Thursday, June 18, 2015

Tips sahur dengan mudah dan cepat



Assalamualaikum

Yeay! Hari ni adalah 1st day saya berpuasa sebagai isteri. Kekekeke. Dan saya pasti awak dan ramai lagi yang status macam saya kan. Seronok la tu. Mesti dah ada 30 jenis menu masakan berbuka dari ayam masak kicap sampai ke beriani ayam lah tu. Ish, puasa lah!

Biasanya approaching 1 ramadan mother kitorang akan bebizi beli ayam la, daging la, sotong la, kerbau la, kambing la, tipu je, untuk masak best-best khas sempena sahur  puasa hari pertama. Bukan apa, nak bagi family selera sikit makan nasi. Iyalah, 5 pagi, merangkak kot nak suap nasi.

Dannn saya rasa benda ni berjangkit pada saya.

So, few days before puasa saya dah berzikir sebelah suami nak masak apa untuk sahur dan come out nak masak tomyam lah. Ha! Tomyam okay. Gigih sangat tu.

So last night, barang untuk masak 3 4 hari termasuk tomyam takn sabarnyaaa nak masak tu dah ready dalam fridge. Dan of course, jam haruslah kita kunci start pukul 3 pagi. Boleh la tahajud sambil tunggu tomyam masak. 

Oh well, 
Hidup tak selalu indah bukan.
Pagi tadi kami sahur dengan tomyam air saja.
Sedap dan menyelerakan.

Thats the sahur story.

Now, back to tajuk.

Kalau sebelum ni bujang, sahur sama ada bangun ke tak tu dah biasa. Tapi tahun ni kalau boleh jangan buka puasa je nak penuh, sahur pun penuhkan lah. Dapat pahala tau.

1. So geng, sebelum tidur, niat sungguh-sungguh nak bangun sahur dan pilih lagu alarm yang ganas atau lagu yang paling annoying bagi awak macam Lagu Aku tanya apa khabar tu. Atau boleh rekod teriakan mana-mana pontianak. Kalau boleh, tukar lagu alarm setiap beberapa kali dan set volume paling tinggi. Lagi, boleh sambung ke speaker. Boleh kejut jiran sekali.

2. Jangan tidur atas katil. Sangat digalakkan untuk tidur di sebelah dapur. Bukan apa, boleh terus ambil makanan. Tambah-tambah yang bilik tingkat atas tu.

3. Jangan buang masa untuk masak. Ye, ye, saya tahu awak memang passion sangat memasak tapi ni tips untuk sahur mudah dan cepat. Kalau jenis prefer sahur light light je, boleh kunyah kurma. Kurma ni letak sebelah bantal ye. Boleh semut join sekali. Dan kalau semut tu islam dia akan azankan dalam telinga jugak. Kalau nak beriani pun boleh siap2 letak dalam pinggan. Pasang salur ke perut. Sambil baring pun boleh makan.

4. Atau awak boleh azam untuk sahur dengan tomyam air macam saya.

Selamat berpuasa 
Jangan marah ye
Haha!





2 comments:

Time kasih sebab komen!