Friday, July 6, 2012

Walkman dan saya

Assalamualaikum.

Lama rasa tak menulis (ayat seolah-olah hebat benar ye). Saya sibuk. Sibuk ke lain.

Hari ni, lab sunyi sepi dari bunyi radio sebab budak tu (dia lagi tua dari saya ekceli (cute tak eja actually macam ni?)) lupa bawa handsfree dia. So, terpaksa nyanyi lagu kosong sendiri-sendiri je. Bunyi memang kosong habis.

Agak-agak, kalau request radio siap dengan speaker berkuasa 2.0 cc, bos setuju atau dia bagi je penampar terus? Mungkin jawapan dia macam ni, since dia seorang bos yang berjiwa rakyat,

"saya lasa aaa, itu management tak akan approve la, itu ladio aaa, tak ada kaitan sama kita punya projek maa"

Lepas tu dia akan angguk-angguk.

Comel kan bos saya?

ni bukan bos saya, ni walkman
Dulu, masa saya bersekolah (skema tak ayat saya ni) di sekolah berasrama penuh (ye, memang skema), benda yang paling diingini selain biskut kering, dan stok-stok makanan yang tahan kulat adalah walkman. Time tu, saya dengki gilalah dengan orang yang ada walkman. Rasa macam dia kaya je. Dan bergaya. Iyelah,walkman pada masa tu adalah satu-satu alat hiburan yang ada untuk student-student yang tinggal kat asrama yang dalam pedalaman. Tapi, biasanya memang boarding school ni diorang build dkt kawasan jin bertendang dan bersepak raga.

Pada masa tu, tahun 2001 saya berada di tingkatan 1, walkman bukannya murah pun. Sekarang harga 50 60 ringgit memang celah gigi, tapi pada masa tu, 50 ringgit tu dah boleh jadi duit poket untuk 2 bulan. Untunglah, boarding school bagi makan, kalau tak, makan hati je. Tapi kalau tak salah, walkman yang branded time tu boleh reach hundred. Nak-nak ada yang jenis bateri bukan pakai EVEREADY kena beli tipa bulan tapi yang jenis charge. Lagi saya dengki. Memang pendengki sungguh kan?

Dah tu, bila satu masa rasa nak ada walkman tu gila menebal, beli la satu walkman cap ayam. Murah. Tapi dah tak ingat harga. Tapi walkman yang murah tu bukan tahan lama sangat. Janji ada, so pergi prep class, boleh eksyen ada walkman, tidur malam pun konon pasang walkman. Walhal time tu dekat Kuala Berang dapat radio THR. Memang tiap malam layan hindustan. Jiwang ok.

Kalau lagi sengkek, dekat kedai dua ringgit ada jual walkman yang boleh dengar radio je. Tapi lepas dua hari biasanya hampeh. Kalau ada rezeki, berminggu jugak la.

Tapi walkman ni haram la bawa pergi prep class. Being a girl tak ada masalah, boleh sorok dalam tudung.  

Tapi, saya prep class malam selalu muka atas meja *tidur*. Sebab tu yang dapat 4 flat tu orang lain.

Selalunya orang yang ada walkman ni, time prep class, mesti ada orang sebelah dia, rapat pulak tu duduk, macam kamceng. Tapi tu sebenarnya tanda mereka berkongsi earphone. Satu lagi kalau ada yang nampak macam khusyuk pandang buku latihan Matematik Tambahan tak berkelip-kelip, panggil pun tak dengar, sah la, tengah dengar walkman.

Sekarang ni orang tak pakai walkman dah. Semua pakai pod pod je. Lagi besar lagi cool.


4 comments:

  1. hahaha. Kan? Dulu dengki jugak tgk mber ade walkman. Dak bilik aku syikin ha ade walkman.. Owhh sungguh dengki dgn dia sbb dgr THR mlm2. hahaha. Lepas tu, dengki jugak bila tgk org pkai HP. Padahal 3310 je.

    Sangat lawak rasa. hahaha.

    ReplyDelete
  2. wktu dulu klau dpt beli walkman sony kira loaded tu, huh...

    ReplyDelete

Time kasih sebab komen!