Friday, March 22, 2013

Hari SPM 2012.

Assalamualaikum kepada awek-awek yang masih tengah tengok slip SPM tu. Still kira A's ke?

2013 tolak 2005. 8 tahun. Ya Allah, lamanya. Atau tuanya. Haha. Tapi still rasa macam semalam je ambil result spm tu.

Masa Tingkatan 5 nak pergi ambil result SPM pergi dengan kawan-kawan sewa satu teksi. Seingat saya dengan 3 orang lagi. Seorang tu nama dia Ain. Oh ye, masa zaman sekolah dulu dalam satu batch tu ada ramai yang nama ain. So sebab nama saya boleh dipelbagaikan panggilan, masa tingkatan 5 semua orang panggil zunnur. Kan dah tak sama dengan Ain lain tu. Tapi ada seorang ni nama dia Atieya Munni, masa tu die unik sikit. So dia panggil saya Zorro. Cis. Kalau panggil Cinderella boleh la berfeeling princess rambut mengurai urai.

Masa nak pergi ambil result tu juga, ma dengan abah siap belikan kain pasang dan jahitkan baju kurung baru tu. Warna hijau. Ada lagi dalam almari tergantung comel bau ubat gegat.

Bila sampai MRSM Kuala Berang pergi dewan dan slip SPM kena ambil dengan cikgu homeroom. Masa tu Cikgu Sapijah tapi kami satu homeroom gedik nak feeling-feeling manja, kitorang panggil Mama Sep. Tapi memang kitorang dapat rasa kemanjaan tu sebab selalu dapat makan rumah cikgu tu. Kadang ada time boleh tidur. Itulah ubat budak-budak yang jarang jumpa mak bapak. Sesekali dapat bau rumah.

Mama Sep tanya agak-agak dapat berapa A. Sah sah time tu nebes kan, mesti senyum nebes je. Kawan saya masa dapat 10 atau 9 A tapi gua dapat 6. Banyak la lagi dari najwa latip. Hakhak.

Time tu feeling kecewa sikit sebab ingat kan dapat semua A. Eleh, time prep class tidur ada hati kan nak dapat 9A. Lepas tu terus call ma guna henfon kawan. Al maklumlah time tu henfon belum ada. Kalau ada facebook time tu gak tangkap gambat slip dan buat caption "Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah" macam budak-budak tak cerdik. Allah tu tak ada facebook. Kalau nak cakap terima kasih tak payah semua tu. Huh. Tiba-tiba emo.

Sebelum balik, lepak wakaf berfeeling feeling dulu dengan member. Lepas tu nampak crush. Adoi. Terus rasa nak lari pergi peluk. GATAL!! Tapi masa tu lelaki idaman gua bercinta dengan orang lain, terpaksalah memendam rasa. Biarlah kusimpan cinta ku ini jauh di dasar lautan hati. Memandangkan hari tu hari terakhir tengok dia, maka setiap langkah dia mata tak lepas. Menangis dalam hati. Kenapa? Kenapa? Kenapa aku tak boleh memiliki lelaki itu? Sekali lagi emo tiba-tiba.

Sekarang tengok kat facebook perempuan tu bercinta dengan orang lain. Cis. Rugi tak confess. Eh?

posted from Bloggeroid

6 comments:

Time kasih sebab komen!