Tuesday, March 19, 2013

Hari yang bahagia bermula dengam tummy yang sihat?

Assalamualaikum aweks comel sekalian.

Sorry. Itu tajuk paling pendek saya boleh sediakan. Heh. Heh. Kelmarin diisytiharkan Breakfast Day. Tak tahu pun sehinggalah semalam. Manusia ni macam-macam hari yang mereka cipta. Purpose b.d tu mungkin untuk menggalakkan manusia ni bersarapan. Bukan brunch ye. Konon nnk style lah tu berbrunch2. Tiba-tiba emosi.

Secara umumnya, breakfast ni penting dan kepentingannya boleh la anda taip di enjin-enjin carian yang ada dalam komputer tu sebab saya kang kalau buat pasal kepentingan berjela pulak entry. In fact kan, saya pernah buat kot sikit zaman dulu kala.

Okey. Selain untuk memastikan kita happy dan bertenaga dengan memasukkan makanan ke dalam perut semasa breakfast, kita juga akan happy bila mengeluarkan makanan daripada perut. Dan secara umumnya sekali lagi, proses pengeluaran makanan daripada badan kita adalah penyahtinjaan. Wah. Tak sangka sains saya masih menebal dalam diri ini.

Ada segelintir rakyat jelata yang mengalami kesusahan untuk membuang air besar yakni buang air lah. Saya yang masuk dalam segelintir tu. Huhu. Kesian. Oleh yanh demikian kita perlu berusaha untuk buang air besar sebab proses penyahtinjaan ni sebenarnya dia buang toksin daripada badan kita. Selain sibuk bagi muka je cantik, kakak-kakak sekalin jangan abaikan perut. Perut buncit tu cerita lain.

Setelah mengalami depress (melampau pula kan), saya mula mengadu kepada orang yang mengandungkan saya, maklumlah, saya kan daripada dia, mesti dia tahu selok belok diri saya atau sejarahnya. Ada kene mengena ke? Cara yang paling efektif kepada saya adalah menggunakan losyen yang Nora Danish pegang tu. Ingatkan dapat jadi selim melim macam nora. Rupanya dapat bernyahtinja sahaja. Tak apala. Janji sihat.

Sebenarnya banyak produk dekat toko toko jamu atau kedai kedai lain. Concern saya di sini bukan produk tapi penyahtinjaan. Mesti entry ni penuh sifat biologinya kan. Maklumlah berulang kali perkataan sains diutarakan gitu.

Bila toksin berjaya disingkirkan, insyaallah kita mesti sihat. Bila kita sihat kita akan bahagia. Tetapi awas kalau sihat tapi tak bahagia. Saya rasa anda bukan perlukan penyahtinjaan daripada usus tapi mungkin perlu tonik hati.

Kesimpulannya marilah kita menjaga perut masing-masing. Perut sihat hati pun senang. Ye dok?

Bye.

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. kito mkn yg pil dia...pil halia nightriem...rasa mcm terbuang doh kot toksik2 mkn pil nih...ehehehhe

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!