Friday, February 10, 2012

Yang bercakap di belakang tapi tak cover

Atau boleh jadi si pelaku tu memang tak mahu cover. Backbiting atau thesaurus sebut hateful talk ni biasanya berlaku bila si pelaku tu jenis yang pendengki. Senang kan? Tak ada pun manusia yang suci hatinya nak burukkan manusia yang lain, melainkan dia asyik bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi. Tapi, untuk menjadi manusia seumpama tu susah sebab dia datang daripada hati kita.

I have a friend, boleh juga dikira colleague, dia sedih, sedih boleh lagi maaf tapi dia dah heartbroken. Once kita dah hurt dan patah hati ni, sakit okey. Yes, memang tak ada nampak darah tapi luka dalam memang pedih lah. Sebab dia ada friend yang dengki dan jeles dan mungkin juga cemburu dengan dia. I dont know why friend tu boleh dengki dengan friend dia. I mean, mereka berdua in a same boat kot. Okey, memang bagus untuk rasa cemburu bila others lagi up dari kita, tapi cemburu tu patut works in a positive way. Maksudnya, cemburu tu akan jadi batu loncatan untuk kita jadi lebih baik. Better than others tadi tu. Itu yang orang selalu cakap sebagai persaingan sihat. Kan?



Mulut tempayan boleh tutup, mulut manusia tak boleh
Rambut sama hitam, hati lain-lain
Dan kita tak kan tahu apa yang ada dalam hati orang lain kecuali pemilik hati dengan pencipta hati itu.

Bila orang dah cemburu dan burukkan kita, maksudnya dia berhati kurang elok. Kita tak akan mungkin boleh sapu ubat gamat dekat hati dia tu biar dia bersih sikit. I think the best way adalah dengar dan senyum. Kan bila orang mengata kita, kita dapat pahala. Sakit juga?

Terima je hateful talk mereka tu sebagai tanda mereka recognize kita. Orang yang dengki ni bercakap bila mereka rasa dengki je, jadi, kita sepatutnya berbangga sebab sekurang-kurangnya kita ni ada kelebihan yang mereka tak ada. Dan mereka tak akan sampai ke mana.

No comments:

Post a Comment

Time kasih sebab komen!