Wednesday, December 19, 2012

Aiskrim di Ice Room

Assalamualaikum

Mencari sebuah tempat untuk lepak dan duduk sambil ada sesuatu untuk disuap kerana rasa nak spend more time atau too early to go home (yang ni jangan tiru wahai anak gadis), Ice Room adalah berpatutan. Untuk saya. You all kaya boleh lepak Tutti Frutti. Tak pun Baskin Robbin. Ceh.

Kalau rasa nak menikmati aiskrim tak payah pergi sebab aiskrim conetto lagi sedap. Tak pun aiskrim yang pak cik naik moto bunyi loceng jual. Aiskrim ni dulu 20sen je tapi sekarang yang kadang lalu depan rumah, kalau tak ada 50 dapat dengar loceng je. Tak pun seringgit. Ceh. Air beku mesin je pun.



posted from Bloggeroid

Hobbit and Vampire

Assalamualaikum

December is leaving you all.

Rasa lama tak review (la sangat) movie. Sebab tak ad movie best untuk labur dekat situ. Tapi bulan ni dek kerana banyak movie menarik dan event yang menarik duit maka ada la entry berkaitan. Kenapa macam keling je ayat ni.

Jadi yang pertama ialah TWILIGHT BREAKING DAWN PART 2. Kalau salah eja tu anggap la typo. Kebiasaannya saya akan tertarik dengan fizikal aktor dan aktress utama untuk kebanyakan filem. Exceptional la movie ni. Sungguh saya merasakan kedua dua teras utama tak comel. Jadi...jadi kenapa saya berlagak minat sequel twilight ni?

Pertama. Semua orang tahu twilight. Kalau saya tak tahu saya rasa loser. Haha. Tipu. Sikit.
Sebabnya kerana story line twilight ni menarik. Lagipun untuk movie kali ni akan ada satu part yang saya rasa syok je tengok. Action is always my favourite la. Tapi tiba-tiba scene tu bertukar ke "alahhh" . Tapi kemudian kita akn rasa yeay!

Happy ending is good.



Kedua baru semalam tengok. Untuk mengubat hati luka. Haha. Hobbit.
Cerita ni bermula dengan satu misi yang mana kita akan rasa ending dia dengan kejayaa misi tersebut. Tapi dah separuh cerita langsung tak ada klimaks untuk misi tu. So saya dah mula rasa yang ending movie bukan pasal those mission.

Satu yang menarik adalah set dia. Super cantik.

Lagi satu movie ni 3 jam. Dan pergerakan agak perlahan. Cuma belum sampai tahap mendodoi. Worth to watch la. Sambil ditemani popcorn yang mahal.



Oh ya. Bercakap pasal popcorn mahal. Saya selalu tertanya kenapa walaupun popcorn atau air atau sosej atau cekedis dekat cinema tu mahal kita rileks je beli? Saya pun beli. Kenapa eh?

posted from Bloggeroid

Thursday, December 13, 2012

Berhati-hati di jalan hidup

Assalamualaikum.

Kalau post yang tak ada gambar meanin that im updating my blog using not so smart bloggerdroid. However this application is still in my phone because this is the one yang boleh diharapkan. Stupid but dependable. Yeke?

Looking at my new calendar(given by company) and i am speechless. Kita dah sampai mid of Disember gitu. Tak lama lagi orang akan sibuk update azam tahun baru. Dan. Dan. Dan. Makin ramai kawan sefacebook akan menikah. Aish. Dah makin dewasa dah rupanya. Tapi saya masih merasakan diri 21 tahun walaupun wajah ni berumur 12 tahun, eh, 17 tahun.

Masih ingat lagi masa zaman sekolah orang-orang yang saya hadap adalah guru dan kawan. Dan perangai yang tak berapa best cuma guru yang garang, kawan suka mengumpat, meniru,dan all those yang simple2. Tapi bila semakin dewasa dan sudah ekpose kepada dunia yang dipanggil dunia, orang yang saya jumpa adalah daripada pelbagai jantina (berapa jantina yang wujud ni), umur, pangkat,taraf pendidikan, latar belakang keluarga yang pelbagai. Jadi semua dah jadi wide.

Syukurlah bila kita dah menginjak tua sikit, kita punya akal akan lebih berkembang. Tapi still ada manusia yang sel otak dia tak sihat dan dia walaupun semakin tua akan jadi semakin bebal dalam bahasa melayunya. Lebih baik kita pastikan bila kita semakin dewasa kita akan jadi kategori yang berguna. Barulah pepatah "lebih makan garam tu" suits you. Perfectly lagi.

Oh ya. Ini bukan entry sebab saya nak condemn sesiapa. Ini sesuatu yang saya fikir. This is my words. Huu.

Bagi diri saya sendiri menjadi dewasa buat saya sedar diri yang saya semakin banyak yang tak tahu. It is true when people said life is a real school. Saya jumpa banyak benda baru. Belajar benda baru,yet, rupa-rupanya lagi banyak tak tahu. For that, i need to keep learning. Menimba ilmu. Gunakan otak dengan betul. Berfikir. Cari ilmu. Berfikir. Cari ilmu.

Hak bermain hak kami. Eh, bukan.
Ada satu frasa dalam lirik lagu yang bahagian rapping. Guna hak berfikir sebelum hak bersuara.

I hope i can use my brain perfectly. You too.

Bye.

Ini entry saya pun tak tahu maksud apa.
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 12, 2012

Got any plan? Today?

Assalamualaikum.

Ramai ke orang akad nikah hari ni?
Yang give birth ke?

Tak kisah la. Semua pasal nombor je. Pagi ni saya baca surat khabar The Star. Surat khabar? THE STAR??. Ye. Biasa je tu. Heh. So ada satu artikel yang bercerita mengenai tarikh 12-12-12 ni, feng shui tak bagus, jadi mostly yang percaya kepada feng shui tak akan nikah hari ni. Even mereka yang nikah pun sebab untuk masa depan yang mana senang nak ingat ulangtahun. Alah, kalau dah dasar otak macam pendrive 1GB tu bagi la tarikh special tak ingat pun, kalau dah tak ingat, tak ingat juga. 

Eh, kenapa emosional pulak ni?



Jadi, tak payah nak combo-combolah.

Newsfeed facebook as always akan penuh penuh tarikh(s) hari ini. Dan ada my friend yang dapat anak saudara hari ini. Lucky la baby tu. Birthday dia comel.

Tapi kan. birthday saya untuk tahun ni pun masuk  kategori unik.

1-2-12

Tak ke?

Tuesday, December 11, 2012

Mari bertunang beramai-ramai

Yeay!
Assalamualaikum.

Lama sungguh tak update blog guna laptop. Rasa besar pula screen ni. Eh.

Sebenarnya event ni dah lama (sangat?) tapi gagahkan juga untuk cerita sikit. Dan lagi sekali seperti yang sebelum mesti aku jadi mangsa terpaksa balik kampung paling lambat. Ceh.

So, Selamat menjadi tunangan orang wahai awek kurang comel dari saya. Tolongla doa lepas ni turn saya. Tolongla. Tolong la. Ok. abaikan.



Tempat orang bertunang jadi retis jap. Seperti biasa hand made ni. Dengan bantuan bala tentera yang pelbagai latar belakang dan pangkat. Antara banyak(s) benda yang ada kat situ bunga warna biru dekat tengah sebelah bunga putih bertentangan bunga pink ke arah 90darjah tu la feveret saya. Dapat? Bagus!



Macam berseni sangat pulak. Sebahagian daripada rupa barang-barang pada hari kejadian.  Terliur pulak nampak anggur.  Tak nampak? Tak nampak? Ok.ok.

Inilah pasangan yang diraikan pada hari tersebut. Lepas ni akan keluar berita di dada-dada Kosmo dan Harian Metro.
Yeay! dah bertunang dia. Seghiusly baju tu memang cantik. Berkenan sungguh. Pinjam boleh? Tapi kena  puasa 366 hari dulu.

BYE! Nak pergi cari calon tunang pulak.

Friday, December 7, 2012

Ekspress

Assalamualaikum.

Buat masa sekarang tak ada masa nak post entry comel-comel. Yang tu semua save sampai ada masa yang cukup untuk karang. Now boleh buat yang ekspress dan versi pemalas. Getting old ni memang tak ada masa nak buat benda macam ni. Curi masa je. Ini pun working hours tapi terpaksa rest sebab mata sangat penat mengadap laminar flow seharian. Kalau mengadu confirm bos penuh toleransi. Hakhakhak.

So saya notice yang dia getting worst dengan saya sebab saya maintain diam dan buat bodoh. Itu kepakaran saya. So padan la muka kau kan.

Saya tak faham la dengan perangai manusia yang satu: letak salah dia dekat orang lain. Dey mak cik, loser tau loser. Jangan mimpi nak kenakan orang la. Level kita tak sama ok. Fuh. Berlagak gitu. Tak apa dengan orang tu memang perlu sebab dia yang mintak.

Dua:cari salah orang.

Haish.
Tak penat ke mak cik hari hari kau tanam biji benih benci dalam hati tu. Subur ye? Sebolehnya nak buat orang ni nampak kurang dan salah. Hey, tak perlu buat nampak kurang dan ada salah la. Manusia memang kurang dan selalu buat salah. Kenapa buang masa buat benda yang dah ada. Baik guna masa untuk cuci hati. Kalau tak reti boleh tanya kawan yang serba tahu tu. Pelik dengan manusia ni.

Eh. Lupa kau pun manusia yang kurang dan buat salah.

So aku maafkan kau atas salah kau yakni cuba memfitnah aku tapi tak jadi tu.

Kesian.

posted from Bloggeroid