Saturday, December 24, 2011

Konsert yang gah!

Hai!

I tak pernah menikmati mana-mana konsert yang dibuat oleh penyanyi yang glamour atau tidak glamour. Kecuali zaman matrikulasi atau unibersiti. Kan ada juga waktu artis yang suam-suam kuku datang perform. Alang-alang sambil beli keropok, dengar la juga sebait lagu tu.

Lagi satu, I juga tak pernah menonjolkan diri dekat mana-mana karnival Jom Heboh kecuali karnival kerjaya yang setakat ni end up dengan hampeh. Ok, sabar.

Malaysia yang ditadbir dengan penuh harmoni oleh PM kita (sebut dengan nada nyanyi ayah Shila amzah, tak tahu nama apa,) ni, lately banyak kan konsert dan apa saja aktiviti goyang-goyang badan ni. Minggu lepas (atau lepas-lepas lagi), ada konsert inspirasi yang entah di mana inspirasinya tu pun tak tahu. Yang paling bestnya, siap ada pengangkutan percuma untuk angkut manusia-manusia yang berminat. Kalaulah untuk pergi masjid tu ada pengangkutan percuma.....

Seingat I, pengangkutan percuma ni juga ada semasa konsert di I-City beberapa bulan yang lepas. Begitu hebatnya usaha mereka untuk menjayakan konsert itu.

Mungkin juga kita pernah tengok di televisyen yang selalu juga la buat konsert dengan mulianya sempena mengingati si bla bla bla. Alahai, semua benda kena jadi konsert ke? Cuba buat kenduri tahlil, sedekahkan Al-Fatihah je buat si mati tu. Dapat jugak pahala.

Belum lagi kita al-kisahkan pelbagai rancangan nyanyian yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan bak kata masyarakat Melayu. Yang realiti tu, tok payoh oyat. Basi doh. Huh..Sampaikan pelbagai bentuk show, yang tiap kali nak mula tayang je, mesti cakap "kami menjanjikan kelainan", padahal konsepnya sama aja. Oh ye, kalau anda rasa anda tidak cantik dan hensem boleh join Vokal Bukan Sekadar Rupa untuk mendapat kutukan orang. Hahaha.

Itu yang dihidangkan. Macam mana dengan hiburan yang dicari sendiri dengan penggunaan internet yang makin meluas ni?

Terlalu banyak hiburan duniawi yang dihidangkan bukanlah sesuatu yang boleh membina minda wahai sang pentadbir.






p/s: Im not anti-music.

Thursday, December 22, 2011

We got the talent!!

Hahaha..
Eh, Hai!

Some people found that they cant even draw a straight line. Entah betul entah salah fakta ni.

Ma selalu cakap yang I pandai melukis masa kecik-kecik. Oh ma, sekarang pun boleh cuma gen-pandai-melukis tu dah kena pencemaran. And seperti biasalah, adik-beradik yang lain mesti tak puas hati je dengan statement puji dari ma tu. Ah, dengki. Haha.




dilukis oleh my 9th years old litle brother. Sometimes, lukisan dia cantik sangat. Tapi almost semua cantik. Macam kakak dia jugalah. Orang timur kata, tak ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Tak gitu?



and the

most gorgeous drawing. boleh?


Sebenarnya, semua tu apa yang kami buat kat rumah ni bila tak ada cerita best dekat TV dan nak online tapi internet slow.

Hari ni, macam yang disebut sebelum ni, Zunnur Izzati akan dapat result PMR. I know how you feel sister. I used to that. Kamu boleh kan?

Tuesday, December 20, 2011

KADANG-KADANG

Kisah budak kecil

Zaman kanak-kanak sememangnya cukup indah untuk dikenang (tidak mungkin kembali, kenang pun jadi la) smapai boleh tersenyum sendiri. Kan? Dan I pasti semua punya momen indah hatta kebanyakan momen tu tak berapa nak indah. Dan yang paling tragis bila kita teringin sangat jadi dewasa semasa Allah bagi jadi budak. Huu...

Kenangan berlari-lari selajunya sampai bergegar rumah kami (yang pada masa itu gelegarnya kayu) semata-mata untuk melihat mesin besar warna kuning, kalau dfikirkan balik rasa nak gelak hahaha je. Yang paling best sebab melihat dari jendela. Sampai ke hujung jalan mesin tu bergerak barulah kembali tengok Sailormoon (ini tipu). Kadang-kadang untuk nikmat yang lebih, boleh lagi turun ke bawah tak pakai selipar jepun. Tapi, intai dari jendela tetap lagi umphh.


kalaulah mesin padi ni boleh jadi kereta macam transformer, zaman kanak-kanak mesti bertambah power.


ini jentera yang membajak. kalau lalu je, maka banjir lumpur la jalan

Jadi kanak-kanak zaman 90an yang tinggal dekat kampung, tempat bermain mesti dalam semak je. Faham saja la dalam semak, semua binatang ada. Tu yang selalu kena marah. Tapi yang paling menyedihkan bila dah terkena ulat bulu. Ulat bulu zaman sekarang lagi bahaya, sekali kena boleh menderita sepanjang hayat (macam melampau pulak statement ni, tapi nak buat macam mana, lelaki zaman sekarang memang ramai yang..).

Berbalik dengan ulat bulu yang real tu. Kalau kena memang gatal amatlah. Makin digaru, makin penuh bijik dekat badan. Tiba-tiba rasa gatal pulak.


comel pulak ulat bulu ni

Bila kami adik-beradik kena dengan ulat ni, ma selalu sapu dengan minyak masak je. Dah macam India pulak kena mandi minyak ni. Tapi lapas 15 minit (agak je) bintik tu hilang. Dah boleh mandi. Esok main lagi. Haha..


kalau nak cepat hilang bintik, boleh guna minyak masak yang dah guna goreng ikan kering


Whatever it is, Im still budak-budak with smart brain. Haha.

Wednesday, December 14, 2011

Tentang dhia yang dah bertukar menjadi tentang hantu

Salah satu kegemaran I di waktu lapang (maksudnya bila semua kerja penting dah beres) adalah menonton TV. Menonton TV yang mana maknanya menonton drama Melayu (selain rancangan jalan-jalan atau makan-makan). Sesetengah drama Melayu (kebanyakan yang ditayangkan di RTM) ada yang kurang menerima kritikan daripada I (tidak dikritik sangat tidak mungkin, I mean, tak ada drama yang perfect, nama pun drama) atau yang bila kita tonton tu tak adalah rasa nak sumpah seranah macam bila kita tonton drama TENTANG DHIA yang dekat TV 3 tu.

Masa mula-mula tengok, memang menusuk kalbu.

Tapi kenapa sekarang drama tu dah jadi drama yang layak masuk slot Seram?

Kacau.




Sunday, December 11, 2011

Ombak rindu

Hari-hari asyik je dengar perkataan omabk rindu ni. Oh ye, I belum pun tengok movie yang konon berombak ni sebab 1)perasaan excited tu tak ada pun 2)tak ada orang nak belanja. Boleh?


Sebab sedikit macam nak tahu apa orang kata pasal movie ni, rajin la juga cari-cari maklumat dekat google. End up, semua kata best gila (gila kot semua yang cakap macam tu) macam tak ada yang kurang. Tak puas hati.

Bukan pasal dengki. It just pelik la bila cerita melayu dikatakan macam tu (sedap je mengutuk cerita bangsa sendiri kan).

Kat mana best nye ia?

Aoran aziz?
Maya karin?
Lisa?
Penceritaan yang dramatik?
Sinematografi?
Pencahayaan?

Atau..





aksi ranjang sebegini?



Tak boleh cakap lebih dari ini sebab I belum tonton. Kena tunggu lepas tonton dan barulah boleh adili. Itu lebih afdal.


Sekian,

Saturday, December 10, 2011

Lucu la dunia ni..

Baru je lepas scroll update blog dekat dashboard. Tiba-tiba je nampak satu blog yang cakap ada orang kena kutuk. Yang hot macam ni la kita nak baca kan. Amboi, kalau yang update pasal agama tu pandang sebelah mata. Ceh. Tak lah teruk macam tu sebab I pun suka cari ilmu pasal agama dan kalau cara penyampaian dia superb (penyampai pun superb. Hahaha) pastilah melekat. Lagipun, ilmu harus kita cari kan.

Ok. Berbalik pada motif kita tadi pasal budak belasan yang kena kutuk secara berjemaah tu atas alasan mengPOST entry yang meluahkan kemeluatannya terhadap K-Pop dan peminatnya. Tak lupa juga, standard la ayat mengutuk budak-budak zaman sekarang. Indah.

Dan dia telah menerima thousands comment. Pastinya dari peminat Kpop. Tuhan, kenapa lucu sekali tingkah anak-anak itu?

Tambah lucu bila ada yang kemain lagi komen siap dengan ayat Al-Quran. Dunia upside down. Kenapa la nak guna ayat Al-Quran kalau bukan untuk kebaikan tapi sekadar untuk untuk kita lah yang paling bagus dalam menasihati orang. Lucu bukan?


Penat dah senyum memikirkan kerenah manusia yang punya otak tapi kosong minda.

Kadang-kadang



rindu suara ombak

Pergi jauh-jauh

Untuk satu rasa yang kadang menjemput sendu

Pergi jauh-jauh
Jangan dekat dengan aku
Aku bukan mengemis belas. Apa lagi kasih.

Pergi jauh-jauh
Jangan dekat dengan aku
Luka yang kau toreh perlahan. Calarnya abadi
Jauh aku menyesali.

Pergi jauh-jauh
Jangan dekat dengan aku
Titis jernih di hujung mata, mengering, biar aku sapu sendiri
Beku pasti di dasar rapuhnya jiwa.

Pergi jauh-jauh
Jangan dekat dengan aku
Bunga rindu sudah melayu
Pasti gugur.

Pergi jauh-jauh
Jangan dekat dengan aku
Harum sudah lesap
Wangi jauh sekali.

Bertemu menjemput gelisah
Bersama umpama mimpi

Pergi jauh-jauh
Usah mendekat lagi

Tuesday, December 6, 2011

Penciptaan memori

Apa saja memori yang kita cipta atau tercipta (ter yang membawa maksud dengan tidak sengaja)adalah suatu kejadian yang sudah tidak dapat diubah lagi. Bunyi seolah-olah berat untuk dipikul apatah lagi bila memori tu macam kena toreh pisau, sakit lagi pedih. Tapi percayalah itu sekadar memori je. I betul faham rasa sakit dan pedih tu.

Ok, kenapa kita perlu bercakap pasal memori pahit kalau kita boleh cipta banyakkkkkkk (rasa macam tak cukup je word k tu untuk lambangkan yang memang banyak) memori yang sweet sweet gila? In fact, kita boleh reverse memori yang macam pahit tu jadi manis manis memori. ERR, macam tak betul je statement tu. OK, kita setankan je.

Pendahuluan sudah.


Sebenarnya, sampaikan saat ni I betul tak tahu macam mana nak mulakan ayat untuk bagitau yang 2 bulan lepas I create satu memori baru dalam sejarah hidup. Dan memori tu pada mulanya pahit-pahit gula-gula Hacks tapi it turn to be memori yang manis gila.

Eh, macam dah berjaya bagitau je kan?

Tapi, 3 hari lalu dia (bukan orang) dan start jadi memori. I was a very hardworking plus dedicated penghuni rumah before I got offered to join the programme. Actually, bukan offer pun dah memang apply kan.

Cuba bayang 2 bulan tu lama macxam mana? Percaya la, kejap je pun. Tapi, still banyakkkk perkara manis dan tawar yang ada dalam 2 bulan tu. Contohnya, terCRASH dengan mamat yang macho dan tiap kali tengok rasa dan pegi cium-cium je. Atau annoying dengan sorang minah hati batu dan ah, memang sakit hari lah.
Atau terpaksa tahan dengan kerenah site manager yang buat morning exercise tiap pagi. Atau juga terpaksa jadi pesakit yang makan makanan kurang garam dan kurang masak. Itu cuma 2 bulan. Ok, perkara pertama tu memang buat 2 bulan cepat gilaaaaaa. Huh.

Dan sekarang menanti untuk cipta memori baru. Prepare mental dan fizikal.

Saturday, November 5, 2011

Jaga kesihatan.Jaga diri.

Minggu lepas, badan dilanda demam. Kepala berpusing-pusing. Satu tahap, kepala panas seolah nak terbakar.Mujur bonda bekalkan medicine. Tapi sekarang sudah sejuk sekali kepalanya. Ceh.

Sekarang cerita lain. Dah berhari asyik batuk-batuk. Sampai suara dan boleh kalahkan penyanyi rock yang perasan rock. Pernah sampai satu titik, payah benar nak bercakap.



Puncanya perubahan iklim.

Sebelum ni selalu ngomel panas-panas kan. Sekarang ambik la. Nak sangat sejuk. Antara panas dan sejuk, sejuk lagi seronok. Boleh tarik selimut dan cakap "heaven" .....Oh ya, mungkin juga boleh jadi pre-adaptation untuk survive di Korea. Hahaha..

Cuma harap Allah sembuhkan cepat. Rindu benar suara sendiri walau nyanyi macam katak panggil hujan.

Friday, November 4, 2011

GVR05

Ceritanya, bukan senang untuk bertahan almost sebulan dekat Genting View Resort. Tapi, dengan bangga dan happy nya I berjaya jugak. Dont ask my feeling because you wont believe it. Sekali, kawan I pernah tanya "seronok tak duduk sini?" dan I beritahu dia "seronok.tapi ada masa kita stress dan penat tapi seronok."

Walau manager nya old school
Walau terpaksa hadap dengan paksaan
Walau menghadap jiwa-jiwa yang keras tanpa emosi
Walau menelan makanan yang kadang keluar dari selera
Walau mengggigil tiap masa
Walau emosi kerap digoncang

Itu semua kosong. Bila sudah dibanyangi keseronokan.

Jika diizinkan, mahu benar rasa ini dibekukan.

Friday, October 28, 2011

Semua patut ekspres..

Ini betul update yang sangat laju sebab I pinjam laptop kawan, dan lepas ni terpaksa rushing ke acara seterusnya. Sebenarnya I sangat sangat mahu pour the story in here tapi masa sangat dengki. Oh, tak. Masa itu emas.

Too much to tell...


Later.





Bertemu dengan jiwa dan muka baru sangat menerujakan.
Apa lagi melihat senyum itu.
Terima kasih atas hadir tanpa pesan.

Monday, August 29, 2011

Sikit-sikit pasal raya

Assalamualaikum.


Sebab mungkin esok kita raya, nak cerita pasal raya la. Oh ya, malam ni kalau tengok pengumuman raya dekat tv (lepas tu lompat-lompat) mesti kita rindu dengan penyimpan mohor besar raja-raja yang lamaaa (dan tua). (sambil terbayang-bayang gaya slow motion beliau umum raya yang buat orang bderdebar-debar). hehe.

Hari ni last budak-budak tu buat biskut raya. Nak buat biskut kacang. Biskut kacang yang mesti ada setiap tahun sambut raya sebab mem besar arah buat. Selalu kena paksa. Kihkih. Dan untuk buat sekut ni, ada tugas paling bosan sangat. GORENG KACANG. BOSAN. Oh, itu raya-raya lepas, tahun ni budak-budak tu dah beli kacang yang dah lupakan kulit. So, tugas untuk letak kacang atas badam dan ramas-ramas dengan kain batik lama (mak punya) lepas tu tampi dekat pintu dapur dah out of list.

Semalam sambil tengok tv, menjahit baju orang (yang tiap tahun tak siap) dan bagi last touch untuk baju raya diri sendiri (next entry nak tunjuk. Haha), sempat jugak join gulung popia guna pensel 2B (adik punya) dan suntik keluar doh biskut tat gulung dengan picagari. Second time buat, budak tu guna resepi lain, so, proses menyuntik senang gila (berlagak) tak macam yang orang tu buat. Hahaha (berlagak lagi)

Hari ni kena kemas rumah. Tahun ni kemas rumah tak macam kemas rumah 22 tahun yang dulu. Mungkin hari ni juga, ada la manusia yang kena bebel sebab kena suruh buat tu dan buat ni. Kakak besar memang berpe'el seperti bos.

Budak kecik tak beli bunga api, malam ni tak dapat join main bungan api. Huhu.



Baju raya diri sendiri,mak belum jahit. Esok pergi solat raya pakai kain sembahyang tu je. Kalau nampak ada gadis berselubung putih tu, itu gua. Huh.

Friday, August 26, 2011

Bukan cerita raya


Beberapa hari yang lepas, (mungkin berminggu yang lepas, mungkin juga sebulan yang lepas) semua orang sungguh sibuk (atau buat-buat sibuk) dengan raya's preparation. Itu normal. Pemandangan biasa. Yang menjadi luar biasa (perkataan di italickan supaya pembaca membaca dengan sound shahir) apabila persediaan raya itu menjadikan kita terlalu mengejar raya sampaikan Ramadan itu hanya tinggal sebagai tiket untuk raya.

Rasanya terlalu biasa untuk bercerita atau mentarbiah orang tentang jimat cermat di bulan Ramadan.

Seperti biasa, corong-corong radia, ops, radio, bila masuk two weeks nak raya mula gedeng-gedeng pasang lagu raya. I sebenarnya tidak gemarkan lagu-lagu raya ni di jadikan halwa telinga kita yang tengah berpuasa dengan penuh pengharapan untuk dapat ganjaran yang Ya Rabb janjikan. Bukan mengkondem lagu raya tapi apa kata lagu raya tu didengarkan bila betul-betul hari raya?

Takut dan kemungkinan besar kita akan terlalu gembira untuk raya sampaikan Ramadan itu tidak dijisahkan lagi.

Takut juga sekiranya puasa itu dilaksanakan semata-mata untuk bermewah di hari raya. Lebih menakutkan kalau puasa itu dipandang sepi sekiranya raya tu tak ada pun. Jadi, bagi sesetengah insan "puasa buat apa?". Yang lain pula "kalau tak raya, kami tak puasa pun".

Ini jujur. Tak pernah rasa sesedih dan juga rasa berat untuk berpisah dengan ramadan.





26 Ramadan 1432H

Sedih bila Ramadan bakal meninggalkan kita. Tapi pejam celik, kelip-kelap Ramadan pasti kembali cuma yang tidak pasti kita. Dimana kita ketika Ramadan 1433H muncul? Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan Ilahi kesihatan yang unggul supaya Ramadan itu menjadi milik kita.

Bulan Ramadan indah sekali.

Paling terkesan di hati bila banyak yang I list-kan untuk Ramadan kali ni tak sampai.

Sebenarnya, banyak yang diri ni ingin sekali bariskan disini cuma selepas memerah otak mencari pertimbangan, rasanya biarlah semua tu tersimpan kemas dalam hati, jua minda. For now.

I need "kekuatan luar biasa" untuk menterjemahkan bahasa minda dan hati supaya banyak hati terjaga.

Sungguh. Ramadan pasti dirindui...

Wednesday, June 15, 2011

Banyak harta boleh, jangan banyak putar belitnya.

Oh ye, sebelum makin panjang tulisan ni, I nak tegaskan dekat sini, semua yang I tulis ni berdasarkan pengalaman, jadi kalau anda bukan golongan di atas, anda memang cool.

Ada la kan, beberapa kerat manusia (dah bunyi macam mengumpat) ni hidup dia mungkin lebih dari orang lain (walhal tal lebih mana pun, dia aja yang perasan), mereka yang seumpama ini tend to show off. I tak ada masalah kalau benda yang di show off tu betul (dah dia riak) tapi kan kalau dah menipu (tu perkataan yang paling sesuai), please la ambik mangkuk tutup muka sendiri.

Dan manusia seumpama ni jugak lebih suka bercerita pasal kekayaan, kebaikan bahkan kehebatan mereka (padahal tak ada pun). Yang kaya tu ada la walau tak kaya mana pun eh. Mencik.

Tak nak mengumpat dah.

Monday, June 13, 2011

Menulis itu terapi yang bagus

Tambah-tambah di waktu sekarang. I sekarang dalam middle age crisis. Hahaha. Sendiri punya perasaan pun I tak tahu. Seriously ladies and gentleman, macam mana untuk kita check our own feeling? Sebijik macam orang gila kan? Satu masa I always think yang I am happy. Tapi the next hour, I am really sad and disappointed. Then, I sedar yang nobody can help me out from this situasion. Kecuali I sendiri.

Mungkin bulan bakal menjelma.

Okey friends, beberapa hari yang lepas I berjaya juga tonton Kongsi. Selepas merintih bila la nak tengok kongsi ni? Raya tahun depan ke? Few months ago, masa tengah tunggu wayang nak mula, bila trailer Kongsi keluar, rasa nak lompat jerit "Aku nak tengok cerita ni". Dan rasa nak duduk dalam cinema tu sampai bulan Mei. Tapi tinggal angan je.

Dan selepas tengok movie Kongsi tu (download yang adik gua ambik dari kawan dia), rasa nak lempang hidup-hidup je pelakon dia, pengarah dia, penulis skrip dia, make-up artist dia dan juga yang bagi katering kat team Kongsi.

Kongsi hanyalah sebuah filem yang membazir je. Aduhai Sam, kenapa la berlakon filem good for nothing tu, I dah cakap, pilih filem yang kaw-kaw best. Walau apa pun, Kongsi yang memang langsi tu cecah juta-juta kan? Ini semua sebab Sam. Untungla jadi Sam.

Serius, I rasa motif cerita tu hanya nak tunjuk aksi kelakar dari Sam je. Yang lain tu interframe. Jalan cerita tak payah cakap. Jangan cakap klimaks, permulaan pun suam-suam kuku. Tak suka! Tak suka!

Nasib baiklah tak jadi tengok dekat cinema, Allah tu sayang dekat gua. =p

Sekarang tengah hot KL Gangster. Seth ada, eh, Eron Aziz. Macam biasa Syam tu mesti nak ada jugak. Hihihihi.. Dengar khabarnya, yang ni pun pecah wayang. Ramai yang bagi good review. I belum ada kesempatan lagi jadi gangster. Mungkin kena tunggu raya juga. aisshh..

Oh ye, Zizan pun ada. Harus la tengok ni. Untungla jadi zizan..

Saturday, June 11, 2011

Musim orang nikah kawen

Atau dengan kata lain puye ore gula.

puye sounds like 'e' as in berak (sorry, I just cant find words that e dia bunyi selain e seperti dalam beli or beruang. tolongla ngerti)

gula is not gula as gula yang kita buat air tu. Gula ka sini maksud dia gulai. Owhh..kenapa rumit bahasa lidah mama gua ni?

Ok.

Dekat Negeri I yang dikatakan mundur tanpa kemajuan ni (salah siapa?) biasanya, bila cuti sekolah je orang kawen, bila orang kawen je mesti cuti sekolah. I kurang pasti negeri lain tapi dekat sini memang, memang, kalau nak kahwin ni tunggu la cuti sekolah. Sebab dia senang aja, bila musim cuti sekolah menjelang, anak-anak cuti (senang nak kerah tenaga cari kayu api), cikgu-cikgu pun cuti (kalau yang nak kahwin tu cikgu, lagi seronok, boleh cuti lama. Orang yang duduk jauh-jauh tu pun boleh la balik kampung.



Ini pengantin lama. Tapi, cantik yang amat baju Siti

Semenjak budak-budak sekolah ni bercuti, banyak kot gula-gula (sekali lagi, ini bukan gula yang buat air tu atau pun gula-gula yang seposen 2 bijik tu) yang ada. Sampai satu hari boleh reach 3. Rezeki. Tapi, 1 pun tak ada yang I attend. Since dekat Kelantan, biasanya kenduri tak ada orang pergi satu family kecuali la masa orang ajak tu die sebut "gi blako".

Kad jemputan yang ada kat rumah ni bermacam-macam gaya ha.



Invitation card pun ikut peredaran bumi. Dulu kad wangi, sekarang letak gambar. Zaman I nikah macam mana pesen pun tak tahu.


Lagipun, most kenduri bukan pergi free, kalau dekat kad jemputan tulis majlis perkahwinan, sila la siap-siapkan not merah. Unless majlis kesyukuran. Sebenarnya konsep dia sama dengan zaman mak dan abah kahwin dulu, yang mana orang-orang kampung akan bagi la lembu ke seko, ayam ke, beras secupak ke. Tapi sekarang benda macam tu dah hilang ditelan zaman, orang tukar pakai duit pulak.

Betapa duit sangat berharga..

Tapi, sebab pasal duit orang nampak berat je. Lagipun ngele sekarang bukan seringgit dua. Paling sikit not merah. Kayo. Kalau 100 yang datang, memang balik modal la harga cincin.

Sebenarnya kenduri kahwin tu kita buat untuk war-war dekat orang sekeliling yang si polan-polan tu hak orang dan juga untuk rai kan orang-orang kampung pengantin tu. Pada masa yang sama, kenduri yang kita buat tu jadi satu sedekah. Itu yang I faham. Tapi kalau ada yang memang niat ni nak dapatkan balik duit dia buat kenduri dan orang yang datang tu wajib bagi bayaran, masih ada ke pahalanya?

Bukan ke semua perkara yang kita buat itu berunsurkan niat?

Monday, April 25, 2011

Program imam muda

Sebelum tu, please singkirkan pemikitan kalian yang cakap I minat program ni. Ini kerana sekali pun tak pernan tonton program ni. Tapi I bukanlah sekatak di bawah gelas yang mana bila korang sebut Imam Muda I tanya "masjid mana?". I tahu ok program ni satu rancangan realiti yang nka cari bakat-bakat muda jadi imam. betulkan? And program ni tayang dekat Astro tapi tak tahu channel apa. Heee~~~~See, tahu pun kan.


Ini Asyraf, pemenang season 1.

Before this nak letak baby boy nama Khairul Fahmi but now I want to change it to Asyraf. Hehehe.. Eh, cannot lol. My cousin dah nama Asyraf. Tak best sama-sama ni. Well, boleh di kreatifkan lagi. Akan difikirkan.

Sekarang program ni dah masuk season 2 dan gua adalah satu-satunya manusia yang baru nak ambik tahu. Damnit.

Taipan kali ni bukan nak cerita pasal imam muda season 2 sebab yang tu you all boleh pegi terus ke web Astro atau korang memang dah jadi peminat setia program tu I dunno. Tapi kalau betul bagus la dari duduk depan TV hadap AF tu. Opss, peminat AF, no offense ok..=p

Ada seorang hamba Allah ni bercerita dekat I, yang mana kawan kepada kawan dia dulu jadi salah seorang tenaga pengajar dekat this program. Kan salah satu perkara yang bakal-bakal imam ni belajar adalah English. And kawan tu cakap bakal-bakal imam tu yang langsung tak reti english, bila dia ajar cepat sangat-sangat tangkap. Sejuk perut mak mengandung. Itulah, kalau bersih hati dan minda, ilmu mudah masuk. Jangan asyik tengok porno je!

Ok, berbalik kepada motif asal post ini. Hehe.. Tengah I berjalan-jalan di alam maya tadi, terjumpa lagi tema untuk program ni which is sedap didengar dan sedap la. Hambamu by Mawi dan Akill.

Kalau nak dengar boleh download free. Benda free lagi bertambah sedap. (HERE)

Orang selalu kata..

STUDY LAST MINUTE BARU MASUK OTAK


Kadang-kadang frasa tu memang betul kalau diaplikasikan untuk definisi DNA tapi kalau untuk satu buku Pengekspresan gen, memang menempah F untuk fail.

Jadi jangan la mengamalkan study dua jam sebelum exam.

Eh, I bukan dalam mood exam la...

Friday, April 22, 2011

Kekasih hati gua dah nak bertunang atau dah bertunang

Malas nak ambik tahu..

sob.sob.sob.

Kenapa begini sekali pengakhiran kisah cinta kita? Oh, sampai hati you kan. Kemana hilang semua ayat manis lagi bergula you tu? Dah kena makan dengan semut ke? Bagi balik semua hadiah yang I campak kan dekat you tu. Ingat murah ke? Dan lagi satu, bayar balik duit yang I guna untuk topup kan henfon buruk I tu semata-mata nak text you.

Pertama kali tengok you, I dah rasa macam "I take this man". You ingat senang ke I lalui saat-saat percintaan penuh rahsia kita ni? Pernah tak you fikir betapa sakitnya hati I tengok you bersama-sama dengan wanita lain dengan penuh kasih sayang yang you ciptakan sendiri. Walau sefaham mana pun I itu bukanlah lahir dari hati you tapiiiiiiii I ni perempuan. Perempuan yang hatinya macam daun semalu. Sekali you sentuh, tang tu dia kuncup. Ohh...

Bertahun-tahun I pendam segala sakit ni. You ada? Tak ada. Senang-senang je you tinggalkan I dan memilih yang lain.

Tapi I harus akur. Perjalanan hidup kita sudah Dia tentukan. Sesakit mana pun hati I tak sesakit hati you. Hahaha.. Eh, back to emotion. I doakan you sentiasa bahagia. Jagalah bakal isteri you baik-baik. Kalau you boleh berlakon jadi Ustaz Amirul, suami yang bikin hati gua gundah, pasti you lagi hebat realitinya...




Eh, ini Asyraf laki bunga.





Ini baru Ustaz Mirul........................

Thursday, April 21, 2011

Sedikit masa lagi

Tak lama lagi blog murahan lagi picisan ni akan ditutup. Hehe... Kenapa? Sejak dua tiga malam ni, hati gua senang sampai tak ada idea nak post entry baru. So, next week gua nak balik kampung jumpa mummy cun dan makan nasi 3 kali sehari sampai badan jadi macam belon. Lepas tu asyik merungut GEMOK!

Tapi jangan risau, I akan kembali, soon. Very soon. Hope so. Tak mau ah badan macam belon, asyik kena kutuk je. Yang paling penting, kita sendiri akan rasa tak selesa dengan that body. Huh. Plus berat badan yang berlebihan brings to a lot of disease. for real. Rasa macam bawa tong gas. Errr.. Kalau duduk rumah makan tidur dan menonton siri telenovela sahaja, sebulan pun boleh naik 3 kilo. I repeat. 3 KILO. 3 bunyi macam sikit tapiiiiiiiiiii dia punya efek dekat body macam BAM!

Oh yes, last year, I berehat-rehat di rumah more than 1 month tapi yang paling tinggi boleh naik 3 kilo. Nasib. Cuma kalau 1 bulan 3 kilo. 6 bulan dan 18kg ke? I tak salah kira kan? Omg, no. Itu tak boleh berlaku! Bukan pada saya!

This is me..
Yang agak kemalu-maluan itu.Er..



And ini if, if, bertambah 18kg. Comel jugak. No!!!! Tapi macam melampau pulak kalau gain 18kg terus jadi macam tu.



And memandangkan at that time untuk mengurangkan makan dari 3 pinggan ke 1/2 pinggan sangat-sangat la imposibal (ma masak ikan singgang+ timun batang cicah budu pun dah paling sodap. Belum siakap tiga rasa. Owwhh..Tiba-tiba lapar. Nothing can beat water hand mother), maka joging adalah satu cara. Tapi damnit. Kenapa langsung tak turun pun berat. I tak percaya joging lagi! Helo, kalau joging satu hari kalau nasi bedal soploh pinggan memang tak menjadi ok. Terus tawakal sahaja......




Lagi satu nak bagitau, esok tak sabar rasa bedal kek lapis sarawak! Thank you sooo much munchkin!

saya.dengupanjantung

Itu adalah heartbeat.my. Oh, sila rujuk banner colour hijau dekat atas tu. Ya, itulah yang yang sedang kita bahaskan di sini. Kalau nak tahu heartbeat tu apa, cuba letak tangan di dada. Bukan pada breast ok. Ada rasa dup dup tak? Itula heart beat.

Eh, heartbeat.my bukan yang tu tapi kalau nak tahu klik banner kat atas tu. Automatik you guys akan dibawa ke web tu. Mula-mula I tengok macam web penjualan barang-barang macam web yang lain tapiiiiiii bila tengok apa yang diorang jual rasa macam nak beli lah satu.

Banyak sangat item yang cute dan best sebab contoh t-shirt yang dia jual boleh letak message kita. Oh! Bestnyeee..Yang lagi best, harga dia tak melampaui batas. Just nice. Nak t-shirt!.

And mug! I ada satu mug yang tertepek muka I dengan my lovely friend. Dia hadiahkan sempena hari lahir. Cantik sangat. Tapi tak boleh la guna untuk letak milo. Sayangg.. And kalau rasa nak bagi dekat guru besar mug macam tu and malas ke pasar seni atau apa-apa pasar order je kat situ.

Hey, tau apa yang super best? Ada cermin juga. girls memang akrab dengan cermin. Pantang jumpa cermin sure nak toleh. Tengok tudung la, bedak la. Huh. Tidak dapat dinafikan. And boyfriends, please, kalau rasa awek korang hantu cermin apa kata hadiahkan dia dengan cermin yang ada gambar dia sendiri. Pastikan gambar yang paling cantik. for sure, lepas tu dia tengok gambar tu je tak tengok dah cermin.=p

And banyak lagi items best....go and check sendiri ok.=p

Wednesday, April 20, 2011

Bercinta bikin gua sakit

Sakit hati. Ah, siapa bilang bercinta tu bagai hidup atas awan? Meh, I simbah dengan air laut. Baru tahu masinnya.

Itulah. Kan bercinta itu bukan ajaran islam. Yang diikutkan buat apa? Nah, rasakan hempudu tu.

Thursday, April 14, 2011

I need something new

Maybe new handphone? Iphone 4? Notebook?
They are too expensive.

Ah..maybe new boyfriend? Er, sudahlah. Jangan nak berangan boyenemy pun tak kan dapat punye. Tahu! New blouse?wedges?flat? or yang paling dah terdesak sangat, shawl?

No!

Semua pun bukan.
I need new me.
Yup. Mungkin perlu jalani pembedahan plastik. Tapi itu hanya mengubah luaran. Im not ugly, sampai nak buat plastic surgery. Reject.

No. Again.

I tell you when I know.


Jangan la marah...=p

Tak suka

Sungguh tertekan pabila saat-saat seronok mengfill borang secara online dan pabila butang next di tekan keluar "error"

Makanya harus mengisi semula.
Sekali
Dua kali
Tiga kali

Masalah untuk kali empat adalah pabila manusia seumpama daku ini punya tahap kesabaran yang tipis. Aduh. Esok saja.

Makin sakit pabila dua tiga hati percubaan tetap sama.
Aduh lagi. Semua rencana tergendala. Banyak yang tidak selesai. Manusia ini pabila melakukan kerja, paling benci ditangguh.

Sampai sekarang permohonan master tertangguh.

Inilah masalah bila internet seumpama Gary, sahabat SpongeBob.

Tuesday, April 12, 2011

Hope for the best, prepare for the worst

Perjalanan hidup yang masih di peringkat pucuk ni sedikit sebanyak mengajar erti susahnya hidup. Jadi, kepada anda yang masih berbaju seragam putih dan berkain biru, sila nikmati zaman anda sepuas-puas puasnya.Lebih bagus kalau hentikan masa. Ok, yang itu sila berangan sahaja. Bumi tak pernah berhenti berputar, same goes with your age. Me? Sweet 17 forever. Owhhh...Eh, belum daftar mengundi.



Tiba-tiba idea menulis lenyap.
I really hate when this happen.
Maybe tomorrow.

Sunday, April 10, 2011

Hidup makin mudah atau makin complicated?

Cuba bayangkan epal, sekarang dah berharga beribu, segala macam buah beri pun sama. Kan bagus kalau buah-buah tu maintain duduk dekat ladang je.

Orang sebelah kiri tengah main game dengan Ipad, yang sebelah kanan tengah shopping online dekat facebook guna Iphone, gua tengah cakap dekat telefon yang macam kalkulator je. Heee.. Tiada yang lama, tiada yang baru kan.

Dunia makin canggih. Nak beli apa-apa senang. Online, order, kang 3 4 hari sampai la parcel. Pastu lompat-lompat dapat parcel. Seronok la dapat contact lense baru tapi tak bersesuian. *sob sob sob*

Kalau jadi student, anything share dekat facebook, kawan SMS, email notes (best ni, orang kuliah kau tidur) even tak pergi class or fakulti anything happen tau. Tak la jadi katak yang melompat-lompat bawah tempurung.

Nak pergi Sunway sebelas kali pusing jalan sama. Eh, gps ada, google maps pun ada (oh, bestnyee) jalan paling pendek dalam poket seluar je.

Kawan hutang beli nasi ayam, orang curi spender, makcik dalam ktm tolak sampai tercium bangla, orang potong barisan, hambur je dekat facebook. Nanti ramai yang like, sokong, kita suka. Yeay! Kita betul, orang lain salah.

Tapi

Bangun pagi mesti kena bukak facebook. Nanti bila pergi kelas or kerja orang sembang pasal apa kita boleh turut serta. Orang cerita video cikgu Shida, kita tanya "cikgu baru ke?

Nak kutuk biar beragak, kalau boleh tak payah terus, nanti tak pasal diri sendiri jadi bahan jajaan. Manusia sekarang ni cepat je update. Pantas dan tuntas. Asal nampak salah orang cepat tu update dekat blog tu. Entah apa yang dia dapat pun tak tahu.

Lepas tu wujud macam-macam page dekat facebook.


(siapa-siapa nak join boleh la ni, kalau rasa sweet dan gedik)

Kawan serumah tunjuk Iphone 4, boyfriend belikan. Kawan sekelas tunjuk Iphone 5, entah siapa yang beli. Depan kita senyum, pastu pergi toilet nangis-nangis. Ada tak orang nak beli untuk I? Heee...


Buat apa merungut, hidup memang sentiasa berubah. Ikut peredaran bumi, eh, masa la katakan. Bukan semua benda buruk tapi ambillah yang eloknya. Buruk? Kan dah cakap, ambik yang elok je.

Saturday, April 9, 2011

Tolong ajarkan aku

Photoshop

*sob sob sob*

Dia sudah tua

Tua pemikiran mungkin, yang membawa maksud matang. Usah dirisau angkanya, kamu tetap comel la Cik Yat.


SELAMAT ULANG TAHUN NORHAYATI BINTI ABDULLAH...
Sila nyanyi lagu selamat ulang tahun sayang by amrain ajmain (entah betul tidak ejaannya) dengan suara anda sendiri okeh.




Oh ye, gambar itu dicuri di facebook beliau. Saja la ambik yang ala-ala model gitu posing.

We've been friends since kindergarten, meaning since we tercampak ke course yang sama. omg, how I miss lectures and lectures. *Nangis teresak-esak*

Kalau dikira mungkin 3 atau empat tahun suda, lama jugak. Cik Yat I gambarkan sebagai gadis kecik molek yang pandai gelak. Wahaha... Awek ni jugalah yang selalu tolong I masa dekat kindergarten tu, dia selalu sms inform apa-apa, bagi pinjam notes pun dia, bagi tu pun dia, bagi ni pun dia. Senang cerita, dia ni merangkap PA gua.

Sila terharu ye cik yat. *paksa*

I wish you a very happy and beautiful birthday. Thank you so much for being my friend and I really hope walaupun I tak masuk your BFF list, at least kenang daku dalam doamu. Hihihi...

Lagi, ayat jiwang.
I wish you all the best in your life, your career, your love life (hihi), your family and your everything la. Smile always, be happy, may Allah bless you in everything you do, you said and you eat..=p

Versi Melayu pulak.

Semoga awak sentiasa cantik, cantik di luar cantik di dalam. Semoga apa yang awak kerjakan, usahakan menjadi satu kemanisan yang diiringi berkat dan restu Dia dan orang-orang yang mencintai awak.

Semoga juga setiap langkah perjalanan hidup awak dipenuhi senyuman, dan menjadi kenangan yang terindah seperti lagu kenangan terindah tu, dalam lipatan sejarah hidup awak.

Semoga juga juga awak dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dipanjangkan umur, cepat juga nikahnya (sila mintak alamat bila nak hantar kad ye) dan hidup bahagia ever after seperti Cinderella. Tapi awak tak de, kasut kaca kan? Hehehe.. Jangan risau CindeRELA tu fairy tale tapi your life is true. Eh, tertaip english pulak.

Thank you kerana sudi membaca.=p

Thursday, April 7, 2011

Pesta Buku 2011 April:Oyeah!

Next Pesta buku is coming. Yeay! 22 april till 1 may.. Tak sabar nye..
Err, tahun lepas pergi pesta buku beli ke? Apa yang tak sabar eh? Same place, PWTC. Oh ye, dengar khabar Bruno Mars punya concert pun dekat situ. Ada tak hamba Allah yang sudi mengajak I sekaligus membelanja I dengan pakej makan dan transport sekali? Mana tahu, time Bruno tengah nyanyi lagu first time, dia falling dekat gua..

Last year pergi, Karang Kraf punya booth, booth ke? sangat pack. Full house sungguh. Kaki novel ramai sangat. Ala, novel Damya Hanna dan ramai lagi. I suka jugak novel seumpama tu tapi, tu kisah lama. Hey, tak nak la cerita pasal novel, nak cerita pasal Pesta Bulu, eh, Buku (kenapa la asyik salah je mengeja ni?)

I ada ngomong dan show apa yang I beli last year. Hahaha..Di sini.

This coming pesta buku nak pergi beli, errrrrrrrrr...

Baca buku I sukaaaaaaaaa beli buku I sukar.

Berkhemah dalam mph satu hari lagi sukaaaaaaaaaaaaa...=p

Dialog hati

Sampai masa tibanya waktu,
redup hati kaum berdua,
bila dua jasad bersatu,
hidup mati jadi bersama.

Wednesday, April 6, 2011

Nak tulis eh, taip manyak-manyak..

Seriously I rasa nak hantuk diri sendiri dekat keyboard laptop ni (tolong ingat wahai zunnurain, laptop kau dah rosak, nak jahanamkan laptop orang lagi ke)bila taip perkataan-perkataan MANYAK-MANYAK tu. Terasa tak pernah masuk tadika,darjah satu, darjah dua. Oh ye, darjah empat memang tak masuk (motif?).

Dan I sangat setuju dengan pakwe anwar tu (bukan anwar yang hot dengan video seks-yang-entah-betul-entah-salah). Tapi anwar cuma membincangkan ewww language. Pakwe anwar, you tolong buat lagi satu video pasal tukar huruf awal, tengah atau akhir dalam perkataan. OMG. Rasa nak hantar masuk tadika balik je manusia seumpama itu. Adik gua yang darjah dua tu pun pakai bahasa baku time chatting.

Tak tipu..@@@@@@...

Itu yang bongsu, ada lagi seorang yang tingkatan 3 kot (bukan kelas 3 kot, it just that I lupa betul ke dia tingkatan 3, adik ramai sangat la. Bukan gua nyanyuk). Makwe tu kalau berSMS dengan rakan setingkatan dia, hanya Tuhan yang tahu bahasa apa dia guna. Habis ditukarnya. Dah bebel, kitorang ejek dia. Wahhahaha..

Budak sekolah zaman sekarang ni memang style ke SMS guna entah apa-apa language?

Yang budak-budak dengan cara mereka, yang orang dah nak beranak-pinak ni pun ada jugak. Aiyoo minachi, sama ada lidah yang berbelit atau jari tu bersimpul masa nak menaip. Kasihan kan dia? Mungkin dulu belajar bercakap dengan Padayappa.

Hey, bukan la I nak suruh guna bahasa macam surat khabar atau Buletin Utama tu, dan I sendiri tak ada pun guna baku, cuma proper la sikit. Jangan sampai gua tak faham. Okey?

Kalau terguris di hati, ampun dipinta.
Senyum la selalu macam makwe kat bawah ni ye..

Monday, April 4, 2011

Hati kosong jiwa kacau..

Sebab tu post kat blog macam orang pemalas yang sampai makan pun sambil baring (macam terkena diri sendiri). Sila jangan tiru aksi yang sangat dilarang ini.

Oh ye my dear-dear, semasa post ni ditulis, dalam telinga gua ada air. Selalu kalau mandi, air masuk. Hey, mandi ke berendam ni. Dah puas lompat-lompat dia tak nak keluar. Esok biol la I. Mencik!
Percayalah yang time post ni ditulis, kepala senget 90 degree ke kiri.

Weekend baru-baru ni, I pergi Times Square. Buat gathering kecil-kecilan sambil mencuci mata dengan baju-baju yang menggugat pitis wa. Ces, ni tak suka ni. Dan akhirnya, I berjaya membedal sehelai pashmina ungu. Yes, ungu. Walau banyak lagi pashmina lain, hatiku tetap nak ungu. Terang-terang sebabnya adalah kerana belum ada shawl ungu. Hakhak. Oo ow, nanti bila dah pakai, I tunjuk la gambar tu ye.



And yes, kat atas tu baru I ye cik lateesya. Hehee...

Sila perhatikan the eyes. Yeay! Im wearing contact lense, i mean yang kaler-kaler, for the first time. For the first time, first time. Please lah, orang lain dah muak ok. Mind you.

In picture, memang tak kan nampak, sorry guys tapi around the lense ada line hitam which means I tak berapa berkenan. Tapi dah terbeli, no hal lah. Hentam saja. Gumiho pun gumiho lah. Gumiho cun for sure. Heee..


p/s;until perkataan terakhir ditaip, air dalam telinga tak nak kuar. Errr...

Yeay!

Sam menang.

Tu je nak cakap..

Sunday, March 27, 2011

2+1. Is takoyaki time!

Yesterday was 26th March 2011, huh, hari yang memenatkan. I bangun early in the morning (Sabtu beb! Percayalah gua bangkit tidur awal seperti weekdays). Since semalam adalah Sabtu yang bekerja, sebagai orang suruhan, terpaksa ikutkan saja. Tapi working hours sampai 4 pm saja. Tapi, tapi lagi, I tak terus balik ke rumah sebab kami (meaning 2 orang) pergi Job Fair yang penuh dengan bendera biru. Yeay! It was a hugeeeee job fair since I dah pernah pergi a lots of job fair (walaupun tak sampai 10) and I found fews company yang nampak potential. Meaning, I tak pergi for sia-sia lah..

Enuf job fair and saturday working day.

1.

Yesterday was my kakak tengah hari lahir yang ke entah berapa lupa la. So,

HAPPY BIRTHDAY MUNCHKIN..
TERIMA KASIH KERANA MENJADI TUKANG MASAK I.
HAHA.





2.

Usai je misi job fair, I dah seret BG secara halus untuk melangsaikan keinginan untuk makan sesuatu yang I dah kempunan selepas baca surat khabar KOSMO masa tengah kerja. Ya! Begitulah perangai seorang pekerja yang dedikasi.

Err, paper tu bertarikh 21 Mac. So so so so so so yesterday kan I?

Lupakan pasal I yang katak di bawah tempurung tu. Ini nak cerita yang I makan jemput-jemput (ada orang tak tahu jemput-jemput apa. Kasihan dia kan? kan? ). Ok lah! Cekodok. Ish, sebijik bunyi macam kodok. Terus hilang selera. Yakss..






Terliur taw tengok. Oh ye, I discover pasal this takoyaki masa flip through Kosmo 21 Mac. Dan terus ambik paper tu simpan dalam beg. Dalam hati "Lepas ni nak pergi try".
Kiosk yang jual this cute bola-bola ni terletak dekat Kasturi Walk, sebelah CM. Next time, mau pergi beli lagi. Semalam tak rasa octopus flavour sebab aweks yang jual tu do mistake. Aiyoo dik, service up sikit okeh.

Dan disebabkan kelalaian aweks tersebut, terpaksa la mereka kasi kami lebih. Bestnye. Lain kali boleh bagi kami lebih lagi ye..=p

Lupa nak cerita how it taste. Ok, apa yang boleh I cakap dekat sini, kalau pergi beli tak rugi punya. Actually I tak boleh differentiate between inti ayam dan ketam. Both rasa sama je. I dont know la kot lidah I sudah kurang reseptor. Tapi, apa yang enhance dan sebabkan jemput-jemput tu lagi sedap adalah kepingan ikan nipis yang macam sotong kering tu, yang diorang tabur atas tu. Pendek kata, pergi la try!





p/s;sebenarnya, i wish to write this entry together with the pics yang BG snap tapi i dont want to wait until next week. Basi la kan, a week after baru nak cerita.

Tuesday, March 22, 2011

He is 9 and addicted to FB

Inilah budaknya...



Setahun yang lepas, tiap kali kami semua gather ramai-ramai dekat rumah (yang mana sangat jarang berlaku disebabkan kami yang menjadi perantau) mesti berebut-berebut nak go online. Sibuk nak online facebook. Tapi budak ni sibuk nak main game. Aduh, ikutkan saja. Kang muncung dua depa. Lepas tu, bila dia dah pandai sikit, mula la nak facebook jugak. Gedik-gedik pujuk gua daftarkan akaun untuk dia. Since tak boleh nak register email, gua register je pakai email gua lagi satu. Yang bestnya, email tu dia siap tulis dalam buku dia, siap dengan password sekali. Kenapa? Bulan depan, kakak dia balik, dia sibuk nak main fb. Adik I ke tu?

Mula-mula dia memang tak tahu nak buat apa dekat facebook tu. Tapi, budak-budak ni, rasa ingin tahu dia tinggi macam KLCC, tak tahu dia tanya la. Nak tolong buat, tak nak, dia nak buat sendiri, kita ni boleh cakap je. Bagus!

Bulan lepas, kalau tak siap, kakak sulung I beritahu yang dia siap ada list nama kawan-kawan sekelas dia. Nak add dekat facebook la tu. Sungguh ke depan budak-budak sekarang. Dulu, umur 9 tahun, I reti main pondok-pondok jual daun je. Huh. Mencik. Kenapa tak lahir zaman batu terus. Hahaa...Hey, its not that I tak bersyukur, it juz ayat je.

Few days ago, dia pm chat dekat facebook. Wah! Mantap. Bila tanya siapa ajar, "adik pandai sendiri"

Iye kah dik?

Lagi, dia siap chat tanya soalan peribadi wa lagi. Adusss, budak zaman sekarang jangan main-main.




Monday, March 21, 2011

Selamat Ulang Tahun Nur Fazima

Hari ni 21 Mac 2011, semalam I punya la tertanya-tanya "kenapa dengan 21 Mac?". Macam ada sesuatu je. Rupa-rupanya my fren birthday. Nasib baik pagi tadi teringat dan cepat-cepat sms dia.

So, buat Ima, selamat ulang tahun yang ke tut sayang. Jangan risau. Walaupun umurmu bertambah, ayu dan kecomelan anda turut bertambah.



Dah macam Fafau pulak I tengok cik kak ni. Anyway, gambar ni I cekau dari fb dia. Hahaaaa. Hey, bukan I tak ada gambar kawan I cuma, sedihnya nak cerita... cuma semua gambar I ada dalam my laptop yang mana laptop tu dah rosak. Tunggu masa nak baiki je.

Cik Ima ni I kenal masa dekat Penang Matriculation. Dia dengan ada lagi beberapa orang aweks cun, memang geng stalker. Alah, zaman muda, nafsu tengah membara, tengok pakwe hensem terus cair, nak mengorat la. Ima, ingat tak dulu kita dengan aweks2 cun lain selalu je kejar 2 lelaki hot (hot ke?) as soon as kuliah tamat. Hahaha.. Memang tak malu kan, walhal sah-sah mamat-mamat tu perasan kita usha dia.

Ingat tak jugak masa kita buat drama pentas untuk subjek Speech? Yes! Yang kita berlakon drama orang gila tu. Few nights before drama tu, tiap-tiap malam berlatih kan. Tapi kita semua kayu. Hahaha.. Yang penting we were really enjoy that moment.

Sebenarnya banyak sangat sweet memori yang kita cipta sama-sama kan. I want you to know that, even I senyapkan diri, jangan fikir I dah lupakan Ima, Ima dan kawan-kawan sentiasa dalam doa I.

Oh ya, Ima still remember tak last day dekat matrix? Kita peluk-peluk sambil nangis. Hehe.. Masa tu kita fikir yang itu adalah last kita jumpa tapi Ima pergi Upm, I pergi UKm. Dapat jumpa lagi. Sekali 2 jugak kan kita hang out sama-sama.

Semoga Ima bahagia sentiasa, berjaya dalam apa jua yang Ima buat dan panjang umur, murah rezeki.

I love you, darl..=p

Sunday, March 20, 2011

Beastly


Korang pernah tengok tak cerita Beauty and The Beast?. Peling teruk pun, pernah baca tak? Kalau tak, cerita Snow White and Cinderalla mesti korang tak tahu kan?kan? Jangan susah hati. Kalau tak tahu cerita tu tak apa yang penting cerita nabi korang tahu ok.

Beastly adalah satu movie yang sedang ditayang sekarang. Cerita dia lebih kurang cerita Si Hodoh dan Si Cantik ni la. Nak kata best, boleh la kot. Tapi, tak perlu la korang teruja nak tengok. Level cerita ni biasa-biasa aja. Oh, mungkin korang nak tengok kerana Alex yang sungguh menggiurkan atau Vanessa yang menggugat iman. err..

Kalau tu sebabnya, ok, pegi lah tonton tapi kalau sebab nak selidik jalan cerita, baik tido. Haha..
Lagi so kan, Alex ni macam gua pernah tengok tapi tak tahu kat mana. Sogo kot.







Takut tak dengan beast ni?
Haha..

Bila baru nak belajar?



Life is short. No. It is tooooo short.
Kita tak tahu , tak mungkin tahu pun bila kita akan pejam mata tanpa dapat buka semula. Mungkin selepas habis entri ni ditaip, atau mungkin semasa entri ni ditaip. Yang mana seandai ia betul, entri ni pun takkan di post.

Pernah tak kita berjanji yang kita tak kan, tak akan ulang the same mistake. Janji kaw-kaw dalam hati. Walhal, akhirnya mistake tu kita tetap ulang berkali-kali.. Bila kita sedar yang kita dah ulang kesalahan yang sama, kita rasa janji yang kaw kaw tadi tu, hanya macam angin je. Rasa tapi tak nampak. Kita tahu kita janji tapi sebab kita tak nampak kesan kalau kita still repeat the same mistake, kita hanya mampu kata "It happen again"

Sampai sekarang, I masih belum jumpa balance in my life. I fikir I found them tapi sebenarnya, itu baru klimaks.

I rasa I marahkan diri I sendiri. Sebab tak mahu belajar. Meaning, belajar dari masa silam (masa silam? setuju tak kalau I cakap word masa silam tu buat kita fikir negative?). I dont mind. I nak jugak pakai that word. Sebagai perisa dalam entri ni. So, you tahu yang I am serius about what im typing ok.

Sudah jatuh ditimpa tangga. No.
Sudah terhantuk baru tengadah. Yes.

Peribahasa yang kedua tu memang untuk I. I takut untuk blame diri sendiri, so I tend to blame orang lain.

Sesetengah orang cakap, life is short, so break the rule. I think, life is short, follow the rule, smartly. Sebab once you break the rule, you dah buat kehidupan ni makin pendek atau lagi teruk, kehidupan ni jadi dah tak ada. You have no more life. Bumi nampak gelap.

Kenapa I cakap macam tu? Because I dah pecahkan rule tu, langgar tanpa fikir, kesannya? This post. Faham? I bet you dont. Jangan risau, you tak perlu faham tapi ingat "life is short, enjoy, tapi follow the rule"

Berbalik kepada bila baru nak belajar. I dah repeat same mistake untuk kedua kalinya. I rasa sangat bodoh. For the first time in my life, ulang kesalahan yang sama adalah sangat tidak cerdik. Tapi percayalah, I manusia biasa, bukan Paul, every second I buat salah.

Yang pasti. I tak pernah fikir untuk berhenti belajar.

Monday, March 14, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa



Dah tengok? Dah tengok?

Belum?

Hey, cepat pergi tengok sekarang. Hikayat ni memang superb. Thumbs up. Dengan jari kaki sekali.

Day before I pergi tengok this movie dengan baby genius, I tengok Hantu Kak Limah Balik Kampung, eh, rumah (ye,ye, I know. Cerita ni da basi. Tapi gua baru tengok)dan Umi nazeera nampak cantik dalam cerita tu.

Dia juga sangat bagus dalam Hikayat Merong ni. Even part dia tak adalah banyak sangat, sampai nak muntah tapi watak yang dia bawa sebagai Embok berjaya. Wah, dah macam pengkritik pulak. Serius, ada satu scene yang Ummi lakonkan, bila i tengok scene tu, rasa meresap dalam jiwa. fuhh.. Tiba-tiba Ummi Nazeera dah masuk senarai pelakon wanita yang I suka selain Fazura dan Fasha. Fasha Sandha tu.

Pelakon-pelakon yang lain pun bagus sangat. Memang tak rugi. Memandangkan separuh, mungkin lebih dari separuh, bahasa yang digunakan dalam movie tu english, I rasa macam tengok English movie. Dan you know, all the effect, part gocos-gocos, latar tempat, latar masa, tikam-menikam sangat cantik dan real. Memang LAPAN JUTA lah!

Out of 5 stars, gua bagi 6.

And guys, kalau you belum tonton this movie, tolong pergi sekarang jugak.
Serius.
Ini adalah satu arahan.

Percayalah. Anda akan bersetuju dengan saya. =p

Friday, March 11, 2011

Khurafat

Shamsul yusof tu la dengan budak yang cute mute, eh miut, Liyana Jasmay tu. Mesti you semua dah tengok kan. Yala, movie ni macam agak so yesterday la sebab sekarang orang sibuk pasal Merong Mahawangsa.

Dan semalam I telah berjaya ye, menghabiskan masa menonton cerita yang sungguh kaw-kaw itu. Seminggu asyik keluar pagi balik malam, jadi malam tadi rehatkan otak la tengok cerita tu. Walaupun I tidak meminati Syamsul (kite minat orang lain) tapi dia kan, hensem kan?

Dua scene yang bagi I agak bodoh, tak, memang bodoh, tak patut dia letak dalam movie tu adalah masa yang angkat mayat. Atau scene tu membawa maksud lain I tak tahu. Mungkin dia buat scene tu sebab nak drag cerita ke flash back. Macam agak tak logik la.

Ok, Takpela. teruskan je tengok cerita tu.

Sampai kepada part hero tu mati. Sedih. Memang touching. Tapi kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa mesti hancurkan part touching hampir gugur airmata I dengan menambah scene macam mana dia mati. eh, meninggal. Terus macam "errrr". Serius, I memang benci sangat last scene. Hey, tak perlu la. Cukup sampai dekat kubur. Terus habis. Enuf. Kalau betul movie tu sampai situ, sah, I nangis. Sedih.


Tapi tak.

Monday, March 7, 2011

Saya ketinggalan dan sila pilih kasut yang betul!

Two days without internet and it was like arghhh, I dah jadi so yesterday. Huu, dengan blog tidak terkemas-kininya, dengan email tidak tersemak, dengan muka buku tidak terbalas komen-komen dan terlepas berita hot. Err..

Tapi , dua hari tersebut sudah diganti dengan satu hari yang super duper best+taknak hari tu berlalu. Sangat seronok merasa bahagia (merasa atau berasa? I fail bm lol) kan? Thanks...=p


OPpsss..Ini bukan point utama entry ni. I nak cakap pasal kasut. Ye, you know, things yang dok dekat kaki kita tu. Berapa ramai makwe yang suka kasut? I am 1 of them. Hanya dengan masuk ke kedai kasut or sandal or apa-apa yang melekat pada kaki tu, masuk je, tak perlu beli (mungkin pada masa itu, hujung bulan, walhal awal ke, hujung ke, tengah ke, tetap kontang) dah rasa puas.. Mungkin sedikit puas. Ye, betul I sangat suka tengok those kasut or yang seangkatan dengannya yang super cantik. Oh..





pics credit to google dan mereka yang sepatutnya..=p

Adakah anda tahu kasut tumit tinggi itu bahaya? Saya pasti anda tahu. Adakah anda tahu kasut rata juga sebenarnya merbahaya kepada kaki anda? Saya pasti saya baru sahaja mengetahuinya selepas menonton nasi lemak kopi O Sabtu yang lepas.

Kenapa?

Macam mana kasut yang tapak tinggi umpama klcc tu boleh menyebabkan kaki kita rosak, maksud I pakar tulang mengatakan pemakaian kasut tumit tinggi menyebabkan masalah pada lutut kita. More infos, cer gugel ok. Oh, but,you looks gojes okey in high heels. Kan?

Same goes to flat shoes.

Jadi, kasut yang ideal untuk dipakai adalah yang mempunyai tapak dengan ukuran 1 inci, dalam 2 cm la.

I still love heels. Haha...

Friday, March 4, 2011

Dunia Blog Yang Busuk

Kecuali blog I (sila muntah sekarang)

"kawan I yang seorang tak henti-henti sindir I sebab buat post tip naik tren. Oh, mungkin dia jeles sebab dia tak pernah board into the train atau mungkin dia dengki sebab dia tak boleh tulis macam I sebab dia tiada blog. I tahu dia sedang baca. Hahaha..."

Pertamanya I nak jelaskan dekat sini sebab utama blog murahan ini ditubuhkan adalah kerana pemiliknya sangat teruja untuk bercerita dengan cara dia sendiri, cerita basi atau cerita lapuk, pada masa sama berkongsi apa yang ada di dalam hatinya dengan kamu, kamu dan kamu.

Setelah agak lama berkecimpung dan menggilai dunia blog ini, terlalu ramai bloggers yang I kenal. Kenal dalam erti kata kenal blog mereka. Dan daripada situ, I dapat lihat dengan jelas apakah motif mereka berblog. Hahaaa..

Ye betul, itu blog kamu.


Dunia blog ni I katakan busuk khas untuk mereka yang gunakan blog untuk menyuarakan isi hati mereka yang mana pada masa yang sama menjatuhkan pihak yang lain. Huh, sungguh tidak cool mereka ini. Cakap macam baik dan berilmu tapi menghentam orang secara halus. Saja la tu cari populariti.


Silakan terus berbuat demikian kerana dunia blog kamu adalah busuk..=p

Thursday, March 3, 2011

KATAK! ewwwwwww...

Helo peeps...

Oh ya, I ambil masa yang agak lama untuk fikir apa yang I patut cakap kepada segelintir umat manusia ni.

Mudah tapi baru terfikir. Otak jam, lampu merah lama sangat, lepas ni bila kuning je gua mahu pecut.

Jangan jadi katak di bawah mangkuk kaca.

Satu. Jangan jadi katak (geli la taip katak ni). Kenapa katak (geliiiiiiiiiiii)? Sebab katak, katak geli dan dan bukanlah seekor binatang yang kau boleh cium macam kucing. Err.. Tak faham? Ok, pernah dengar dongeng Putera Katak? Kenapa putera katak, bukan putera kucing yang dipilih? Got the answer? Yeah! Sama la dengan apa yang I cuba bebelkan.

Tak faham? Sila jadi katak sekarang.




Pada awalnya, I nak letak gambar katak yang betul-betul geli tapi, oh, I pun tak sanggup!

Dua. Jangan duduk di bawah mangkuk kaca. Kenapa mangkuk kaca?. Sebab bila kita bayangkan kita berada dengan enaknya bawah mangkuk kaca jenama PYREX, pertama, kita tak kan bisa bergerak dan kedua kita hanya bisa menonton apa sahaja yang berlaku di luar tanpa kita sedikit pun bisa berbuat apa-apa.

Jangan jadi katak di bawah mangkuk kaca, yang mana kita hanya mampu melihat segala yang berlaku di depan mata. Tanpa sedikit pun cuba untuk melakukan perubahan. Keluar la dari mangkuk kaca tersebut. Pecahkan saja!

Buat katak, Im sorry.

Wednesday, March 2, 2011

Tips untuk menaiki komuter

Hello and assalamualaikum.
A few days kot tak post new entry. Sibuk. Sibuk. (Really? Ada orang peduli ke)
Ok, siapa tak pernah tahu apa itu komuter (ada la orang tak tahu), ni ha dia kereta bas ni (sepupu I panggil macam tu)...



Siapa suka naik komuter, sila angkat tangan, ok tinggi lagi. Bagus. I rasa orang-orang yang suka dengan komuter ni mempunyai tahap kesabaran yang melampaui batas kesabaran. Hey, menunggu pengangkutan awam yang satu tu macam tunggu rambutan gugur. Oh, mencik. Tunggu la gua beli satu komuter..

Dulu, kawan I ngomong kalau nak naik pengangkutan awam yang satu ni, naik dekat kepala dia. Kepala maksudnya bukan ekor, yang dekat dengan driver dia tu. Sebab dia kata biasanya bahagian tu tak sesak. Lepas tu, I selalu la ikut cakap dia.

Tapi sekarang, koc tengah adalah untuk ladies sahaja, maksudnya kepala dan ekor akan dipenuhi pakwe-pakwe. Sebab I selalu ingat pesanan kawan I tu, I decide untuk terus masuk di bahagian kepala atau ekor. Lagipun koc tu makwe pun ada. Lagi jugak, bilangan pakwe dalam koc tu adalah melebihi makwe, so, boleh cuci mata. Eh, I suka lelaki. Apa class duduk koc ladies. Hahaha.. Baby genius kata I gatal sebab masuk koc tu. Harusla, nama pun perempuan lurus. Boring la tengok perempuan. Hahaa...

Dia kata cari bahaya je. Jangan risau la, koc tu pun makwe bersepah...=p

Maka pada satu hujung minggu, I seperti biasa akan jejak ke koc hujung, dan

"oh, kenapa semua lelaki ni, biasa makwe ramai"
"mampus gua"

"oh, takpe, ada makwe kat hujung"

Mungkin hari tu hujung minggu, jadi pakwe-pakwe semua sibuk nak pergi berdating. Sumpah, lain kali, tak nak masuk koc kepala dan ekor. Tapi, kalau bukan hujung minggu...ok kot..hahaa..


Minggu depan gua nak beli kereta, selamat tinggal komuter..PANG!

Saturday, February 26, 2011

Friday, February 25, 2011

Kan bagus kalau....

lalalallalaaa



Kisah cinta I sejibik macam dalam drama korea. PANG! Tolong sedar, this is realiti ok.

Okey! Nak berangan pun tak boleh. But, hey, korang yang gegirl tu tak de ke angan mat jenin, terbuai-buai dengan drama cinta korea ni. Owh..Im so melting with korean drama+actor. Hee~~ I bet, you pun sama kan. We love korea drama! We love ain! Eh..

I perasan yang every drama korea ni mesti ada babak-babak yang tipikal yang "eh, kenapa macam ni sokmo, orang korea memang gini ke"? Tapi takpe, asal pakwe dalam tu hensem, layan saja maa.. Oh ya, scene tu adalah dimana scene sang hero dengan hensemnya bersandar di keretanya menanti sang heroinnya di depan rumah. Hoho..kenapa tak ada orang nak tunggu I jugak ye.. Hee...

Ang those korean, kulit diorang sangat cantik dan licin mulus bak telur dikupas. Flawless rite? I think la, salah satu sebab adalah kerana cuaca dan persekitaran country. Plus, tengok saja cara pemakanan mereka. Er, jangan pulak yang tang makan babi tu ye.

Lagi, make up diorang sangat magic. Oh, tapi yang ni tak best. Fake kot.

Oh, where am I?
Dah merapu ni kan, kita sedang cakap pasal drama korea. Hee, pesong sikit takpe.

Ha, drama korea yang semua orang tahu mesti winter sonata dan full house. Kalau tak tahu sila lempang ah diri sendiri. Hidup zaman batu ke tu pun tak tau. Even my lecturer yang skema tu pun tahu (apa kaitan skema dengan full house dan kenapa nak peduli kalau orang tak tahu kan?.. Dan saya, eh, I rasa demam ni bermula dengan Winter Sonata. Kan? Lepas tu menyusul la drama-drama yang super duper syok dan penuh dengan pakwe hensem.

I love Full House but I love SAVE YOUR LAST DANCE FOR ME even moreee....


Mesti korang cakap "ek eleh, drama ni tak best pun. Hero pun kureng hensem. Berjuta kali hensem Rain tu. Takpun yang tengah nyanyi kat atas tu (sila play video di atas)".. Salah! Hero dia dan heroin cantik. I suka sangat cerita dia. Towards ending dah main emosi gua. Owh..sedihnye. And I sangat pasti yang salah satu sebab I love love this drama so much adalah kerana feeling semasa menonton. I mean, I watched all episode of Full House in one day, half day i far as i can remember. Jahanam laptop gua. Tu yang sampai sekarang dok peram dekat Nilai.

Sambung balik.
Menonton Save Your Last Dance For Me (penat lol nak kena capital for each word, well, orang skema) buat I sangat teruja. Yes, time tu tengok dalam TV, ntv7 lagi, 9.30 malam setiap Isnin sampai Jumaat. Kalau tak salah. Perasaan nak tengok next episode tu wallah excited sangat tambah-tambah bila dia tunjuk next episod. Kalau tengok Isnin, ok la tunggu Selasa tapi tengok Jumaat kena tunggu next week. Debar plus teruja tu macam tunggu nak jumpa boyfriend yang dah lama tak jumpa. Curiosity tu sangat tinggi. Macam lebih-lebih je kan. Hahaa...

But now, nak tengok drama, mintak je dengan siapa-siapa, satu hari dah boleh tengok 2 drama. Tak tahan nak tunggu esok. Baik tengok je terus. Yela, nama pun tengok kat pc kan, apa? laptop? yeye..laptop. Kalau tengok tengok tv, boleh ke pergi call stesen tv suh tayang terus 20 episod tu. Hell, no la.

Sebab tu la feeeling dia berbeza..=p

All mixed: ROJAK

Past few days, something happen !

So, I berehat dari menulis dan blogwalking. Hey, Im not doing blogwalking for nothing. For sure lah nak usha pakwe hensem. Eh, bukan. I found a few belog-belog yang " I suka apa yang diorang tulis dan cara penulisan itu dipersembahkan". Its not easy unless dah memang kau ada genes yang akan diekspreskan sebagai pandai menulis. Oh..jeles.




it start with DNA-genes-chromosome

Ini bukan belog Pengekspresan gen so bukan nak cerita pasal gen. Tapi kalau ada yang berminat boleh tanya. Hikhik... I wish i have a can-read-mind genes, so that nobody can fooled me. Yeah! Sila la berangan. So, (so lagi) something happen yang dekat atas tu tak ada. Huu..

Actually, I want to share my experience about this :something happen: but I think, later-later la ye. So guys, tolong berhati-hati dan fikir masak-masak (sampai hangus pun takpe) sebelum buat sesuatu. Dalam bumi Allah ni begitu banyak dusta dan duka yang ada. U wont know unless it happen to you. Kita selalu harap all yang buruk-buruk tu stay away from us but we are human, kita bukan Tuhan. Kun Fayakun, maka Jadilah ia.

Dan bila ia terjadi, selalu semat di hati, tiada manusia yang tidak diuji.