dan komen lagi. Tanda sokongan katanya. Tapi kisah benarnya, untuk orang yang tak berniaga online diorang tak faham dan tak nak faham yang tu. Mula-mula diorang tengok je korang duduk up status produk tapi seminggu kemudian depa unfollow. 

Kak cik, ini pengakuan sebenar dari seorang pembeli tegar online. Orang macam ni kita kena jaga kak cik, depa ni senang membeli. Kau sibuk nak remove depa dah kenapa kak cik oi?

Okay.

Meh sis bagi contoh dan situasi. 

Dek kerana korang ni berniaga kat facebook kan, korang nak la cerita produk korang tu kan, cuba elakkan hard selling. Sekali seminggu cukuplah buat hard selling tu. 

Kan sekarang ramai jual skincare or produk untuk lawa kan?

First, korang lawa tak? Kahkahkah.

Alah gurau je. Sentap jangan nak bisnes lah.

Contoh update untuk yang jual lekcu ke, pondesyen ke (lipstik, foundation) untuk waktu pagi punya update adalah selfie paling kebabom dalam kereta nak pergi kerja.

Ya Allah sis, kalau korang share selfie korang yang cantik dengan muka halussssa je, lipstik pink pink jambu batu tu, percayalah lama-lama kawan pesebuk korang akan terliur untuk beli barang sis tu.

Cuba beritahu sis, perempuan mana nak hodoh?

Oh ya, selfie tu tolonglah berjenis, jangan apps sangat. Nak sis share tips selfie pulak ke? Haha.

Contoh lagi kalau korang jual minyak masak kan. Instead of hari-hari 24jam tunjuk gambar minyak pastu suruh pm pm pm (najib sorang cukuplah kat Malaysia ni) apakata pagi tunjuk gambar cekodok, petang kongsi resepi cekodok, malam post gambar candle light dinner dengan cekodok.

Pokoknya, jadi kreatif dalam memuat-naik status sebab kalau tak korang akan di unfollow oleh potetial target. Taknak percaya takpe, buat je dulu.

Gambar dan ayat menghiburkan

Orang ni dia log in facebook sebab nak tengok life orang, baca viral story, gosip, komen kat siakap tiga rasa, tengok video atau update status mereka.

Pendek kata, mereka mahu sesuatu yang menyeronokkan. Eye candy gitu.

Dah tu korang share la gambar yang cantik. Bukan blur senget benget. Gambar yang cantik pasti mengundang "like". Eh tak kan tak mahu like kottt. Camera phone kan semakin canggih. Plus apps untuk edit.

Bila nak share gambar produk tu, tak perlu pun terang-terang gambar produk tu sebab actually kan, orang dah selalu tengok gambar tu( kes kalau jual barang orang) dan mereka just scroll scroll sampai jumpa cerita menarik baru mereka berhenti jap.

Macam lipstik tadi kan, instead gambar pegang lipstik mulut muncung tu, apa kata share selfie/gambar matang yang memang korangpakai lipstik tu,

Atau 

Gambar cawan teh strawberry beli kat Cameron tahun lepas dengan caption "lipstik antilekat kat cawan jimat sabun nak basuh cawan lepas ni" atau "jangan risau skandal dengan laki orang sebab tiada lagi kesan lipstik di kolar baju"

Contah je. Janganlah kecam sis. Haha.

Dan kalau korang share status berunsur ayat, elakkan lah ayat berniaga atau ayat berunsur niaga atau ayat bau berniaga tu sebab orang tak akan baca. TAK AKAN!

Cubalah tanya diri sendiri tu. Buku teks pun tak nak baca, berangan nak baca ayat jualan. Bosan. Itu je sebabnya. Thats why la korang kena jadi story teller. Bercerita dalam status. Attract reader dengan first ayat tu.

First impression bak kata orang kampung sis. 

Korang kenal vivy yusof? Cuba tengok ig dia. Caption pada gambar die tu adalah salah satu sebab kenapa orang suka tengok ig dia. Funny, kretip, merecik hawau bak kata orang kampung kau.

Tak apalah korang bukan raja lawak, but belajar update status yang menarik. At least orang nak baca.

Bagi apa yang kawan facebook korang nak

Dah ada kawan facebook yang potential membeli, dah pandai pancing kawan-kawan dengan post korang?

Next step, buat kawan-kawan facebook korang ingat korang dan ternanti-nanti update korang. Kata nak jadi retis kan. Nak buat yang ni korang kena study sikit. Siapa yang dalam facebook korang tu. Ke ex boyfriend je ramai? Atau geng bisnes?

Macam contoh sis tadi, kalau korang jual bedak sejuk kan, dan friendlist korang tu ramai giler nak jadi lawa lepastu glam di ig kan, korang selalulah bagi diorang apa yang diorang nak tu. 

First bagi diorang tahu yang korang tahu macam mana nak jadi lawa. Selalulah kongsi di facebook benda-benda yang boleh buat kawan facebook korang nak tengok update korang.

Contoh macam cara pakai bedak tutup jerawat ke, cara pilih lipstik memikat lelaki ke (macam berdosa pulak rasanya), resepi mask mudah gila nak mampus 1 bahan ke atau apa-apa saja yang orang nak baca.

Sebab diorang nak lawa!

Tips ni mahal sebab ni memang akan buat orang suka facebook korang. Dan nak buat tips ni bukan setakat google, tulis bodo gitu atau post gambar ntah apa-apa. Tips nombor 1-4 wajib korang gaul sekali. 

Bagi hadiah/giveaway

Amboi kau, duit orang kau nak. Tapi duit kau, kemas je kau kepit bawah ketiak kan?

Salah satu teknik nak buat korang menyerlah, tambah engagement, tarik followers adalah dengan bagi benda-benda free. 

Topup RM5. Contohnya.

Up sikit. Bagi free je produk korang tu. Amacam? Goyang la tu takut rugi.

Well, the more you give, the more you get. 

Tips ni sis tak nak hurai panjang lebar sebab korang sendiri faham kan? Antar ayer dan jakarta, eh, antara nak buat atau tak sajo =)

Kesimpulannya, personal branding untuk jual barang di personal facebook boleh berjaya kalau korang apply tips 1 sampai 7 dan Allah izinkan. Eksperimen dan cuba tengok kat mana korang boleh betulkan.

Just dont be a robot sangat.

Personal branding itu patutnya serlahkan the best of us bukan buat orang unfollow, unfriend atau block facebook korang.

Personal branding di facebook buat orang love you.

Sayang sayang sayang bak kata dsv. Muahh

Monday, June 5, 2017

Uber vs Mat Din

Helo dan salam ramadhan =)

Minggu lepas, masa sampai di airport Pengkalan Chepa, saya dijemput oleh ma, abah dan Mat Din. Ramai nau menjemput, kalah menteri. Miahaha. Korang jangan ingat Mat Din tu adik saya. Apalagi suami saya. Meh saya ceritakan siapakah Mat Din. Supaya tidak timbul fitnah. Eh.

#siapa Mat Din

Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana (intro kemain kan?) dan banyak kekurangan. Tapi yang pasti kami tak pernah kekurangan makanan dan kasih sayang. Gitu. Masa saya kecil dan comel persis Nora Danish naik kereta merupakan satu hal yang menyeronokkan dan kadang-kadang mendebarkan. Budak-budak kan memang suka dapat jenjalan. Lagi budak kampung cam ai ni. Hewhew.

Abah saya tidak mempunyai kereta. Jadi biasanya masa saya kecil-kecil dulu, kalau nak pergi ke mana-mana yang memerlukan kereta, kereta yang biasa kami naik adalah kereta saudara-mara atau orang kampung. Masa tu kereta ni bukan macam sekarang. Sangat diperlukan dan senang beli. 

Oh lupa, selalunya kereta yang kami naik tu bukan naik free pun. Siapalah nak bagi free kan?

Habis sekolah Darjah 6, saya terus ke Gerik untuk mendaftar MRSM. Tingkatan 4 ke Kuala Berang pula. Kemudian ke kolej matrikulasi Pulau Pinang dan terakhir mendaftar di UKM Bangi. 

Bukan nak buat resume ni, tapi nak cerita yang tiap kali saya dan adik beradik perlu daftar di tempat belajar di luar negeri (luar negeri Kelantan je), ma dan abah akan mula cari saudara atau orang berdekatan yang free dan sanggup untuk hantar kami anak-beranak.

Jadi masa saya kecil, bila dapat naik kereta untuk ke mana-mana tu memang seronok tau. Lagi kalau duduk seat sebelah tingkap. Sejuk je angin menyapa pipi. Ceh, feeling Wany Hasrita dah masa tu. Saya ada kongsi satu kisah pasal seatbelt dalam blog ni. Funny and memalukan. Jangan lupa baca tau. #iklanjap

Dah tu, Mat Din ni siapa?

Haha.

Terlupa motif asal cerita.

Disebabkan abah/ma selalu kena hantar anak-anak diorang naik bas kat stesen bas, jemput anak la, pergi pejabat tanah la, pergi beli langsir la dan nak minta tolong orang ni bukan senang. Dan bukan free. Abah selalunya akan contact seorang pakcik di kampung kami.

Pakcik ni memang kerja dia as a driver berbayar. Nak pergi mana-mana, buat je appoinment dengan dia dan nanti dia datang ambil kat rumah. Kat kampung kan selalu ada atok nenek yang nak pergi hospital ke, mengurut ke, berubat ke, bomoh ke, bayar cukai tanah ke, aeon ke, eh, adanya pakcik ni pergerakan kami dan mereka yang tak ada kenderaan sangat mudah. Mengapa perlu Trivago

Lebih kurang 16 tahun lepas, pakcik ni bawa teksi lama. Ala yang Mercedes punya tu. Yang guna diesel tu. Kan kereta yang guna minyak diesel ni bau dia lain macam. Macam bas juga. Memang tiap kali tahu kena naik kereta pakcik ni, saya siap-siap beli gula-gula yang mint-mint gitu atau telan ubat mabuk kenderaan siap-siap.

Kalau tak mahu meroyan menahan mual macam orang mengandung. Miahaha.

Pakcik ni nampak macam pendiam tapi sepanjang perjalanan tu, tak perlu pasang radio pun sebab dia punya cerita akan berepisod-episod. Memang tak sunyi lah duduk dalam kereta dia tu. Semua benda boleh jadi modal dia bercerita. Terhibur sangat. Miahaha.

Selain daripada itu (wah penanda wacana gituuu) pakcik ni bukan jenis selebet. Pakaian dia walaupun tak hipster, tapi dia hormat pekerjaan dia. Pakcik ni tak akan pakai tshirt pagoda, kain pelekat atau jeans koyak tapi pakaian dia masa jemput pelanggan adalah kemeja dan seluar rupa orang nak pergi office kau.

Bayaran servis saya tak pasti sebab abah yang selalu bayar. Yelah, dulu saya student mana ada duit oit. Tapi abah selalunya hulur bayaran yang setimpal. Kalau tak, mesti pakcik ni dah tak nak ambil abah jadi pelanggan kan kalau abah hulur singgit je. Macam tambang bas Rapid pulak.

Kesimpulannya untuk karangan ni, uber tu sebenarnya dah lama wujud. Kampung den ha tempat asalnya. Saya syak pengasas Uber ni mungkin pernah guna khidmat pakcik ni dulu. Lepas tu dia dapat idea buat bisnes. Ish, rugi pulak tak buat awal-awal daripada dia. 

Nanti bukan nama Uber tapi Matdinber.

Sampai sekarang, pakcik ni masih setia gagah perkasa berkhidmat untuk sesiapa yang perlukan transportation. Kereta pun dah tukar ke Proton Saga, anaknya belikan. Tak main lah kereta lama. Mesti lah up kan servis kan?

So haritu Mat Din yang jemput saya kat airport tu pakcik ni la.

Dan saya tak perlu lagi gula-gula mint-mint.

Thursday, May 18, 2017

Hotel Putra Kuala Lumpur : A Review

Hai and assalamualaikum,

Kadang-kadang bila suami ada job luar kawasan dan boleh menyelit untuk ikut, saya akan sibuk cari bilik hotel. Heaven betul kalau dapat tidur kat hotel. Al maklumlah dulu masa kecil, tak kaya mana, bukan kata tidur hotel, tengok hotel pun tak pernah. #menangis

A few weeks ago, kebetulan (kebetulan lah sangat) suami ada show amal dekat Istana Budaya, jomlah check in hotel berdekatan. Nak ikut ke istana budaya tak dapat memandangkan anak baru 11 bulan macam tu. Double konsert nanti jadinya. Miahaha

Hotel terdekat yang available cuma ada Hotel Putra. Bolehlah.

Hotel ni dah 10 tahun, Mana saya tahu? Alah dekat lif tu ada tampal kat dinding bila diorang launch. Ker korang ingat saya google? Cis! So, sesuai dengan usia hotel ni, walaupun hotel ni besar nampak mewah tapi bukan 5 bintang. Kot?


Ini bilik haritu. Bilik luas dan spacious. Eh, macam sama je maksud dia, Bagus, bilik luas ni sedap sikit Sunan nak berkawad. Ada kerusi lagi untuk feeling minum petang. Atas side table tu bukan room service tau, itu anak sis. Miahaha,


Memandangkan hotel ni dah soploh tahun, tv diorang pun design soploh tahun lepas. Astro tadak, apatah lagi Fox Movies. Takpe, agak-agak sales diorang sejuta tahun ni bolehlah tu tukat flat screen. Overall, facilities dalam bilik tidur memuaskan. Eh lupa, bilik air belum tunjuk.


Ni jamban toilet yang dalam bilik tu. Dah tu takkan nak snap toilet bilik orang lain. Tempat mandi dipisahkan dengan langsir. Senang pasal kalau ada orang nak terberak masa ada yang tengah mandi tak payah tahan dah, boleh masuk sekali. Cuma bau pun kena sharelah.

Okay, hotel putra ni sangat dekat gila dengan Hospital Pusrawi. Mungkin 1 pengurusan atau adik-beradik kot dua tempat ni. So, kalau ada keluarga yang warded atau mungkin nak bersalin kat sini, bolehlah pilih hotel ni untuk jadi accomodation. Jarak mereka hanya sebelah je dan disambungkan dengan bridge.

Kalau dari bilik saya, selak langsir akan nampak IJN. Berhadapan dengan hotel ni dan boleh lalu guna jejantas kalau korang nak ke IJN. Untuk cek jantung tu berdegup untuk siapa. Miahaha.

So, hotel ni adalah choice terbaik kalau kata ada keperluan untuk stay dekat dua bangunan berkaitan kesihatan ni. Sebab access ke dua tempat ni terlalu mudah. Kenapa perlu trivago

But, kalau korang ulat buku dan nak cari jodoh terlanggar bahu buku bertaburan, hotel ni juga sangat dekat di hati dengan perpustakaan negara. Lepas penat baca buku dan tunggu jodoh tak terlanggar-langgar tu boleh relax kat Hotel Putra dulu. Jalan kaki je.


Biasanya kalau tidur hotel, kena pakej breakfast. Sis memang suka breakfast dekat hotel walaupun makanan sama je kat mana-mana. Nak kata sedap tu belum tentu, tapi dah kalau jenis makan macam membela ni memang suka buffet. Miahaha.

Thank God! Tetiba cakap orang putih pulak. Breakfast kat hotel Putra ni puas hati. Nasi lemak dia sedap juga. Lepas tu ada bihun goreng dan soto, kalau tak salah sebagai main dish mereka. Bubur pun ada. Sedap juga. Roti bakar, buah-buahan, tea, kordial dan sudu garpu.


Macam orang diet je kan makan?

Itu bukan starter tau, itu second round sebab first sekali saya makan nasi lemak. Thing is, breakfast like a king, dear readers  =)



Once dah ada anak kecil, masa makan adalah masa terbaik untuk belajar skill mempertahankan diri. Sebelah tangan pegang sudu, sebelah lagi pangku anak. Time ni memang akan bersilat gayung sikit. Dua-dua tangan wajib gagah.

Masa nak suap makanan ke mulut, skill kena up, kalau setakat skill fire Ultraman tu memang tak jalan. Skill dah dewataraya dah masa nak suap lagi kalau anak siap melentok macam menari ballet.

Insyaallah akan survive 1 pinggan nasi lemak.

=)

Wednesday, May 17, 2017

Nursing bra tu perlu ke?

Helo and salam kasih sayang!

Masa saya hamilkan (terasa penulisan persis pakar o&g pulak) Sunan, banyak barang preparation untuk sambut baby saya tak beli. Sama ada memang taknak beli atau plan to buy lepas habis pantang and so on.

Salah satu item yang tak dibeli itu adalah nursing bra dan memang agak sedih sebab beli lepas habis pantang. Masa pantang, pakai normal bra sambil menyesali keegoan diri.

So, bakal ibu semua, kalau korang bercita-cita nak menyusu baby dengan the best milk in the world, nursing bra is wajibul ngunnah. Ehem, excuse my spelling. =)

Apa itu nursing bra?



Nursing bra is a must sebab nanti sangat memudahkan kita untuk menyusu baby. Betul, pakai bra biasa masih boleh nursing baby, tapi ada produk yang menyenangkan kita, why banyak tanya kan dah kena batang hidung sendiri

Memudahkan macam mana?

Nursing bra dicipta untuk ada access secara terus kepada nipple/breast. Bukanlah bra tu berlubang. Tapi akan ada butang atau klip yang membolehkan kita buka dengan sebelah tangan sahaja. Wah! Power kan kita?



Tapi jangan terlebih excited untuk beli semua barang persiapan bersalin masa kandungan masih awal. Bukan apa, nak suruh korang ada perasaan tak sabar tu. Baru best shopping. Miahaha.

Kalau untuk nursing bra, saya selalu suggest pada customer yang datang untuk beli time mereka dah masuk 3rd trimester. Sebabnya adalah kerana breast akan jadi besar tak payah silicon pada waktu tu sebab susu dah dihasilkan. Butttttt, ada je yang breast tak mengalami transformasi.

Nursing bra yang betul tu macam mana pulak?

Ehem, sejak membantu para ibu menyusu mendapatkan nursing bra 7/8 bulan lalu, macam-macam soalan dah saya dapat. But then, sis happy menjawab. Selepas dah pastikan breast mengalami perubahan saiz atau maintain sahaja, pastikan korang tahu saiz korang.

Jangan datang dan tanya, "sis, saya saiz apa ye?"

Saiz kuali nanti saya jawab =)

Memandangkan nursing bra ni ada macam-macam pesen, for starting beli beberapa dulu untuk test style yang macam mana selesa dipakai. Lain orang lain peelnya.

Dah dapat rentak, korang whatsapp sis lah ye nak order nursing bra.

=)

Baju Raya Lubna


Helo and assalamualaikum!

Biasanya, bila bulan puasa makin dekat, sis sibuk cuci mata tengok baju raya. Awal? Mana ada, sebab nanti masuk je Ramadhan sis akan fokus beribadat je. Semua kedai online sis tak heran. Miahaha.

Salah satu website yang diusha adalah Zalora sebab banyak baju cantik. Harga belakang kira. Raya weh! Mesti pakai baju paling cantik. Baru suami ampunkan dosa korang. 

Untuk raya 2017 ni, baju raya Lubna ada koleksi yang cantik dan sesuai untuk kita yang nak feeling ayu raudhah di pagi Syawal. Design modest dan warna pastel. Confirm tak sama dengan langsir punya.


Kalau raya, baju kurung adalah baju yang paling cliche, but, dengan baju raya lubna tak perlu risau hari raya sama macam hari kerja sebab designer Lubna dah suntik elemen moden dalam rekaan mereka. 

Gambar-gambar yang di atas dan di bawah (dah rupa buku teks) adalah koleksi peribadi antara koleksi yang memikat hati saya. Terasa duit dalam akaun tu bergoyang dah. Selain wajib cantik, design baju-baju ni nampak sopan.

Persis si pemakainya nanti. Ehem.




Meleleh pulak air liur tengok baju raya Lubna. Kalau berhajat nak tema merah atau hitam, cantiklah kalau gayakan baju macam kat atas tu. Jangan risau, model tu pakai memang cantik tapi kalau korang pakai lagi cantik sebab nanti korang kan pakai tudung sekali. Hihi. #siscuba





Oh ya, selain baju kurung, Lubna ada juga blouse, dress dan skirt. Untuk yang kena cuci pinggan masa raya. Miahaha.

Actually, design baju raya Lubna ni adalah design yang tengah in sekarang. So nanti tak adalah nampak yesterday sangat bila share gambar raya kat fb dan ig nanti.

Spend masa sikit untuk klik,

BAJU RAYA LUBNA untuk cuci mata, add to cart dan terus check out.

Hihi.



Thursday, April 20, 2017

Yuk kita ke Indon : Cibiuk

Assalamualaikum

Walaupun sis selalu kongsi tempat makan super best menjilat jari tangan kaki dan menipiskan poket korang, sis maintain kurus kerana sis rajin exercise. Miahaha.

Macam biasa tempat makan masih berlatar belakangkan Malaysia memandangkan rezeki ke Morocco belum sampai lagi mungkin naik bullet train kena u turn balik. Kali ini saya bawa korang makan dekat Cibiuk. Bunyi macam nak tercirit juga ni.

Restoran Cibiuk ni adalah sebuah restoran makanan Sundal, eh Sunda. Dan setakat ilmu yang masih cetek ini, restoran ini ada 3 bijik iaitu di  Shah Alam, Bangi dan Seremban Gateway.

Yang sis makan ni dekat Bangi, bukan dekat rumah korang.


Signboard besar kalau tak nampak baik buat lasik #kanlasikmurahsekarang

Satu hal bagi tempat makan yang agak "up-up" sikit ni, bukan kat Bangi je, kat mana-mana pun sama, adalah akan selalu penuh dan full house. Cibiuk Bangi pun sama.

Once dah masuk restoran ni, syaitan dah mula hasut agar saya bersedia untuk maki kalau makanan lambat sampai. Astaghfirullah! Kau ni setan, salah orang. Miahaha.



Dalam ni ada tempat yang boleh bersila tau. Feeling solehah gitu sambil menyuap nasi ke mulut. 

Tip : Kalau nak cuba tempat makan baru, pilih yang ramai orang sebab biasanya lagi best untuk cuci mata. Eh, maksud saya kebarangkalian makanan situ best dan sedap adalah tinggi.



Nanti korang boleh pilih nak makan set sendiri-sendiri atau jemaah. Kalau jemaah dapat 27 ganda kan pahala, kalau kat sini yang makan jemaah harga dia 27 kali ganda. Haha. Kelakar.

Kalau makan set sendiri tu nasi dia dalam bungkusan daun tu. Wangi dan nasi dia berlemak macam nasi lemak kata laki sis. Tapi bukan rasa nasi lemak pun. Kalau jemaah, nasi dalam besin bekas seumpama periuk. Cedok-cedok sendiri.

Ayam dia sedap gilos. Ada rasa manis dari kicap. 

Sambal tomato tu pun sedap. Tak pedas.

Actually nasi ni ada sambal yang kena buat sendiri, tipu jewww. Sambal dia ada untuk ambil sendiri dekat satu  ruang tapi saya tak boleh makan kot pedas. Bukan apa nanti semua ayat pedas-pedas je yang keluar. Miahaha.

Oh ya, kailan goreng tu tak datang dengan set tapi entah tetiba ada sekali kitorang makan jelah. rasa dia tak serupa dengan kedai tomyam melah atau dolah seafood. Harga RM9.50. Menangis kitorang bayar harga sayur je pun!


Untuk air, saya cadangkan cuba jus alpukat. Nama Melayu jus avakodok. Hihihi. Jus avacado ni rasa dia lemak-lemak dan manis buah. Lepas tu (tengok pic atas tu) ada celoreng coklat dalam gelas tu menambahkan rasa sedap. Erm, pelik pula penulisan ini.

Apa-apa pun jus tu recommended.

Untuk pencuci mulut (atau menambah berat badan) orderlah pisang keju ya mbak. Harganya rm10 ya gitu. Atau RM9.90. Antara 2 tu lah. Alah 10sen je pun beza.

Secara peribadi, saya kurang gemar pisang keju macam ni sebab pisang ni disalut dengan tepung yang agak tebal, salut dengan bread crumb. Pisang pula macam bukan pisang berangan. Pisang emas jauh sekali.

Gugusan cheese, lelehan coklat dan jem kat atas tu okay cuma pisang tu sendiri yang not my taste.

And not forget, susunan pisang tu agak mencurigakan.


So, kalau rasa nak feeling hipster dan mahu ngomong Indonesia yok ke rumah makan Cibiuk. 

Pastilah ngak kecewa. Makanannya enak cuma harganya bukan untuk hari-hari makan.

Haha.

Friday, April 7, 2017

Jom jalan-jalan Melaka

Assalamualaikum 

Memandangkan saya belum sampai Korea, entry jenjalan (wicet nau bahasa) adalah berkisar dan berlatarkan Malaysia pimpinan Najib. Sakit pulak hati teringat Najib ni. Malaysia pun best untuk jalan-jalan sebab banyak juga tempat untuk di"selfie" oleh kau orang.

Kali ni, saya akan bawa korang jalan di Melaka (ada rupa pengacara tak?)

Disebabkan Melaka tersangat cliche untuk korang yang dah sampai ke Perth dan Bangladesh, entry ni sangat bagus untuk mereka yang mencintai buku teks Sejarah Tingkatan 1 sampai 5. Okay, punchline tak sampai.

Melaka ni kecil je, so untuk bercuti sekejap aka short vacay #netizen sangatlah sesuai. Tak perlu sedih tak dapat teroka semua tempat dan kalau dari KL tu, sap sap soi je dah sampai Melaka.

TEMPAT WAJIB PERGI 

1. Kota A'Famosa

Sesiapa yang pergi Melaka tak selfie di sini adalah menipu dia pergi Melaka. So korang jangan percaya kalau mereka kata pergi Melaka. Tempat ni macam nadi Melaka tau. Kot?

Dekat kawasan sekitar, sebelum uols (kata hipster) daki tangga untuk sampai ke atas (bangunan yang macam dalam buku teks Sejarah tu lah) akan ada beca. Ye, sis tahu korang tahu.

Apa kata spend masa dan duit untuk beromen bersantai naik beca yang riuh tu bersama pasangan till jannah korang? Dekat rumah korang kan tak ada beca. Miahahaha.

Dekat bawah tu juga ada macam-macam muzium. Krik krik krik



Kalau musim cuti, memang akan ramai so selfie korang akan jadi selfish. Lucu tak?

Dalam Kota A'Famosa ni ada perigi (or telaga or apa-apalah) yang akan jadi tempat orang campak syiling dan duit kertas. Tapi kau tak payah jadi kufur nikmat pi campak 20sen pastu konon doa nak awek seiras Neelofa. Miahaha.

Yang best dekat atas ni, selain rekabentuk (cewahh! educated sangat bahasa sis ni) tinggalan bangsa Portugis ni yang sangat bersejarah, kawasan ni agak sejuk dan berangin nak banding dengan rumah kau yang tingkap tak pernah buka tu dengan bawah tempat naik beca tadi tu.

Bolehlah korang feeling romantika sikit sebab biasanya ada orang memetik gitar dan senandungkan lagu kat sini.

2. Muzium Kapal Selam

Jujurnya, tempat ni agak bosan tapi untuk ambil gambar dan munasarawak diri tu elok sangatlah. Oyeah, jangan lupa sediakan fee untuk masuk tempat ni. Tak mahal sangat berbanding nilai momen yang korang dapat.

Yes, i know. Pick up line yang ni menggetarkan jiwa kalian. Ewah! Perasan pulak.

Kat sini korang pusing-pusing la tengok ketebalan kapal tu, pastu berlagak sejarawan la sikit dengar taklimat dari skrin kat bawah kapal tu tau. Mana tahu ada awek terpikat. Tak perlu nak membazir 20sen tu campak kat telaga tadi.






Digalakkan untuk pergi petang sikit sebab Malaysia ni panas kau. Nama je muzium kapal selam, jangan ingat duduk dalam laut pulak.

Overall, bolehlah buat cuci mata dan penuhkan memory phone.

3. Melaka River Cruise



Lepas Maghrib tu, kamu semua boleh cuba Melaka River Cruise ni. Harga RM16 ringgit sorang. Alah, tak mahal pun nak banding dengan moment indah nanti. 

Kalau rasa nak lamar awek, tempah 1 bot terus. So sweet jeles pulak haritu nampak ada orang dinner tepi melaka river ni siap belon di meja eh jeleslah

Apa yang best pasal cruise ni adalah ambience. Sepanjang sungai tu nanti dapatlah tengok buaya, biawak, mengkarung, okay tipu.




Walaupun view bukan air terjun atau pelangi petang, kita still disajikan dengan dengan view yang menarik. Nanti ada audio pasang korang dengarlah. Kang jadi blog sejarah pulak kalau sis tulis. Padahal tak ada idea

Tapi awas untuk feeling Goblin memang tak dapat der, Dalam boat tu ramai orang, sebab tu kena sewa 1 bot sendiri. Miahahaha.

Usai menyelusuri sejarah Melaka dan dibuai angin Sungai Melaka, bolehlah beli cenderahati sikit.


Macam mamat tu beli tikar mengkuang kot.

4. Asam Pedas Laksamana

Memandangkan Melaka sinonim dengan asam pedas, korang tak payah gatal anak tekak nak makan kepci. Patut cuba asam pedas Melaka ni hawau ke tak. #jangankecam

Kali ni, saya cuba di Laksamana, Ada 1 kedai nama dia Asam Pedas Claypot. Ya Rabbi, ramai bangat orang tapi servis laju perut tak sempat mengganas.


Selain asam pedas, ada roti canai, nasi ayam, goreng-goreng dan nasi lemak. So yang ajet omputes tu orderlah satay sebab ada jugak.

Overall, asam pedas dia sedap dan mengenyangkan. 4 ha boleh lah kot. Tapi tengok gambar tu memang ramai kan?

Alah Melaka, kuih keria pun ramai, inikan asam pedas.

5, Medan selera Ikan Bakar Aloi

Selain asam pedas, jangan lepaskan peluang meratah ikan bakar di medan selera Aloi. Ikan yang segar dengan mata membuntang dan rasa yang sedap. Kat sini ada beberapa kedai, so nanti korang pilihlah yang nampak cam ramai je tu okay.

Saya lupa haritu makan kedai apa dan harga boleh tahan. Tak semahal kenyang perut korang lah. Miahaha.

Baiklah, selain tempat kat atas yang di"explain" seringkas mungkin, korang jangan lupa beratur untuk rasa kuih keria antarabangsa ya. Bawa payung siap-siap untuk beratur. Taknak beratur masak sendiri.

Kalau kat Klebang Coconut Shake tu datang sebelum pukul 12 sebab kelapa baru turun pokok dapat free je. Haha, kena tipu. Coconut shake ni buka jam 11 kalau tak silap, so untuk elak bersesak-sesak berlanggar bontot tu semua, datang awal lah. 

Harap korang dapat Sejarah A lepas baca blog sis. =)

Monday, March 27, 2017

ABANG ADIK SERVICE SUITE : Hotel best dan selesa di Melaka

Assalamualaikum

Bercuti dengan family ni memang best feeling evah. Salah satu terapi minda dan jiwa lepas sibuk (ke?) bekerja. Untuk kes sis, sibuk berperang dengan budak kecil belum baligh dan ehem, sibuk handle bisnes. Kikiki. Baru bunyi hipster 2017 sikit.

Dah pergi bercuti ni, benda pertama wajib ada mestilah accomodation. Gitu, omputeh sangat sebutannya. Kalau tak ada, kau nak tidur kat masjid ke? Atau beratur kat kuih keria antarabenua tu dari Subuh?

So, meh nak review sikit pasal tempat kami duduk semasa short vacay di Melaka bak kata netizen zaman sekarang ni. 

Its Abang Adik Service Suite ! Yeay! Abang, adik, kakak mana? Okay, tak kelakar.



Hotel or homestay  ni duduk (dah rupa manusia pula) dekat Klebang dan korang boleh jalan kaki je pergi Klebang Coconut Shake yang femes amos dan ramai gila menyampah pulak nak beratur tu. Walaupun nama dia sungguh kemelayuan, owner dia Chinese, but no worries sayang, tempat ni bersih dan selesa.

Actually dia macam rumah sebijik tapi yang ni ada 6 bijik attached together. So, jadilah Abang Adik Suite. Miahaha.


Ni ruang tamu dia tau. Takkan ruang tamu rumah kau pulak kan. Ada sofa dan bean bag (terus google kat Lazada nak beli seketul) cuma tak ada carpet, so sejuk sikitlah duduk bogel kat situ. Maksudnya duduk tak alas apa bukan duduk tak pakai baju seluar tau. Hihihi.

Then siap ada meja makan lagi untuk korang dinner ikan bakar cicah air asam (nanti saya akan share tempat makan ikan bakar kat Melaka ye)


Mestilah ada tv dan wifi.

Channel best pulak tu. Aircond. wifi, bean bag, nice movie, terus cancel nak pergi Pantai Klebang. Miahaha.

Yang sedihnya, owner tak bayar bil wifi lah pulak haritu. Adoi!

Abang Adik ni ada 3 bilik. 1 master room yang besaq gabaq bak kata Che Ta, 1 bilik yang ada king/queen katil, 1 bilik yang ada dua single bed dan ada 2 tilam tambahan.

Setiap bilik katil dia pakai cadar/selimut warna putih macam dekat hotel bukan warna warni macam homestay biasa atau katil rumah kau ye.



Bersih dan sangat selesa. Tidur lena je lepas merendek satu Melaka. Since hotel ni berkonsep homestay (pandailah kau Ain cipta konsep sendiri), memang merugikan kalau korang pergi berdua. Bukan apa, lagi dua bilik tu takut kosong dan dihuni krik krik krik. Miahaha

Owner pesan, hotel dia ni muat 8 orang je, kalau korang bawak rombongan kenduri kahwin sila berkhemah kat Pantai Klebang ye.

Abang Adik hotel ni ada dapur sekali. Kan dah cakap ni macam rumah.

Dapur dia besar kalah dapur aku dan bersih. Ada peti sejuk, ada water filter (tak payah risau kena masak air) yelah, orang datang sibuk bercuti kau sibuk masak air pulak. 

Tapi tak ada stove, so jangan datang bawa ayam la, ikan la, sawi nak masak lemak la dan bawang merah.



Mesti korang tak sabar nak tengok toilet dia kan?

Toilet ni nadi sebuah tempat tinggal tau. Apa guna lantai bertatah berlian tapi jamban pun tarak kak oi.


Masih bersih dan selesa. Ada air panas jugak kalau taknak mandi air paip biasa padahal kat rumah mandi je kan air sejuk tu.

Overall, Abang Adik Service Suite ni sangat recommended untuk mereka yang nak tempat yang bersih, selesa dan nak cari hotel atau homestay area Klebang.

Bukan apa, senang nak cop tempat beratur kat Kuih Keria Antarabangsa tuu

Saturday, March 4, 2017

ME'NATE : Steak sedap pasti kembali


Assalamualaikum!

Korang tercari-cari atau teringin nak makan steak tapi tak tahu kat mana? Meh saya habaq 1 tempat yang sangat berbaloi untuk korang makan tanpa perlu rasa bersalah sebab duit tu korang boleh guna untuk makan 2 minggu. Miahaha.

Dekat Bangi, selain ada awek UKM yang lawa dan manis macam saya, restoran pun banyak. Cucuk ATM dan pilih je. Hari ni, ceewahh! saya nak kongsi pasal restoran Me'nate yang pernah viral dulu. Masa viral takmau pergi sebab takut kena bayar ribu jugakk. Hahaha


Buat yang tak berapa pandai nak order steak macam aku ni kampung sangat tak payah menggeletis blur sebab kat sini pelayan mereka memang muda bertenaga dan kalau yang awek tu pergh lawa. Tapi sis lagi lawa.

Mereka tu nanti akan bantu kita pilih jenis daging, bahagian daging, cara masak dan jenis sos. So time tu tanya habis-habis, kalau boleh resepi sekali supaya lepas ni boleh buka restoran steak  Mu'nate pulak. Dah siap pilih dok dendiam kat table tu sambil melayan jiwa dan  Korang standby duit je okay?



Yang bestnya kat sini ada 3:

1. Air boleh tambah tambah dan tambah sampai kembung. Air dia datang dalam dua kategori iaitu hot, cold and cold hearted, eh tu dah 3. Ada few choices of coffee. I lavvvv coffee tapi sekarang sejak jadi kilang susu kena cut intake sebab nanti ada budak jadi owl. Cesss. Lepas tu ada mango, blackcurrant dan 3 4 pilihan lagi. Saya sangat suka tempat makan yang offer service macam ni. Miahaha.

2. Harga yang stated pada daging yang kita pilih tu dah include side dish dan free flow air tadi tu. Senang kira bajet macam ni.

3. Ada surau ya para muslimin dan muslimat. Sesungguhnya makan steak itu memang perlu untuk kau penuhi perutmu, tapi janganlah kau lupa pada makanan jiwamu. Solatlah. Solatlah. Okay sekian.

Biasanya restoran kat Malaysia ni akan dibanjiri rakyat kelaparan lepas jam 8 malam ke atas. Me'nate Bangi ni pun sama juga. Al-untung saya sampai pukul 7 malam. Orang tak ramai, order siap sangat cepat. So, kalau rasa nak ketenangan tu, datang masa Maghrib boleh sebab tengah korang kunyah steak tu, pergi solat jap lepas tu sambung second round. Eh.




Lap dulu air liur tu.

Secara peribadinya, saya bagi 5 ha, eh 5 bintang sebab sedap. Yang tu daging Angus bahagian apa pun lupa. Daging dia memang lembut seperti sutera, gigit gigit sikit dah hancur. Susah pulak nak tulis sebab ni makan dah sebulan lepas weh!

Overall, steak dia sangat sedap dan recommended kalau korang nak pergi cuba dan makan steak sebab korangkan hipster.Try cuba wagyu, i bet lagi lembut dari Angus tapi lagi mahal. Alah setakat seratus ke dua ratus tu gunalah bR1m. Hehe.

Selain Me'nate. satu lagi tempat yang boleh korang cuba adalah Laman Grill, Bangi (takkan laman rumah kau pulak). Yang best pasal restaurant ni (sebut tu bunyi Itali sikit ye) ambience dalam restoran tu agak romantik dan feeling sangat kalau dinner dengan laki korang. Hikhikhik. 

Best steak in Bangi so far dua tempat tu. Nanti kalau pergi makan steak lain saya kongsi. 

Bukan apa, kalau bab makan sedap ni kita kena share supaya semua pun sama gemuk.

Kahkahkah!

Tuesday, January 17, 2017

MADU: Asli atau tidak?


Assalamualaikum dan helo

Ramai yang ada madu dekat rumah kan? Sama ada madu cecair yang boleh slurp slurp atau madu untuk korang gaduh berebut laki. Eh. Selain kita menggunakan moden style macam Shaklee ke, Mary Jardin ke, Essentiol oil yang glam tu ke, produk mak jah yang tengah viral tu ke, mesti ada sebotol madu kan kat rumah?

Tapi, korang tahu tak berapa peratus keaslian madu yang korang minum tu?

Saya bukan jual madu, cuma nak share pengalaman tertipu dengan madu tiruan nombor dua, tiga dan empat.

So, keep reading ya. Info manyak nih nak share.



Kisah madu #fake

Sebenarnya dekat pasaran banyak gila bukan gila babi dah, sebab banyak sangat, madu tiruan. Kalau yang dekat mall atau pasaraya beli nak buat cornflakes bermadu masa raya kita akan tahulah itu tak asli. Nak ke kau buat biskut guna madu asli? Berapa biji kau nak buat? Miahaha.

Itu yang kita tak maklum. 

Yang kita tak tahu atau peniaga claim madu mereka asli (read:menipu atau sama-sama tertipu dengan supplier) macam mana nak cerita tu?

Meh sis cerita kisah sis. Korang standby tisu atau standby nak cakap padan muka. Both sis okay sebab at least sekarang sis dah tak makan madu #fake macam korang miahahahhaaha. Saya sekeluarga terjebak dengan beli madu letak kat rumah lepas pertama kali beli kat Cameron Highland. Korang bayangkan dah berapa botol madu tiruan kitorang telan. 

Noted yang bukan semua madu CH (cameron highland, sis nak jimat ink ni) tiruan ya tapi sis pasti madu yang sis selalu beli memang tiruan. Argh sakit pula hati ni.

My suggestion, tak payah belilah madu kat sana tu. Beli seterobeyi jeww okay? 

Macam mana yakin tu madu tiruan?

Betullah bila kita tak tahu, kita kena cari ilmu dan makin kita tahu makin banyakkk lagi kita tak tahu.

Kebetulan masa merendek di MAHA 2016 untuk rasa makanan tester sampai kenyang, saya dapat peluang untuk belajar lebih lagi pasal madu. Macam mana nak tahu madu asli atau tak, macam mana rasa madu asli dan macam mana nak halang suami bagi kita madu. Eh.

Seringkali  kita didendangkan (macam lagulah pula) tips untuk kenalpasti madu itu asli atau tak. Percaya atau tak, tips tu dah tak relevan atau bak kata Matt Damon bullshit. Teknik seperti tengok kehadiran semut, cair atau pekat, ada bentuk sarang lelabah atau tak tidak relevan sebab zaman sekarang ada sesetengah "cerdik pandai lulus Kimia Tingkatan 5 tahu komponen dalam asli madu dan mereka akan create madu sendiri. Meaning with their own recipe kau!



Menurut seorang penyelidik dari Mardi (yang ni dah rupa keratan akhbar ayatnya) nak tahu ori atau tak madu ni almost tak boleh dengan mata kasar. Unless sebelum minum, korang hantar sampel untuk lab test sebab diorang boleh detect madu asli atau tak dengan cara ni sebab madu ni ada satu compund yang saya lupa nama apa, yang mana hanya madu asli akan produce.




Amacam? Saintifik tak posting sis? Miahaha.

Tapiiii................................................

Korang jangan risau sebab saya ada tips lain lagi sebab nak ke korang hantar madu ke makmal? Kat bawah ni saya share beberapa kekdah free ya!


1. Bau

Madu asli ada bau tersendiri. Itu je. Saya tulis pun bukan korang boleh bau pun. Miahaha

2. Tekstur

Madu asli biasanya akan ada macam particle atau buih-buih yang dikatakan propolis/gas (kalau tak salah). Tapi yang ni agak crucial sebab ada madu tiruan yang ada juga buih ni. How? Sebab yng ni boleh direka dengan cara menambah baking soda atau alkohol.

3. Rasa

Hanya jauhari mengenal manikam. Banyakkan rasa dan minum madu asli, lepas ni anda tidak akan tertipu terminum gula melaka campur pati nenas.

Okay, 3 cara tersebut saya dapat masa sembang dengan seorang brother yang buka booth masa dekat MAHA2016 lepas. Nasib baik dia hensem, sis pun teruja dengan perkongsian dia. Okay tak ada kaitan.

Oh ya, pati nenas with gula Melaka tu resepi untuk buat madu tiruan.

Selamat mencuba menipu!