Wednesday, August 24, 2016

Kota Kinabalu dan Kundasang Awesome!

Assalamualaikum

Sempena setahun anniversary melawat Sabah (padahal pergi 1/10 luas sabah je pun) akak teruja (padahal tak ada idea) nak share ke'bestan' bercuti pendek ke Sabah. Ternyata Sabah truly Asean okeh. Mih mih mih. Sebelum tu nak mohon maaf kalau posting ni bosan dan tak menerujakan korang untuk ke Sabah, maklum akak tak pernah johan storytelling dolu-dolu. Tapi #siscuba bercerita sekreatip mungkin. Doakan pembacaan korang dapat mengONkan imaginasi korang ya.

Memandangkan Sabah dengan Semenanjung tak couple dan terpisah dek laut, wajb kita tempah tiket kapal terbang Airasia sebab kita mesti budget ye, kalau korang kaya boleh beli MAS, kalau terlebih kaya beli tiket on the spot je okay. Biasanya tahun lepas masa Pak Cik Tony promo kapal terbang dia, tiket 1 way ke Kota Kinabalu RM69 sajo dengan perjalanan lebih kurang 1jam 45minit gitu. Tahun ni, akak cek (saja la kot dapat pergi lagi) promo dia RM79, naik sepuluh riyal dek GST kot.


Malam pertama kat Kota Kinabalu (lepas ni akak taip KK je, jimat ink) kami bermalam kat hotel hasil booking online. Murah dan selesa untuk tidur. Tapi sebelum malam sempat luang masa jalan di bandar KK dan pergi shopping makanan kat pasar tu. Pasar Filipina namanya. Seronoknya pasar ni, banyak makanan, hehehe. Alah gurau je, akak tertarik dengan pelbagai jenis makanan yang tak pernah akak tengok di Semenanjung dan sampaikan nasi putih dan ikan goreng pun diorang jual. Dengar dulu, belum habis cerita. Nasi putih tu siap-siap letak dalam plastik putih dan ikat. Ikan pun sama. Unik dan pelik lah mata menengok.
Buah tangan kat pasar ni beli pada hari last, Yelah, kau beli awal-awal buat berat beg je, takpun habis diketedarah sendiri je. Jangan buat-buat lupa beli brooch glam diorang yang guna mutiara tu ye, T-shirt I Love KK, ikan bilis, ikan kering dan kerepek yang bagai-bagai tu. Kalau suka keychain pun jangan lupa beli. Ni dah pesan awal-awal.

Gigirl, ingat untuk bawa duit banyak sikit gila sebab korang mungkin alami sindrom brooch mutiara. Serius, akak memang rasa nak beli banyak-banyak. Dan last-last pakai satu je. Hahaha.

Kundasang

KK dengan Kundasang bukan sebelah-sebelah boleh jalan kaki ye, so pandai-pandai sewa kereta. Ikut koranglah nak kereta apa. Akak budget sebab berdua je, ambik kereta Viva kaler hitam (kaler random. Ha ha) harga untuk 3 hari rasanya RM210 kot. Kalau korang kaya ambil la BMW ke, Audi ke, Limo ke kot nak suprise makwe korang tu atau Hilux sebab jalan ke Kundasang bukan highway utara selatan ye. On the way tu, berhenti jap dekat Rumah Terbalik. Ni biasanya untuk tengok-tengok dan ambil gambar macam kat bawah.



Dah bosan pusing-pusing dalam sejam dua (ikutlah nak duduk sampai diorang tutup pun boleh) teruskan perjalanan tu, kang tak sampai pulak ke Kundasang. Sampai Kundasang, akak book resort via online. Masa nak book, survey sampai puas hati. Cadangan untuk korang, aim lah nak stay dengan Kinabalu Pine Resort sebab memang paling cantik dekat Kundasang dan paling glamour. Jangan tanya akak stay mana sebab kebetulan masa nak book, tarikh tu dah penuh tapi resort yang akak duduk pun menarik juga cuma location tak best. Bayangkan kena drive atas jalan batu berbukit untuk ke resort tu. Sebab tu akak cakap sewa hilux je senang. He he he. Kalau nak bajet sikit, ada banyak homestay juga. Macam Walai Tokou ke apa ntah. Google lah dik oi.

Dah penat korang pergi Kundasang jangan sedap sangat tidur sampai terlepas nak pergi Desa Dairy Farm. Rugilah bayar tiket kapal terbang dengan segala macam apps camera yang dah download semata-mata untuk edit gamabr korang dengan lembu tu.

Yang ni wajib dan digalakkan pergi pagi. Jangan malas sangat nak bergulung dalam selimut je. Lembu pun reti bangun pagi. Sebenarnya, kalau pagi, sebelum pukul 10 atau 11, adalah masa terbaik sebab masa ni angin kat sana dan suhu dia memang perghhhhhh buat korang jatuh cinta dengan tempat tu. Sejukkkkkkkkkkkkk. Angin bertiup. Kalau tengah honeymoon elok la untuk korang jalan berdua dan pegang-pegang tangan sambil jeling pasangan sesekali. Tak adalah korang jadi perempuan tak cukup kasih sayang yang gila dengan drama Melayu pukul 7 tu.





Jangan lupa tangkap gambar dengan spesis korang ya. Mamalia kan?


No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!