Thursday, September 19, 2013

Zombie

Assalamualaikum yang bukan zombi semua!

Kalau kita google filem yang bertemakan zombie ni, nanti pakcik tu akan keluarkan senarai dia. Dan ianya bukan 3 atau 5 buah filem. Kenapa mereka obses sungguh dengan zombi ni?Eleh, Malaysia apa kurangnya. Sikit-sikit pontianak. Pontianak harum, paku pontianak, awek pontianak, anak pontian, anak-beranak dan terberanak.

Semua orang mesti tahu zombie ni sejenis makhluk yang macam mana. Kalau mengikut gambaran filem, zombie ni seekor yang lembap bila bergerak dan mesti muka scary dan berdarah. Creepy lah konon. Zombie ni kita letak dalam kingdom animalia jelah.




Dekat Malaysia yang tercinta ni pun, memang ada filem bertemakan zombi. Zombi kampung pisang dan Kl Zombi. Kalau ada yang lain tu saya tak tahu.

So dengar kata Zizan yang lead Kl Zombi. Dengar kata lagi ada orang tolong bayar harga tiket. Jadi, Zizan dan masuk cinema tak payah bayar tu dah jadi sebab kukuh untuk tengok movie Melayu di dalam pawagam ok. Okey.

Emm.

Emm.

Jom baca "review"

Kl Zombie kalau dilihat sebagai filem seram komedi memang tiada unsur seram yang buat kita ketawa pun. Dengan pelakon yang stock-stock retis (meaning punya rupa) pemandangan filem memang tak fail. Kalau lihat kepada make up zombi pun tak fail. Apatah lagi cara zombi bergerak dalam filem tu. Slow and steady.

Idea filem tak ada yang salah.

Cuma Kl Zombi adalah sebuah filem yang ditayang untuk cepat habis. Faham? Bila filem tu buat macam tu, kita yang tengok pun jadi cepat nak berambus.

Macam kita tengok lepas tu kita pun tahu kita tengok apa. Biasanya lepas tengok filem, kita akan ada feeling marah ke, happy ke, geram ke atau tak puas ke. Tapi kita tak akan dapat pun those feeling.

Zizan, kenapa awak sama je dalam setiap filem?Bukan ke pelakon ni sepatutnya menjadi watak tu? Mungkin Zizan ni sesuai jadi pengacara je. Tolong tag post ni kat Zizan ye. Haha.

Scene dimana Izara dan Zain yang bergerak ke arah kissing tu sangat fail. Double fail. Super fail. Berjuta-juta ganda fail. Banyak lagi idea untuk buat bermulanya wabak zombie tu selain 2 orang manusia buat French Kiss kot?

Nak ajar rakyat kissing ke?

posted from Bloggeroid

2 comments:

Time kasih sebab komen!