Tuesday, January 21, 2014

Istiqamah

Assalamualaikum!

Saya rasa semua orang tahu maksud istiqamah kalau masa kelas Pendidikan Islam tak membuta. Tapi, tak semua orang boleh mengaplikasikan sifat istiqamah tu dalam setiap perkara positif yang kita nak buat. Oh, saya sebut perkara positif sebab perkara negatif memang kita sentiasa istiqamah kan?

Baik mengaku.

Pada saya sendiri, setiap kali nak lakukan sesuatu yang positif mesti istiqamah tu macam belok-belok sikit. Lepas tu kena niat istiqamah baru. Sampaikan hal ini berulang over and over again sehingga umur meningkat pun belum sedar diri.

Masa sekarang bukan berjalan lagi, tapi pecut 120km/h dah.

Sampai satu saat saya tahu yang saya perlukan satu modus operandi yang saya cipta untuk pastikan saya sentiasa berada pada track yang betul untuk terus sampai ke niat saya itu.

Jadi bila saya dah tahu apa yang saya nak, saya akan set target untuk mencapai apa yang saya mahu. Memang terseksa sebab terpaksa menahan banyak hasutan-hasutan yang tak patut. Sekarang, cuma berdoa istiqamah itu akan kekal pada saya.

Praktis membuatkan kita sempurna kan?
Awak fikir macam mana Lee Chong Wei hebat menangkis bulu tangkis?

posted from Bloggeroid

Sunday, January 12, 2014

Rexylla First Giveaway!

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak buat promotion yang mana setiap orang yang baca blog ni berpeluang untuk menyertai giveaway daripada Rexylla! Kalau tak baca blog ni tak dapat join sebab tak dapat info. Sebab itu anda ni beruntung.



Kalau malas nak klik gambar kat atas boleh klik,

1)  Rexylla Blogshop
2)  Aswadz

Semua contest atau giveaway biasanya ada syarat, jadi Rexylla pun ada syarat yang tak menyebabkan anda terpaksa buku Fizik Tingkatan 4 semula pun.

Okey, do klik, visit dan join ye.

Sekurang-kurangnya ada pekdah korang berblogging dan mengadap laptop.

Thank you!
Bye!

Thursday, January 9, 2014

Janji

Bila janji bersalut mungkir,
Kebabian apa yang kau campakkan?

posted from Bloggeroid

Thursday, January 2, 2014

2014 dah datang

Assalamualaikum

Bila kita bercakap pasal tahun baru, topik azam tahun baru adalah topik paling klise sekali selain mengunjungi konsert anjuran sekian-sekian. Alhamdulillah, tahun baru kali ni saya tak join tengok konsert atau tengok bunga api.

Sebenarnya, saya cuba untuk rewind perkara yang hot dan trending dalam hidup saya sepanjang 2014 dan sedihnya macam tak ada pula.

Saya rasa macam tak mungkin. Setiap manusia mesti ada perkara penting yang best atau tak best yang berlaku sepanjang setahun. Maksud saya, 365 hari kot? Apa? Hidup dalam gua ke?

So, inilah. Antara yang best of the bestes moments. Hihi.

Pergi Cameron Highland, lengkap satu famili. Saya rasa Cameron adalah satu entiti yang sangat romantik dan cool. Dan, saya sering teringat angin Cameron. Tak tahulah sebab Cameron itself atau sebab perasaan over excited saya. Saya rasa, both.





Hey, kata Cameron. Gambar seumpama apa lagi yang kalian fikirkan?

Lepas tu attend a few weddings. Orang selalu kata ambil berkat, tapi saya bukan mahu ambil berkat semata-mata, sebab saya memang suka wedding. Eh, ada ke orang tak suka wedding? Aura tu lain. Rasa penuh kerahmatan gitu. Dah macam UAI pulak.

Sebab tu la menghadiri, eh, terlibat dengan wedding kakak kedua saya sangat syok. Dah la saya suka wedding, ini yang serahim pula. Boleh kira tak jumlah suka tu ikut rumus a tambah b?




Gambar recyle. Gambar kegemarang la kata kan.



Seterusnya jom kita bercakap pasal azam tahun baru.

Tiada azam.
Maksud saya azam baru sebab saya setiap hari even setiap bulan ada azam baru.

Cuma saya doakan tahun 2014 menjadi tahun yang lebih baik. Jangan doakan tahun je. Doa la untuk diri juga.

So, saya doakan saya dan anda akan menjadi hamba Allah yang sentiasa berubah menjadi lebih baik, lebih positif, jangan jugde orang sebab judging bukan kerja kita (kerja kita cuma update facebook dan instagram.gurau je.haha.sila gelak), sentiasa perbaiki diri (tapi bukan tikus membaiki labu), mendapat rezeki dari pelbagai cabang yang melimpah ruah ke akaun saya, eh,

Paling penting, semoga kita jadi manusia lebih baik.

Happy 2014!!

posted from Bloggeroid