Thursday, April 29, 2010

Road Trip with My Broadband

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia (tiba-tiba), sebenarnya (bunyi macam rahsia padahal tak) I dekat rumah ni..Ye.betul..Motif? Saja, mungkin ada yang dengki...hahaha..

Kalau ada yang perasan (tak perasan pun sila buat-buat perasan) dah berapa hari I tak create new merapu post and publish. Satu-satunya sebab adalah kerana I berada di perkampungan orang asli, eh, kampung I la.

Ok, terus ke tajuk utama. Ini instant cash blogging yang I nak cuba rapukan disini sebab rindu sangat nak menaip. Dan kerana adanya broandband pinjam inilah I dapat menaip. Oh, terima kasih (walaupun slide presentation masih belum siap tetap gagah menaip post. Syabas dan tahniah)

Baiklah, kembali ke beberapa tahun atau mungkin 4 atau 5 tahun yang dulu, internet adalah salah satu perkara yang tidak begitu penting bagi I. Tapi, sekarang internet menjadi keperluan bukan lagi kehendak. Banyak perkara yang sangat butuhkan connection internet. Dan sekarang, seiring dengan peredaran masa yang makin pantas dan segala-galanya di hujung jari kita telah dikenalkan dengan perkataan "broadband".






Perkara yang paling menerujakan dengan penggunaan broadband adalah kerana ianya ringan dan kecil. Tidak! Kerana ianya tidak berwayar dan tidak perlu disambung ke mana-mana lubang yang akan menyebabkan rambut tertegak atau kematian sekiranya jari yang dicucuk di situ. Ok. Tidak kelakar. Walau ke perkampungan asli tempat I sekarang sekalipun, blogging tetap berjalan. Ini sangat indah bukan?

Jadi, walau di mana kita berada (ceh, dah macam iklan, tapi iklan apa tak tahu) kita tetap dapat berinternet. Oh, hidup sangat indah. Jadi, turn to Wiggy adalah pilihan yang betul. Jalan tetap berjalan, tapi berjalan di alam sesawang tetap on je. Lagi sekali, hidup sangat indah kan?

And, enjoy this too...








Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Monday, April 26, 2010

Apa salah saya pak cik?

Ye, pakcik. Pak cik marah saya tolak pinangan pak cik ke? Setahu saya pak cik tak pernah hantar mana-mana pinangan mahupun buah pinang tapi kenapa ya pak cik?

Saya tak kisah pak cik sentiasa muka kelat macam buah peria, pahit macam panadol atau masam macam cuka. Saya naik jugak bus yang pak cik dok drift tu.

Tapi pak cik, kenapa pak cik nak hantar saya ke hospital pak cik?
Pak cik tahu tak kalau saya gedebuk jatuh masa nak turun bus pak cik tu, saya mesti luka berdarah pak cik. Malu tak usah cerita. Lepas tu kalau masa saya jatuh, srettttttttt tayar bus (sila rujuk rajah: B) pak cik brek atas kaki saya macam mana pak cik? Kalau jadi (kalau ye) saya tak nak duit saman saya nak kaki. Pak cik boleh bagi?

Sila rujuk ilustrasi:





Jadi pak cik, boleh tak lain kali sila pastikan kedua-dua kaki saya mendarat atas tanah baru bergerak. Saya sangat takut pak cik melompat semasa kenderaan bergerak. Saya tak nak naik pelamin dalam keadaan cacat pak cik.

Sunday, April 25, 2010

Satu dua tiga




Besok saya exam
Petang tadi saya pergi KLCC
Cool tak saya?

3 pagi

Saya menunggu tepat 3 pagi untuk menulis artikel ini. artikel? Sangat tidak praktikal untuk penulisan yang tidak berilmiah ini tapi berunsurkan pembelajaran. Anda tidak faham? saya pun. Jom gelak sama-sama. Hahahaha...

Sebelum tu, selamat hari ahad. Sila datang semula untuk membaca artikel ini sekiranya anda tidak membacanya pada hari Ahad. Sila. Ini merupakan kali pertama saya menulis pada jam 3 pagi ditemani dengan bunyi kipas, kipas laptop, dan unggas. Ok. Tipu.

Motif entri masih tidak diketahui sehingga saat ini. Baik. Mari berfikir sejenak.



Ok. Semakin lama saya buat sesi jalan-blog, semakin banyak yang saya dapat. Positif yang saya maksudkan. Cerita yang sumpah seranah memang banyak tapi saya jelingkan sahaja. Semasa jalan-blog, saya hanya jatuh cinta kepada penulisan dan bukannya penulisnya. Hati perlu dijaga, supaya tidak terpesong. Motif ayat? Tiada. Oleh itu, lagi terang bersuluh lampu kalimantan saya memilih untuk membaca tulisan yang membina dan membangunkan pemikiran seperti.....ah, malas la pulak nak state.



Saya tertarik dengan seorang insan yang mengatakan dia sungguh menyampah dengan mereka yang menayangkan pendapatan dari enjin pengiklanan yang glamour itu. Sila lihat bahagian atas sebelah kanan. Ye. Itulah dia. Komen saya, bergantung kepada niat. Ingat, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Ada kaitan tak kedua-dua ayat tersebut. Tidak.

Saya juga turut bertemu secara maya sahaja dengan para blogger yang diminati ramai. Mujur, tidak berapa hensem. Entri ini tidak akan dibaca mereka, makanya saya berani kutuk. Hahaha..Motif gelak? Tidak tahulah saya. Tapi hati lagi penting daripada rupa. Percaya atau tidak? Haruslah percaya. Tetapi, hati yang tulus lagi suci berserta rupa elok indah dipandang itu satu anugerah. Bak kata adik iklan sabun dekat tv tu

"Pakaian boleh dicuci, hati yang suci sukar dicari"

sekian sahaja artikel merapu ini.

Saturday, April 24, 2010

Ini cerita tagging

Pagi ini bila buka dashboard blog and lawat blog kawan-kawan ada kerja pulak. Terima kasih cik yati sudi tag i. Bangga sekali. Haha. Di bawah ni arahan dia...


1. Go to your photo files, select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging


Inilah dia..


Cantik kan gambar tu. Saya pun tak tahu tu gambar apa. Ok. Tipu. Begini alkisahnya. Gambar diambil oleh Cik Zulaikha semasa saya berjaya menarik dia mendaki bukit untuk ke makmal. Kejam kan kakak dia. Tidak. Motif saya adalah untuk mendedahkan dia dengan susana Makmal. Dia mana pernah masuk makmal, masuk kelas je. Bosan. Dan saya nak berlagak tunjuk hasil penyelidikan saya. Ces. unsur riak disitu. Sila ambil iktibar.

Baiklah, pokok kecil comel lote tu sebenarnya pokok rambutan yang saya dah kecik kan guna teknik "Honey, I shrunk the pokok rambutan". Ok, terima kasih. Jumpa lagi besok. Babai.

Untuk yang cantik-cantik saja..

Ini kali kedua dapat award. Ye. Sangat menyedihkan. Sila kesian.
Tapi, ABP dan AJL pun setahun sekali kan? So, macam tak syok kalau hari-hari dapat award. Itu kenyataan orang tutup (cover). Tapiiii, I sangat sukakan award ini. Sangat. Sila baca dengan reaksi baru dapat sejuta. Lepas ni, jangan lupa bagi I award lagi. Motif nak award? Tidak diketahui.

Baiklah, pendahuluan dah siap, Sekarang nak tunjuk kepada I sangat sukaaaaaaa award ini..Ehem, ehem..


See? For sure korang tahu kenapa I suka kan. Oh...

Ok, sebesar-besar lemon terima kasih buat cik FANURAMI sebab sudi bagi award ni. Sampai sekarang I ada masalah sikit nak sebut nama dia. Hehehehe. Sila jenguk beliau. Cantik manis orangnya.

Since caring is sharing, eh, sharing is caring, I nak bagi pulak dekat 15 blogger yang cantik lagi. Sila ambil. Bukan senang I nak baik macam ni. Hahaha. Motif gelak tidak diketahui. Yang cantik-cantik itu adalah...

1)cik yat
2)cik fatihah
3)cik tisya
15)cik ida

Dah cukup 15 kan?


Dan state 7 thing about myself..
1)I perempuan
2)I lahir pada 1st feb (sila alert)
3) I makan nasi+lauk+sayur. Rumput terkecuali
4)I tidak berapa minat dengan bawang. Tapi bawang tu suka I. Cess...
5)I suka benda yang indah-indah. Ma, bunga, baby, kanak-kanak, pokok, pantai dan makanan.
6)I suka shopping dan shopping tingkap diutamakan
7)I sukakan monyet yang hari-hari masuk bilik thru tingkap. I love you nyet!
8)Eh, dah cukup tujuh..Maaf

Dapat award, entri macam tak sedar diri. Ces, ok anda lima belas orang kat atas tu dah amik award ni sila buat perkara di bawah ye.
1. Thank and link the person that give you the award.
2. Pass this award onto 15 bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said blog and tell them know they've won the award.
4. State 7 thing about your self.

Friday, April 23, 2010

My Name Is Khan, eh, Ain

Assalamualaikum..

Siapa dah tengok cerita tu? Saya belum. Tapi akan, sebab..sebab shah rukh khan hensem. Hahaha. Ma saya pun suka lelaki itu. Tapi ain mintak maaf ye ma, terpaksa tolak pinangan dia minggu lepas. Ain bukan apa, cuma cinta hati terarah ke lain.

Ok. cukup merapu disini..

Ini shah rukh khan dan kojol, eh, kajol.

Tengok, niat nak menulis pasal nama sendiri tapi dengan shah rukh khan pun ada. Tapi tak apa, ini kita panggil variasi. Betul ke? Tak apa, kita belasah aje.

Baiklah, seringkali saya mengalami masalah SILA-ULANG-NAMA-PALING-SIKIT-TIGA-KALI. Anda faham maksud saya? Begini, setiap kali menyebut nama kepada orang-orang baru saya sokmo harus menyebutnya paling sikit tiga kali ulangan. Tidak mengapa. Saya sukakan nama saya. Anda bagaimana?

Selain itu (tengok, ayat karangan dah keluar) ada juga segelintir yang tidak dapat mengeja nama saya dengan betul lagi precise.Makanya saya harus menunjukkan ic. Tak apa. Saya berbesar hati untuk mengeja bagi pihak anda.

Bermula tadika (mungkin tipu, sebab saya lupa maaaa) sampai sekarang, namaku menjadi pujaan. Eh, menjadi tanda tanya. Apakah? Bagaimanakah?. Apakah bermaksud apa maksud nama saya dan apa nama penuh bila saya cakap "AIN". Bagaimana pula macam mana mahu eja lagi sebut.

Kesimpulannya, nama wa SITI ZUNNURAIN. Senang bukan?

aien...if buchuk+masyam jadi pe?? ngee

belacan...apakah?

Ask me anything

kila x ske mawi..shhh...

xpe..yg penting mawi suka ain..hakhak

Ask me anything

Thursday, April 22, 2010

Aien buchukkkk?????

x..masyam....

Ask me anything

Akademi Fantasia:Mawi

Tidak! Saya bukanlah sama sekali peminat setia AF. Tidak!Tidak!(ok, perlu ke bangkangan sebegitu, ye, perlu, supaya kalian tahu, saya tak suka.haha)

Sebelum itu, saya memohon maaf kalau terkutuk. TERkutuk ok rancangan gila glamer ini. Tak ada orang terjah kan? Seperti yang peminat-peminat tahu, AF ni dah masuk musim ke 8. Dan serius saya tak tahu dah berapa puluh yang lahir daripada program ini (penggunaan "daripada" untuk ayat ini bukan "dari", dari digunakan untuk tempat dan masa. Itu kita panggil tatabahasa).

Baiklah,saya cuma kenal mawi, ye, mawi dan saya sukakan dia masa dia dalam akademi. Tiap hari saya baca surat khabar cari berita Mawi. Dulu masa tingkatan 5 kami ada surat khabar free. Berebut aje. Ok, sekarang sila gelak. Saya tahu saya tidak berapa bijak sebab saya sukakan dia. Oh, kenapa saya suka Mawi dulu? Sebab dia hensemkah? Atau gondol?

Ini Mawi. Motif gambar diletak tidak diketahui

Pertama kali mengenal AF adalah semasa di Gerik. Masa itu musim pertama. Dan sememangnya seluruh Malaysia menggilai AF. Oh, kenapa daku terjebak. Dan lebih memalukan, saya dan bersama-sama beberapa orang teman telah dengan tidak malu. TIDAK MALU. mengunjungi rumah salah seorang kakitangan semata-mata nak tonton konsert final AF! Apakah?


Akhirnya, pulang dengan hampa sebab Vince yang menang. Ces, malu tak terbalas.

Wednesday, April 21, 2010

Berita sesak nafas terbaru

Date : 3rd May 2010 9am
Title :........(rahsia. nak tahu kena tanya)




The picture is very related to the date.

Penyakit baru

Saya tak tahu sama ada saya yang ganas. Mandi tergopoh-gapah atau terkinja-kinja.
Yang pasti, akhir-akhir ni, air selalu masuk telinga.
Masalah.


Lompat-lompat. Tak keluar jugak.

Haih..

Positif itu perlu

Saya punya seorang teman. Tapi saya tidak sukakan dia. Dulu. Dia ganas. Dia selalu ada masalah disiplin. Tapi dia pandai main bola sepak. Tapi itu dulu. 7 tahun yang lepas. Beberapa minggu yang lepas, saya ternampak dia dia facebook. Saya add. Dengan niat "kami satu sekolah".

Hari ini dia menegur saya. Di ruangan Chat FB. Terkesima sebentar. Apa tidaknya. Saya fikirkan dia tidak mengenali saya. Kami sekolah yang sama. Kami homeroom yang sama. Tapi kami tidak pernah bercakap. Nama saya?. Mungkin dia tidak pernah tahu. Mungkin.

Dan

Dia minta nombor.

Saya yang fikir bukan-bukan atau dia memang mahu keep in touch, orang kata kan?

Tuesday, April 20, 2010

Rahsia sarapan

Sarapan atau lebih popular disebut breakfast menjadi igauan ngeri bagi sesetengah orang. Saya sering mendengar keluhan, rungutan malahan rengekan teman-teman dan orang sekeliling (ini bila menyibuk nak dengar orang sebelah sembang apa. Eh, macam la korang tak macam ni kan?) Sebab utama mereka reject awal-awal breakfast ni, belum lihat menu dah tolak, oh, sungguh rugi. Sebab mereka bilang sama saya...

"Nanti perut sakit"

Kesian mendengar. Sakit perut adalah perkara yang sangat menyeksakan ok.

Dengar ya kalian, pensyarah saya pernah bilang sama saya, sakit perut itu kerana satu isyarat, lebih kurang maksud macam wake up call (eh, betul ke? tak apa. Janji kalian faham maksud saya) Faham ke? Maksudnya, perut berkata..

"Tolong! Saya mahu keluar dari perut awak!"

Jadi, apabila kita mengalami sakit perut, itu bermakna dia suruh kita pergi buang toksin dalam perut tu. Weh, nak ke korang simpan toksin dalam perut? Jadi, jangan takutkan sakit perut itu, baik takutkan kesan toksin tu kalau tak buang.

Tahukah kalian bagaimana mahu hidup secara berkualiti? tersusun? tak ada sepah-sepah macam orang gila, sentiasa berfikiran positif? tak ada nak asyik berprasangka buruk je dengan orang. Ini tak , orang senyum pun korang kata dia nak ngorat kan? Koya la 2 dan juga langsing.LANGSING!.

Jawapannya:SARAPAN

Ye, sarapan yang korang kata buat perut berjoget2 tu.
Kenapa masih nak tolak sarapan?

Oh, ya. Sarapan juga buat kita lebih fokus semasa belajar sekaligus menjadikan kita bijak pandai. Ye, betul. Lepas ni bolehla cipta kereta guna remote.


tak terliur ke tengok nasi lemak ni



aien's:salah satu sebab kenapa saya sangat sukakan sarapan kerana saya sudah dididik oleh ma sejak kecil. Oh. sayang ibu!

Monday, April 19, 2010

Stress itu saya

Saya sungguh stress, maka entri ini turut stress. Maka anda akan terbias kestressan.
Oleh kerana stress, mari kita main game yang tidak stress supaya stress tidak menjadi stress kerana apabila stress bertemu stress, jawapannya gila.

Baik. Sekarang kira perkataan stress
Stress=10

Game 1



Oh, zombi kejam. Sikit tak bagi chance

Game 2



Energy! Saya perlu energy


Ah, saya makin stress!

Transgenesis:Transformkan saya



Ya. Saya mahukan novel itu. Ada sesiapa sudi pinjamkan? Hadiahkan lagi menarik bunyinya..hahaha..

Sebenarnya, I dah tengok seorang hamba Allah baca novel ini, malangnya novel tu bukan dia punya. I, bab-bab pinjam rete orang susah sikit. End up, senyum je.

Tapi, hari ni semasa khusyuk kekoh nota kuliah, teringat novel ini. Oh, boleh masuk dalam wish lists ni.

Baiklah, sekali lagi. Anyone?


aiens':ada sesiapa pernah baca tak?

Sunday, April 18, 2010

Kenapa perlu hisap?

Oh, tajuk je dah semacam. Saja mahu bikin gelegak sikit kalian semua. Haa..

Baiklah, sekarang bersihkan minda, mari kita berfikir kenapa perlu menghisap rokok?
Saya adalah antara ribuan, mungkin jutaan perempuan yang sangat menyampah, eh, agak keterlaluan disitu, yang sangat tidak suka dengan aktiviti yang digemari oleh kaum adam ini. Ok, there's girls yang smokok jugak tapi more kaum adam kan?

Kenapa saya mahu sibuk-sibuk pulak. Sebab, kalau nak merokok, jauh la sikit. Yang nak menepek dekat I kenapa?

Tapi, dulu masa kecik tinggi sama dengan tempayan, err..tinggi dari tempayan sikit, pernah jugak menghisap ni. Betul, wa masa kecik-kecik dulu semua benda hisap. Aiskrim?Lolipop? and rokok too..hahaha..Ala, yang kena gulung tu, lepas letak daun tembakau. Gila ganas ye? Penghisap jugak rupanye. Tapi wa sekali je, terus campak. Aduh, terbatuk-batuk macam dalam tv tu bila ada adegan orang first time merokok. Uhuk..uhuk..gitu la batuknya.. Cess..

Kalau lah dulu I berjaya habiskan satu putung tu, konpem sekarang seputung dunhill ade di celah jari sambil menaip ini entri kan? Fuhh...

I rasa kan, sebab utama yang I tak boleh adapt dengan asap rokok ni sebab daripada lahir je mana ada hembusan asap rokok kat dalam rumah tu. Abah kita tak hisap kan?kan?

:ye (jawab Zuraida)

Jadi, marilah kita merokok. Eh, berhenti merokok. Badan cergas minda tip top.
Perempuan tak suka lelaki merokok. Serius.


Lecture I yang hensem tahap tak kelip mata masa dia bagi kuliah pernah cakap..(Serius wa cakap, dia memang hensemmmmm)

"There's a joke about cigarette.From a book."

"What is cigarette?"

"A fire at one end, and an idiot at other end"

Then, 1 or 2 students laugh. I maintain senyum. First tak faham that joke. After a minute baru faham.

Yes.Idiot at other end. Haha..

Saturday, April 17, 2010

umur berape? sekolah mane? hahah cam xda pe2 nak tanya da..hahahaah

21..sekolah pondok..

Ask me anything

Mengapakah?

1230 pm..

Tadi exam.

Paper Hubungan Insan.

Penting subjek tu.Supaya reti nak berhubung dengan insan.

2 pm..

I rasa macam duduk Arab wei bila keluar dewan exam. Apakah?

Terus cepat-cepat keluar dari linkungan orang-orang berhidung mancung itu.

Haih..

Kenapa mereka cantik2 ye?

*Jeles*

Friday, April 16, 2010

bila saya nak kawen?

hak3..saya rasa besok.baik awak pegi bt hiv test sekarang..

Ask me anything

Kenapa kita perlu cinta pada sungai..



Hari Jumaat yang indah penuh keberkatan ni I sedih sangat..
Tadi bila I pergi toilet, buka pili.Oh, setitik air pun tak keluar.
Semalam sama.
Miggu lepas sama.
Bulan lepas sama.
Tahun lepas pun sama.

Sekarang terpaksa lompat pegi floor bawah buka paip tangki.Nak basuh tangan je ha.

I pergi mana-mana pun dari Gerik sampai Bangi, masalah kesenyapan air ni sokmo ada.
Geram la..

Pernah dulu masa dekat Gerik for few days kot. Mandi memang tak. Air yang ade dalam botol mineral Bleu 1L tu buat ambik wuduk je. At last, kami terpaksa pergi dekat satu kawasan agak dalam hutan. Kawasan air la. Jalan kaki beramai-ramai bersama-sama cikgu. And at that time, I pikul sekali baldi yang ada baju nak basuh. Basuh dekat situ. Sebijik dah macam gadis melayu zaman dulu. Cuma tak berkemban je. Fuhh..

And dekat Kuala Berang pun sama. Tapi...yang paling I benci toilet dekat hostel time tu adalah toilet dia buruk. Bila buruk jadi kotor. Ada pulak sang katak. Hah! Gila I memang tak mandi kalau ada katak ok. Nak-nak shower sebelah ada katak, mandi memang secepat kilat. Peluang katak tu nak pindah ke shower yang I guna sangat tinggi. So, sebelum katak tu masuk dan I lari keluar tanpa sempat pakai apa-apa, baik keluar dulu. Sungguh, I benci that moment. Serius wa cakap lu. Eei, geli la tulis katakkatak ni.

I rasa dekat Penang, tak ada kot masalah ni.
Maybe. Lupa la.

Now, Bangi. Memang tahap kronik. And I memang bila masuk toilet buka paip dulu. Pastikan air memang ada. If not, tak tahu la. Tak suka!

I nak duduk rumah. Rumah I dekat Ketereh sokmo ada air. I suka sangat.
I boleh main air lagi dengan adik I bila mandi taw.

Thursday, April 15, 2010

Bersahabat itu indah..

Kalau yang indah diselang-selikan yang hodoh.Saya tertarik untuk menulis mengenai (jelas kedengaran persis seorang profesor.Wah!).Ok, sekarang sila kira berapa ramaikah sahabat yang kalian punya.

Si A, Si B, Si Ketot, Si Panjang. I dont think I have one.My friends is my siblings and my mother.(sorry en akmal, I still cant change my mind), since I find no one.

Saya rasa saya sungguh memilih kalau nak berteman.

Saya tidak suka berteman dengan orang yang pelupa tahap langit kesembilan.Ok, itu tabiat dia.Ya, tabiat yang turut menyusahkan orang lain. Macam mana nak uruskan orang lain kalau diri sendiri tidak terurus?
Mintak tolong itu lupa, mintak tolong ini lagi la lupa. Terus I memang hilang mood nak mintak tolong atau sewaktu dengannya.Pakai spender tak pernah lupa pulak?




Nota disitu sebagai contoh.~lalalala~Untuk memberi gambaran saya seorang yang rajin.

Saya tidak suka berteman dengan orang yang cakap-nombor-satu-buat-tunggu-gerhana. Sangat tidak menyelerakan ye manusia sebegini. Letih ha nak tunggu dia buat apa yang dia cakap. Kemungkinan ada dua. Satu, buat tapi lambat (baik tak payah). Dua, langsung tak buat. Tunggu la komet melintak kat langit ye.

Saya tidak suka berteman dengan orang pentingkan diri tahap dunia ini dia yang punya. Mahu semua hal dia completely perfect with no error dan signifikan. Orang lain persetankan je. Haih, sungguh saya tidak berkenan. Being selfish is good at certain point but you have to know the limit. If not, baik u jual ikan saja la.

Saya tidak suka berteman dengan...dengan...

Sedih nak cakap..

Sungguh tergores tapi tak menang hati ni.
Bukan dari belakang di tikam, tapi terus tepat menusuk jantung ha.
Dan sekarang, I lost my faith with her.

Bersahabat itu indah
Tapi bersahabat dengan kamu buat dunia seperti neraka.Eh, salah.Macam tahu neraka macam mana kan..
Ok.Buat dunia seperti air mendidih. Suhunya 100 darjah selesius dan sangat panas ok.


Sengaja saya biarkan entri ini tidak bertajuk
Sengaja atau tiada tajuk?


Enough said:
Tamakkah kalau kata maaf tidak cukup?

please click too..(^___^)
~bola sepak~

Tuesday, April 13, 2010

Comic strip..

Kali ni I nak tunjuk skill dalam comic strip.
Tak caya?Tahniah!Anda memang jenis pendengki..Haaaa..
Baiklah, sebelum tu, kalau tak tahu comic strip tu apa dia sila google..

Ok, comic strip tu maksud dia komik bogel.Maksudnya lagi kartun yang dilukis tu naked, bebas tanpa seurat mahupun selilit benang.Di mana, kartun tersebut dilukis bagi menceritakan aksi-aksi panas membakar dan emm teknik isolasi..Yang seterusnya membawa aksi.....oh!no!ini bukan blog cerita malam jumaat.
Haih..

*Menci taw iklan malam jumaat tu.hahahaha*

Ok, ni contoh comic strip yang I..eh, yang dapat dari google.Yes!Dengan niat supaya adik-adik dapat gambaran ye.




Dan sekarang apa kaitan comic strip dengan I?

1)Ini flashback punye story, so please pastikan imaginasi mode is on.Ceh.
Kisah yang menggirangkan ni berlaku pada awal zaman penjajahan Jepun.Ya!Semasa I masih lagi selebet dan selebet.Dan juga masih gedik.Oh.Masa tu, tak sah kalau tak ada guy yang tak jadi kekasih gelap i.Ok!Tipu.

Zaman selebet 2006-2007, lokasi di KMPP.Ah..rindu.

I malas nak taip panjang, so pendek.Masa tu, ada English Week I guess dekat KMPP.Dan ada la competition yang dibuka,So, my friend and I gatal nak join comic strip ni.Walhal semua tangan besi.

Dipendekkan lagi, kami masuk jugak dengan harapan nak dapat sijil.Pendekkan lagi, kami dapat la sijil tu.Ya.Betul.Kami kalah.Ces.

2)Ini pula masa zaman selebet kuasa dua.Dengan gaya lipat tudung tutup muka (sikit lagi nak gaya purdah) dan oh..tak sanggup nak buka keselebetan itu.Kita pendekkan aja ye.

Masa tu, subjek yang I paling suka tahap melompat adalah senireka selain history.What?History?Yes.i dulu memang suka history.I tak faham kenapa kamu kata history bosan.Well, tanpa sejarah kalian tiada di muka bumi.and buku teks sejarah time tu sangat colourful.Oh!I suka sangat.Suka.Ok.Berhenti.

And subjek senireka tu cikgunya perempuan.Nama dirahsiakan.Tapi I kurang la dengan cikgu ni.Oh, sungguh I terkilan.Kenapa?Kenapa?

Ok, dalam banyak2 topik, kami ada disuruh buat komik bogel ni.And no copy kan.Yes. I sangat jujur time tu.Siang malam I perah otak ni untuk dapatkan lukisan kartun original.Tiru tiru wa tak main la.

Akhirnya, marking time sampai and...

Oh..tak sanggup..

She said dia pernah nampak kartun yang I lukis tu.What?
End up I dapat B kot.
Benci taw.

Part yang paling menyakitkan adalah bila I tengok ada sorang student buat drawing sebijik comic strip dalam Utopia.Majalah yang agak glam2 tu.Sebijik ok.Sebijik!

and dia dapat A.

Ok cikgu, saya tahu cikgu tak pernah baca Utopia kan.

selepas kes tu, tahap ketidaksukaan I terhadap cikgu tu rapidly increase.Huh.


aien's:berpeluh-peluh tulis.Atau sebab bilik ni panas?

Monday, April 12, 2010

Top 10

I've a bad feeling about last entry.But, wont delete it.Let it be in my archieve.
Oh, now I noticed, 2 entry per/day?Wah!sangat memberangsangkan.I wish I can do the same thing to my lecture notes.Yeah!I will. (Semangat pura-pura)

Baiklah, when i was googling, I jumpa this!.Wah!sangat teruja membacanya.
Apakah ia?
First, let me introduce the title.
eh, mesti la..My entry pun ada tajuk kan..

Top 10 Reasons to Date an Engineer



Ha, yang dating dengan engineer dah mula la 2.Tak sabar kan.
They started with number 10, I malas nak rearrange.



10. The world does revolve around engineers. They choose the coordinate system.

9. They know how to handle stress and strain in a relationship.

8. They have significant figures.

7. They understand the motion of rigid bodies.

6. They know its not the length of the vector that counts, but how you apply the force.

5. Engineers specialized in experimentation.

4. High starting salary. Your parents will approve.

3. Learn about the benefits of friction and viscosity.

2. Find out what those other buttons on your calculator do.

And the number one reason to date an engineer...

1. They know the right hand rule!


Suddenly, (word glamor masa nak buat essay bi dulu.At least dapat jugak praktikkan) baru i sedar yang En. Akmal tu engineer to be kan?

Baiklah.bye.

RM50



How RM50 change your life?Maybe your day..
Sesetengah orang kata "50 je"
Bagi saya "50?emm"(dalam hati berbunga-bunga.Banyak la 2)

Cerita yang (bunyi skema kan)..Ok lah, al kisah nya babak sepetang ni berlaku bukan sekali tapi selalu la.Sangat menyusahkan.Bukan saja saya tapi pihak yang satu lagi.Tapi, sebab saya seorang yang eksyen, bila berlaku situasi ni, dalam hati dah..

"Masalah aku ke?"

Ok, dalam hati je.Luar nampak penuh pengertian.


Ok, ok lagi..ahh..berapa kali perlu ok.

Tak nak tulis panjang sangat nanti merapu yang banyak.
Disetengah jalankan cerita macam ni..
Bila beli nasi kat kafe atau megi kat H Mart, asal hulur RM50 je..

"xde duit kecik ke kak" dengan nada stress.

Macam biasa,saya akan buat muka toya tidak berperasaan sambil geleng 2 3 kali.

Dalam hati "Dah aku kaya, 50 je ade.seringgit2 xmain"

Itulah, lain kali kalau nak berniaga, prepare la.

Sunday, April 11, 2010

I wanna be cinderella..

Cantik tapi dicemburui..
Baik hati tapi dicaci..
Sendiri tapi ditemani puteri kacak akhirnya..

Sah!
Sedang berangan.



What happens when he's your prince charming,
but
you're not his cinderella?

Saturday, April 10, 2010

Tajuk pun saya tak dapat fikir..

Ok, im thinking..
Help me spongebob..
Shut up squidword..

Damn..not even a single word.










I started typing this entry with zero in mind because I stress la.
Sebab tu ada 4 makhluk comel 2..
Kan?
They remind me to budak kecik kat rumah.

Baiklah, seperti biasa walaupun entry dimulakan dengan ikan kerapu, eh, keperapuan, eh..Cikgu Ferdawos, teach me BM again, please..

Saya tetap akan menyelitkan ilmu di sini ye..

Baiklah, stess atau dalam Bahasa Melayu disebut tekanan merujuk kepada perasaan mahu ketuk pintu bilik orang sekuat mungkin.Ok.

Definisi stress hanya akan menambahkan kesteresan, maka suka saya menceritakan bagaimana mahu deplete terus stress itu.
Marilah tangani stress bersama Saidatina Zunnurain.

Makan.Makan sehingga buncit (maafkan kalau terkesot hati kalian) atau makan sampai gemuk.Ok.Kaedah yang melampau itu perlu kita lipat-lipat campak ke Laut Hindi sahaja.Anda dan juga saya maklum akan kata-kata hidup bukan untuk makan.Makanya, makan la sekadar menghilangkan stress.Contoh, makan krabby patty.

Dengar lagu tahap volume pecah sampai esok pergi Low Yat cari speaker baru.Teknik ini tidak ada dalam lipatan stressku.Mungkin ada pada roommate ku atau kalian.Apa kata tukarkan saja lagu Cari Jodoh atau Bad Romance itu kepada bacaan kalam Allah?
Owh, adakah ayat di atas ditaip oleh jari ku?

Keluar dari persekitan stress.Kaedah yang sering diprakktikkan.Dress up and went to Times Square.Motif?Bakar lemak, hilang stress, cuci mata dan window+door shoppin.

Menulis sehingga lebam.Tapi sekarang pilih menaip.Jimat kertas.Save the trees ok.

Peluk adik dan tatap mama+papa.This is why i want to go home now..
Peluk teddy.Ok.Kaedah tak sedar diri dah tua ini turut membantu.

sekian sahaja daripada saya

Pak cik and all the Pak cik,

Receive love(adnan sempit' dic)

Friday, April 9, 2010

Sorry readers, this entry specially written to..

NOORHAYATI ABDULLAH (i spell your name correctly kan?)

Baiklah, tujuan saya menulis entry yang sungguh membosankan dan memualkan ini kerana

1)she's getting old
2)nak kasi dia perasan sikit

Sebelum tu, saya nak tepek muka dia kat sini, so dia akan bertambah perasan..
Eh, tak marah kan mak cik..
I know, u smile kan?kan?





Sorry, this is the only pic yang I jumpa and you are alone.Eh, tak jugak kan?Kat belakang tu ada your bf.

Enough said.
Happy 34th, eh salah taip, 22th birthday.Oh, sorry again.Tertaip.
Well, no worries darl, age is a number only yang penting hati.

And

Get married soon
May Allah bless you with longevity and prosperity (nak burger, Mcd Ok)
Happy all the time

And

Semoga awak sentiasa dalam rahmatNya, berjaya di mana saja,

And

Not forget, a present for you..








i bought this last year,but since tak suka sangat duduk overseas, bagi awak je la..





And












eh, ingat Honda tadi, sorry..


(^__^)


Happy birthday again!

Thursday, April 8, 2010

How a sweet smile and a simple "thank you" change your day?

I dont really understand why certain people sangat susah untuk senyum.Do you have to pay when you smile?.In a daily life, tak ada pun kan?

Baiklah, kenapa saya menggunakan perkataan sweet smile, because kalau kita senyum secara sumbang atau lebih dikenali sebagai senyum kambing, ya, memang it will change our day juga tapi become worse.Kesian kambing.I tengok dia senyum lagi ikhlas tau.See..



Kalau nak masam-masam, baik jadi kambing.

This is how smile and thank you change your day, eh, no!.I mean my day..

1)Selepas beli dan bayar makanan di kafe
Imagine.Tengah beratur, bergerak perlahan untuk sampai kepada cashier, bayar, ambil baki kalau ada and smile sambil bawa pinggan or polisterin berlalu pergi.Susah?

One, dapat pahala sebab senyum dekat cashier.Dua, terus lupa yang kita bayar tadi tu mahal.
Three, rasa makanan bertambah enak gitu.

I said thank you when: dapat duit baki.

2)Naik bas
Menjadi UKM's student yang mana kolej kediaman very far away dari fakulti sangat mencabar okey.Senyum kepada driver.Lagi untung kalau driver kacak bergaya.Passengers too.Untung juga kalau yang ni lelaki hensem menggoda kan.

I said thank you when: dah sampai destinasi dan turun.
Terus lupa tadi tunggu bas bagai menunggu kucing bertanduk.

3)Ada orang tolong fotostat nota
Yang ni sangat jelas okey.Lagipun, kawan I memang baik.If dia ada notes, dekat I memang dia tak lupa.Tapi, maybe if I dapat free lagi bertambah kasih sayang dekat kalian.*ok, saya tahu saya melampau*

When i said thank you and smile?Obviously, bila the notes in my hand kan?

4)Bayar dan ambil
Situasi begini selalu berlaku di kedai runcit dekat cafe, kedai print, dan gerai mak cik jual goreng pisang.

5)When you read this..
Please smile.You look cute and sweet too..

Im not perfect.You too. But im learning.
Senyum la.Its not hard.Smile is wonderful.Believe me.No doubt.
If not, kenapa senyum itu sedekah?

Wednesday, April 7, 2010

Kenapa BicMac hari ni tak sedap?



Dah seminggu dua I kempunan Mac Besar, mungkin sebab pembawakan.Yela, gadis sunti pun tahu kempunan jugak.Maka termakbullah hajat sebentar tadi..

Tapi, rasanya tidak sama macam bila saya makan dengan Ika hari tu atau bila makan dengan 6 beradik walaupun 2 set je cik zuraida beli (Ingat dop?kat KB Mall)..Kami makan penuh gembira sekali..

Tapiii...tengok la tapi lagi, bersyukurlah dengan yang sedikit.Ingat ye adik-adik.

Itulah dia pelajaran pada hari ini.Kesimpulannya kita mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.Tak kira lah Mac besar ataupun Ramlee..Kan semua masuk lepas digest keluar sebagai urea jugak?

Im very proud la tulis entry ni sebab sungguh islamik dan biologik kan?

aien's:kepada follower baru, i love you and big arigato!

Tuesday, April 6, 2010

Outing Part 1

I think i made a promise about this (tak kisah la kalian semua tak rasa macam tu, since promise tu untuk diri I je)

Promise is a promise, same with janji adalah janji
Ingat tak hari tu janji nak belanja KFC?
Ha..buat-buat lupa la 2..

Baiklah, sebelum merapu disini, suka saya untuk mewarwarkan mengenai apakah jawapan kepada soalan semalam..

*Ostrich's egg*

*Senyum ok bila membaca jawapan itu*

Entry ini memerlukan sedikit imaginasi dan ulang tayang sementelah ianya berlaku 10 tahun yang lalu..(sungguh fail bm disini)

When I was in secondary school (lower form), which is dekat Bukit Nasah (owh..kenapa mama sanggup hantar ain ke sana. tidak kasihankan ain ke), outing adalah salah satu perkara yang menerujakan.

Seronoknya, walau duit RM10 tetap outing..hahaha..
And paling menyeronokkan lagi bila outing time lesson's time dengan alasan nak draw duit..and keluar pulak dengan van maktab tu..pakai uniform sekolah, tak payah pakai baju batik..Fuyooo..
MRSM Gerik tak ada atm ok adik-adik..

Satu kedai yang agak besar yang menjadi feveret adalah kedai yang entah berapa tingkat tapi satu tingkat jual baju, satu tingkat jual makanan dan tingkat lain jual stationaries.Eh, 3 tingkat la kan?

Ye, betul wa cakap lu, 2 je satu kedai saya suka masuk.Dulu time sekolah asik nak beli pen, pensel, kertas kajang, poster colour, kertas colour (nak buat folio kan).

KFC xde la..Syukur sangat,Kalau tak mati kempunan,
Ha la, mampu nak makan situ.?
Kan tadi bawak RM10 je?

For sure, pekan Gerik dah up sikit sekarang kan?



Sebenarnya banyak memori yang seakan-akan segan je nak keluar dari kotak hitam ni, eh, kotak fikiran ni.
*perah otak*

Sebenarnya, eh, sebenarnya lagi..em, tak apa.Sebenarnya, outing semasa secondary school sangat seronok,eh, ni pun dah cakap kan.
(^___^)
Nak outing sekarang!
Anyone?


Satu lagi untuk kalian,

Organ apakah yang paling besar pada manusia?

Monday, April 5, 2010

Buat kamu cinta...

Saya dapati diri saya semakin rajin sekarang.
Rajin menulis entry baru and zupp publish..
Ini bermakna saya menganggur.
Tidak.
Ini bermakna sekarang semakin banyak hal-hal duniawi yang berlegar-legar di dalam kotak hitam saya, eh, kotak fikiran.Pembetulan di situ.

Baiklah, berdasarkan statistik, eh, berdasarkan pandangan 2 insan comel berstatus solo..
Saya merapu di dalam setiap penulisan saya.
Suka saya repekkan disini, segala penulisan yang berbunyi kuliah hanya berlegar semasa di dalam dewan peperiksaan.

Tahniah.Anda berdua benar ye disitu..
Kerana apa, sila rujuk ayat pada header di atas..


Sudah rujuk?


Ok, ini bermaksud, saya menulis apa-apa sahaja yang melintas di segenap ruang penjuru fikiran saya.Semua merapu ye..
Hah..ye, orang suka berangan begitulah..


Makanya,
I think I want to make this blog like..
1)Buku Sejarah Tingkatan 3
2)Sains Tingkatan 5
3)Pendidikan Seni..eh, tak..saya tak berseni.
4)Geografi Tingkatan 2

Justeru, mesti adik-adik akan mula menerjah-nerjah blog ini kan untuk melihat kalau-kalau ada soalan peperiksaan lepas2.

Hah!Sekarang saya memang sudah merapu..
Pembaca sekelian, sekiranya ditakdirkan penulisan ini meloyakan, kalian jenguk la entry yang lain.Saya pasti ada yang kalian berkenan.
*Sungguh mulia kan*

I've started blogging since 2009 because of this single reason.*Im thinkin soo much, so that i have to pour them anywhere,I choose blog*
Itulah satu-satunye sebab.
Bukan untuk berkongsi kisah-kisah cinta, kisah bangun pagi gosok gigi ataupun kisah kucing saya.

Sungguh lambat mengenal dunia blog kan?
Yes, because beginilah nasib insan buta IT.
What is youtube, friendster and myspace? I know then during my matriculation.
Terlambatkah?

Selepas ini saya akan menulis entry yang berilmiah.
How should I start?
Mungkin dengan bercerita mengenai cara tindakan kulat menyerang pokok padi dan seterusnya menyebabkan penyakit karah.Kan?

Saya akan mulakan dengan bertanya kepada adik-adik semua,
Sel apakah yang paling besar di dunia?

Selamat berfikir.
Sila..

Tidur lenaku..

Semalam saya mengambil masa 2 ke 3 jam untuk melelapkan mata lalu dibuai di alam mimpi.Dalam bahasa mudahnya, susah untuk tidur.Huh, sindrom ini tidak pernah berlaku dalam hidup ye.Adakah kerana bahana nestum?Sangat tidal logik.

Maka, panjang la angan-angan..



Baiklah, sekarang saya sudah kering idea memandangkan semalam semua sudah lenyap semasa tidur..
Inilah sebab mengapa jangan berangan-angan semasa tidur..

But, one thing i find good about this ialah, berangan membuatkan saya dapat tidur lebih mudah.

aien's:2 friends of mine said that "merapu je ain ni dalam blog".Baiklah anda berdua, saya akan ceritakan motif blog murahan ini wujud.Next.

Sunday, April 4, 2010

Dia buat saya semakin anti

Semalam, maksud saya kelmarin atau lebih glamour disebut yesterday oleh sesetengah pihak atau dalam loghat Kelantan "marin" (rin disebut bukan berbunyi "rin" tetapi berbunyi seperti menyebut salah satu huruf dalam alif baa ta, iaitu selepas huruf ain).

Baiklah, semalam saya bersama-sama sahabat yang setahun sekali bertemu muka telah mengeluarkan diri kami dari UKM (outing).Seperti kanak-kanak asrama pula bila menyebut perkataan outing.

Flashback:
Outing ketika di MRSM Gerik ke Bandar Gerik sangat menyeronokkan
Outing ketika di MRSM Kuala Berang sangat menerujakan
Outing ketika di KMPP sangat memberahikan (sedikit melampau di situ)
Cerita outing ini akan dipost nanti2 la ye..

Ok, now we back to our main story, which is yesterday ok.
Seperti biasa selepas window shopping (lokasi:dirahsiakan), both of us terus masuk satu pasar raya (nama:dirahsiakan lagi)..

Lepas dah ambil semua barang-barang yang kepingin, terus gerak to counter and beratur atau dalam englishnya queue.(potong-potong line wa xmain la)

And satu benda yang I sungguh anti adalah cashier.
Hey, muka kasi comel-sejuk-mata-memandang susah ke?
Kalau nak ambil pekerja jadi cashier ni, mungkin salah satu ciri yang WAJIB adalah muka cute+manis leting.
Huh!

Oh ye, sekarang kempen hari weekend no plastic beg eh?I dont know la.MAlu**

Ok, sambung lagi.Maaf agak berbelit-belit.Sebelum tiba turn I menyelongkar beg duit..hhuhu..Satu orang. eh, seorang perempuan yang dah bayar tiba-tiba,,

"Miss, (merujuk kepada cashier), u bagi tak cukup balance"
"I dah bagi 43 td"
"xde.sambil tunjuk duit di tangan"
"I dah bagi 43 tadi"
".."
"i dah bagi 43 tadi"
"...."
ayat "i dah bagi 43 tadi" dengan nada yang semakin marah tu je yang dia ulang..

The girl yang nak mintak duit dia tadi tetap tak beranjak.Still tunggu.
Cashier tu buat bodoh

I rasa memang cashier tu bagi tak cukup.RM10 kot..10 je?Hello, 10 pun duit ok~!
Eeeeiii...tak sedar diri dah buat salah..
Lepas tu tak tahu apa jadi, tapi memang tak suka taw cashier tu~
Huh..
Geram!!!!

Eh, saya pulak yang emo..tapi memang sungguh geram.
Dah la memang anti dengan cashier ni, menambahkan lagi keantian jela.

aien"s:kalau jadi cashier, nak jadi yang paling comel+manis leting!(^____^)

Friday, April 2, 2010

If you could have an endless supply of any food, what would you get?

nasi

Ask me anything

Things that i find ความประทับใจ me..

Mungkin word ความประทับใจ itu terlalu hiperbola atau personafikasi (menyebut kedua-dua perkataan sastera tersebut membuktikan yans saya tak pernah lupa ajaran cikgu2 bm saya...dengar tu adik-adik), tapi memandangkan saya suka mengacau bilaukan ayat, sambil memberi kesan lighting yang lebih..here we go..

Baiklah, seperti biasa post entry hanya muncul bila ada sesuatu melintas kat kepala saya ok.
Sila rujuk pada header di atas..
Sila..
I mean now..

Ok, I believe anda semua pun mesti ada kan feeling2 macam ni.Feeling yang once kita tengok benda tu, automatik (tanpa dibuat-buat) senyum melebar..

I will smile (walaupun orang tak nampak, dalam hati berbunga-bunga ok) when....

1)Makan (santap)









If you noticed, semua makanan berkolesterol kan?
Tak apa, makan tapi diet..(^__^)
I wish to show semua makanan but then mungkin sampai seruan sampai belum habis upload kan..
Then, saya akan konklusikan: Semua jenis makanan adalah dimakan kecuali rumput.

2)Berbelanja (shopping)

I bet almost girl suka kan.I you dont, emm, pelik..



Since I have dinner with red-black theme, Ika suggest pakai dress merah ni ha..



But Zahirah said:Mu kan nok paka skirt.Beli la skirt so.
Owh..my lovely sis always knows apa yang adik dia nak..(padahal I dok gebang kat telinga dia)



Sila la pilih..

3)Bercerita hal orang (gossip girl)

Tak..bukan mengumpat.Bercerita sahaja.Big different okeh..

4)Babies


Ni mungkin anak Sir John, tak pun Willian Asparagus


Ni sepupu kita taw masa umur dia 4 tahun..eh eh..bulan..
Sekarang makin debap I guess..

Ada ciri-ciri ibu solehah kan?Ok, borang boleh di isi..eh, borang dah habis pulak.
And lagi....

































Eh..eh..eh lagi..ni bukan baby, ini mak..eh bukan..akak baby..kan?kan?

5)Familia



6)Beruang panda



Nama : Mohd akif
Umur semasa gambar diambil: 1 minggu 2 hari

7)Pak cik driver teksi

Pak cik ni memang sangat baik, everytime naik teksi dia, free je I dapat.
Padahal jauh jugak perjalanan, sampai kadang-kadang I rasa malu la dengan dia..
Tapi tak boleh lari, pak cik ni always muncul di mana saja bila-bila masa.

















8)Menulis benda-benda merapu seperti kat atas tu..hahaha (gelak menipu)

Tak tak..bukan merapu, menghilangkan angin stress.Stess ni, stress..

Baiklah, akhir kata terima kasih mak cik google,membenarkan beberapa gambar dicuri
*sama-sama*


aien's : pak cik google kata ความประทับใจ maksud dia impress atau bm mengkagumkan..kan?kan?