Monday, July 9, 2012

The Amazing Spiderman-SUPER AMAZING!


Assalamualaikum.

Weekend baru ni sangat hectic. Saturday awal-awal pagi (tengah-hari jugak sebenarnya), saya dah gerak ke Rawang untuk uruskan sesuatu. The Beginning of Responsibility, i guess. Semoga urusan tu dipermudahkan. Amin. Tapi sebelum tu, dah alang-alang sampai dekat Kajang, makan sate Kajang. Sate Kajang ni boleh jadi salah satu fav food juga. Ekceli kan, semua makanan pun fav saya. Heee.

Dulu satu ni 60 sen secucuk, gemuk-gemuk pulak tu. Order 5 cucuk dah full perut. Tapi sekarang dah naik seposen, pastu makin kurus. Order 30 pun belum cukup. Maksudnya untuk makan 5 orang la.Saya makan secucuk je.

Lepas setel di Rawang, kitorang rush (tak rush pun) ke Times Square sebab nak tengok SPIDERMAN. Kali ni, ada orang kalah bet la kononnya, terpaksa la belanja tengok. Dah tu kitorang memang nak pilih yang 3D. Excited you tengok 3D pes taim.

Cinema untuk 3D tu dekat level 10, katanya cinema terbesat di Malaysia. GSC Maxx. Memang besar. Skrin pun besar. Tiket pun mahal. Hahaha.

Hari tu, 3rd day Spederman tayang, weekend pulak tu, memang meriah la panggung. Manusia penuh. Ramai yang amat. Nasib baik sempat beli tiket. Fuhhhh. Kalau tak kempunan.

Spiderman ni memang awesome. Lagi-lagi 3D. Rupa-rupanya tengok 3D ni memang best. Lagi-lagi movie ni banyak part Spiderman berayun-ayun, so kita macam berayun dengan dia. Dan bila ada something jatuh memang rasa macam jatuh atas kita.

Tambah pulak, Spiderman cukup hensem. Rasa depan mata je. Mujurlah, tak buat gila peluk dia dalam cinema tu.

Sunday lagi knackered bak kata orang puteh. Setengah hari meneman si fluter ke, flutis ke, saya pun tahu lah, untuk recording rancangan Qari Junior TV3. Memang super boring. Penat. Mujur ada brader devotees yang hensem boleh jadi pengubat mata. Lagi, ada makanan pulak. So, asal boring, kitorang keluar dari studio pergi melantak. Bahagia la perut. Kemudian menyesal. Terus buat visi baru.

Dah petang baru dapat rush (kali ni meman betul-betul rush) ke Putrajaya sebab macam-macam mana pun kena juga pergi tengok Floria tu. Pusing dalam lebih kurang sejam, tangkap gambar, beli bunga, dapat bunga, then terus balik sebab hari ni kerja. Even sekejap pun rasa puas hati dapat tengok bunga-bunga. Cantik yang amat. Rasa nak tinggal sana je.

Bak kata kami berdua, rasa bahagia duduk kat sana.


No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!