Thursday, August 20, 2015

Morning start-up

Assalamualaikum

So, how was your morning?
Stress jalan jam la tu.

Haha.

Monthssss ago, saya mula rasa yang saya tak boleh brain hidup dalam rat race dan jadual hidup saya dikawal atau di"create" oleh orang lain. Come on, tuhan bagi setiap orang hidup sendiri dan macam apa je kan bila kita biar aturan, masa dan tenaga kita dijaga orang. Kita bukan baby, kita adult. Yeah! Hidup melayu.

Err. 

Mungkin ada yang tak faham apa yang saya cuba sampaikan, it is okay. But, pernah tak korang terfikir yang betapa sadisnya hidup kita ni yang terpaksa bangun pagi untuk ikut waktu kerja yang orang lain cipta, repeat berpuluh tahun. Saya sungguh dengki gila (metafora sangat) dengan orang yang ada pengurusan masa sendiri. Orang putih kata time freedom.

Saya mahukan yang itu.
Tapi bagi saya, itu tak dapat saya capai instantly macam masak mee segera. So saya cuba create hari-hari saya agar lebih terasa nyaman.

Itulah penting untuk kita mulakan pagi dengan aura positif. 1 perkara yang saya buat setiap pagi sebelum pergi kerja dalam kereta adalah tarik aura tersebut.

1. For sure korang kena baca doa naik kenderaan dulu ye. 

2. Kalau sempat, boleh baca surah yassin. Ah, joking. Hehe. Just baca selawat as much as you can.

3. Doa pada Allah supaya korang happy, mudah pekerjaan dan berkat rezeki.

4. Senyum dan yakin dengan apa yang korang submit kat atas tu.

5. Tolong jangan maki orang sepanjang jalan sebab korang dah tarik aura negatif.

Simpulnya, mulakan pagi korang sehappy dan setenang mungkin. Jadi sampai ke malam korang akan rasa nyaman sikit.

Lets do this together okay?

Wednesday, August 19, 2015

Jom cuba miniature perfume dari Rexylla

Hai dan Assalamualaikum,

Raya month dah past dah. Kena tunggu tahun depan. Tapi, saya lebih tunggu Ramadhan sebab bila bulan puasa datang, saya dapat rasa suasana yang lain, lebih aman mungkin? Iyelah, setan tak ada cuma ada manusia berperangai syaitan.

Okay. Saya nak kongsi dengan cerita ni dengan orang yang nak beli perfume original je. Kalau yang nak beli yang RM10 sebotol, post ni tak sesuai untuk korang tapi kalau ada sipi-sipi niat nak cuba macam mana feeling pakai perfume original boleh teruskan pembacaan ye. Hehehe.

Saya mula nak cuba-cuba wangi ni sejak hormon keperempuanan yang suka melawakan diri tu start dirembes. Tapi at that time, memang tak ada duit nak beli perfume. Kalau pergi Watson atau Guardian pun cuma mampu beli body spray yang harga below RM10. But still masih wangi dan tak adalah bau kepam sepanjang dalam kelas kan.

Then, bila duit mula masuk akaun sendiri setiap bulan, selalu berangan nak beli yang mahal-mahal macam dekat Sogo tu. Kan ada banyak booth jual perfume jenama mat salleh kan, yang salesgirl dia pakai skirt pendek dan makeup dan tak nak layan kita kan. Hahaha

Bagi saya, yang sangat berkira dengan every penny ni, saya rasa sangat berbaloi untuk beli perfume dari Rexylla sebab diorang ada saiz miniature.




Apa yang best pasal miniature ni?

1. Saiz die mini, nama pun miniature kan. Boleh letak dalam beg bawa pergi mana-mana pun. Tambah-tambah gegirl yang dalam handbang tu ada 7 keturunan kan. Berat!

2. Boleh beli banyak jenis. Kalau korang beli saiz normal tu mesti dapat beli satu dan bertahun asyik bau sama kan. Boring x?

3. Satu handbag satu perfume. Hahaha. I did this. Even lipstik pun. End up dress table tinggal bedak baby sahaja.

Oh ya, Rexylla bukan jual miniature je tau. Ada juga dalam bentuk vial kalau nak try dulu atau boleh juga beli yang besar tapi dengan harga jauh lebih rendah.


Selamat mewangi bersama Rexylla